Wednesday, January 7, 2015

I Was Wondering

"Is it really me who give you an excuses or you were looking for one?"

To be honest, I'm kinda confused now. So help me..because love you, i really do.. More than you know.

Monday, December 15, 2014

Wan Azreena

Wan Azreena Wan Jaafar.



Lebih daripada sekadar seorang Kakak. Dialah anak, makcik, cikgu, dan kawan kepada ramai insan. Lebih penting, dia menyayangi semua insan yang berkaitan dirinya.

Dia dipinjamkan sementara untuk mengajar kami erti kasih sayang sebenar dan erti kehidupan yang sepatutnya. Untuk itu, kami merasa bersyukur dengan kehadirannya, walaupun sekejap sahaja.

Arwah berperanan besar dalam kehidupanku, dan sudah tentu kepada keluargaku dan kini baru kusedari, dia juga memainkan peranan besar dalam kehidupan ramai lagi insan di luar sana. Para sahabatnya, sekalian anak muridnya.

Aku tidak keseorangan merinduinya. Ramai lagi yang merasa rindu kerana Kakak sentiasa mengambil berat, sentiasa menyayangi, sentiasa menasihati setiap masa. Begitu murni hati Kakak, dia mengambil berat tanpa berbelah bagi, tak kira siapa.

Itulah keistimewaan Kakak yang mungkin tak semua orang tahu. Aku mendoakan semoga segala kebaikannya diberikan pahala oleh Allah swt. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan Kakak kepada kami..

Terima kasih Kakak kerana bersusah payah untuk kami sepanjang hidupmu. Hanya baru baru ini baru ku ketahui,  Kakak memberikan namaku, 'Aizat' hanya kerana ianya menyerupai namanya sendiri , 'Azreena'.

Bermakna, dia menyayangiku sejak lahir sehingga akhir hayatnya. Aku hilang insan, tempat aku bercerita tentang hidup. Akhirnya, aku redha dengan pemergian Kakak kerana aku tahu dia pergi untuk berehat.

Dia pergi kerana dia merindui arwah Abah.. Tinggallah aku sendiri menempuh hidup. Moga Tuhan merahmati roh Kakak dan Abah.
Moga suatu hari, dipertemukan kami semua di Syurgamu Ya Allah.
InsyaAllah.. Amin..

Friday, November 14, 2014

Kalau Bersahabat


Peringatan kepada diri sendiri. 



Kalau bersahabat, biar jujur. 
Berkawan tak kira masa susah atau senang. Bukan kawan bila perlukan sesuatu je. Bukan kawan ikut masa kau saje.

Bila kawan sanggup luang masa, jangan anggap remeh. Masa tu lagi mahal harganya dari emas. Cuba hargai mereka yang selalu meluangkan masa dengan kau. 

Bila berkawan, tak semestinya perlu luang masa bersama 24 jam. Tapi janganlah 24 jam kau beralasan tak boleh luang masa bersama. Bodoh apa kau ni.

Kita semua masing masing ada hidup sendiri, bersama keluarga dan rakan rakan lain. Sesekali, kita luang masa dengan mereka yang nak luang masa dengan kita. Bukan salah pun kan??

Cuba sesekali, hargai mereka yang menghargai kau. Bukannya setakat msg tanya khabar tu boleh buat duit kau hilang sejuta. Ni org panggil, budi bahasa. Pernah dengar ayat ni tak?

Berbudi bahasa ni bukan nak guna pakai masa kau nak mintak tolong, masa kau tersepit,  dengan org tua, dengan betina aje. Cuba praktik dalam hidup kau sepanjang masa.

Hidup JANGAN SOMBONG!  Bila kawan kasi nasihat, tu sebab dia ambik berat. Bukan sebab dia nak condemn kau aje bongok! 

Akhir kata, jadilah kawan yang menghargai kawan dengan sebaiknya. Jangan jadi kawan 'part time' yang hanya tau berkawan bila ada hal aje. Jangan ambil kesempatan diatas kebaikan kawan, dah ada kawan, jangan buat lawan. 

Kalau dah kawan, biar selamanya. Bukan bila nak pinjam duit aje. Kalau dah kawan, jangan asyik beralasan, kalau nak - seribu daya kan? 

Fikir fikirkan, renung renungkan. Apa guna akal fikiran kalau tak mau digunakan? Bukan marah, bukan melenting, cuma bagitau apa yang penting.

Kalau Tak boleh terima, tak boleh nak kata apa. Duduk diam diam saje ye. Mungkin nanti satu hari, kau sedarlah diri. Jangan bila dah terduduk, baru nk belajar berdiri. 

Jangan nanti kawan sejati dah lari. Baru la nak mencari. Masa tu kawan tu dh jauh pergi, tinggal la kau bersendiri, kau masih disini. Bahalol sampai mati..

Chowwwww






Monday, November 10, 2014

Selamat Hari Lahir Mama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni pada 65 tahun yang lalu, mama saya, Azizah binti Mohammad telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Syukur Alhamdulillah sebab dapat mak yang begitu memahami.

Begitu banyak pengorbanan mak terhadap kami adik beradik. Takkan terbalas jasa mama walau sampai bila bila. Sanggup bersusah payah berseorangan membesarkan aku tanpa bantuan suami.

Tapi, bilà bercerita tentang hari lahir, takkan lengkap tanpa nama arwah Kakak. Sentiasa akak tak lupa setiap harijadi kami seisi keluarga. Walaupun ketikà sakit, dimasukkan ke hospital. Dia takkan lupa.




Sedihnya hati ni, hanya Allah swt yang tahu. Bukan tak redha dgn pemergian Kakak, hanya teringatkan sahaja. Kakak sentiasa ambil berat tentang mama, dia menyayangi mama dan kami sekeluarga tanpa berbelah bagi.

Dia menyayangi kami tanpa mengharapkan apa apa balasan. Sungguh kami bersyukur kerana berpeluang bersama Kakak biarpun seketika. Berbahagialah Kakak dan Abah di Sana. Aminn..

Al Fatihah buat arwah Kakak dan Abah.

Akhirnya,
Selamat hari lahir buat mama dariku. Moga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aminnn.



Sunday, November 9, 2014

Cinta Ini

Assalamualaikum..

Emm, aku menulis entry kalini hanya untuk luahkan perasaan aku sekarang. Setelah sekian lama, aku kini dilamun cinta.

Tak ku duga, aku jatuh hati pada seseorang wanita. Yang akhirnya mampu membuat hidup aku kembali gembira.

Nor Suraya Zainuddin namanya. Dia cantik, chinese look orgnya. Dia memilih aku tanpa memikirkan paras rupa aku yang tahpape ni.

Sungguh aku bersyukur dgn kehadiran Suraya dalam hidupku. Aku sentiasa berdoa moga aku dapat menjadi lelaki terakhir dlm hidup Suraya.

Tak pernah seumur hidup, aku mengambil berat tentang wanita lain seperti aku ambik berat pada Suraya. Bagiku, dialah segalanya. Takkan aku persiakan dia.

Namun, seperti setiap hubungan yg lain, pasti ada moment indah dan yang mengecewakan. Biarpun hubungan tak sehangat seperti permulaan, tapi aku percaya pada Takdir Allah SWT.

Aku percaya aku untuk Suraya. Aku tahu jauh disudut hati Su, dia mencintai aku. Cuma aku perlu belajar untuk lebih memahami dia dan aku sanggup untuk berubah sepertimana yg dimahukan.

Apa saja asalkan ianya membuatkan dia gembira. Aku tak mahu masalah remeh menjadi penghalang kebahagiaan kami.
Aku mahu jadi yg terbaik untuk dia.

Aku akan perjuangkan cinta ini habis habisan. Kerana bukan hari hari kita dpt merasai pengalaman mcm ni. Dan bukan setiap insan yg kita suka mampu membuat kita gembira.

Bila aku melihat wajahnya, terasa jantung bagai terhenti. Masa pun berlalu lebih pantas dari biasa. Alangkah bahagianya kerana dia juga mengambil berat terhadapku.

Aku bahagia bila dpt bersama dia. Perasaan ini tak mampu untuk aku terangkan. Bukan selalu kita dapat rasa happy hanya dengan melihat insan yang kita sayangi.

Mungkin dia tak faham betapa pentingnya dia dalam hidup aku sekarang ni. Mungkin memang salah aku kerana terlalu kerap menghantar msg padanya.

Tapi percayalah, tiada seinci pun niat untuk mengongkong. Hanya kerana atas dasar ambil berat, dan mungkin aku terlampau ambil berat sehingga disalah erti.

Kalau rasa seperti aku tak pernah beri ruang untuk dirinya sendiri, aku sanggup memohon maaf. Malahan sekarang, aku bersedia untuk menjadi apa yang dia pinta.

Biarpun masing masing mempunyai sejarah hidup hitam. Tapi tak bermakna kita perlu saling membenci. Apa yang penting, kita rancang hidup bersama dan selagi kita masih mencintai satu sama lain, takkan ada yang menghalang kita selain diri kita sendiri.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Tapi kita juga perlu ada usaha. Tak pernah aku mencintai org lain sepertimana aku mencintai Suraya.

Satu satunya wanita yang mampu bergaul dengan hampir kesemua ahli keluargaku. Abang abangku jua menyenangi kehadirannya.

Sampaikan hampir setiap kali ada program keluarga mesti mak dan abang suruh aku menjemput Suraya. Tapi aku risau ianya hanya akan membuatkan dia merasa dia lebih terkongkong.

Tak apalah. Aku memahami situasi Suraya. Aku faham maksud isi hatinya. Dan walaupun tak mampu nak bersua sepanjang masa, tetap tiap hari aku memikirkan dirinya.

Dalam tempoh kami tidak bercakap, ber'whatsapp' seperti biasa, tidak boleh berjumpa ini, aku akhirnya faham. Biarpun tidak ada disampingku selalu utk berjumpa setiap minggu, yang paling penting dia sentiasa ada dalam hati ini.

Itu sudah memadai. Yang penting, aku juga berada dalam hatinya selalu dan kami saling mencintai dan merindui biarpun tak terungkap dengan perkataan. Dia menasihati aku begitu dan aku bersetuju dengan pandangannya.

Sekarang, hanya masa menjadi penentu. Aku percaya hubungan ini akan pulih dan kembali normal. Aku akan berubah untuk menggembirakan hati Suraya.

Kerana Suraya sentiasa membuat aku gembira hanya dengan kehadirannya. Hanya dengan msg "Awk watpe?", mampu membuatkan hidupku ceria. Dan dia juga tahu aku mampu menggembirakan hidupnya.
Thanks awak, sbb hadir dalam hidup orang. Orang minta maaf atas SEMUA kesalahan org sebelum ni. Orang terlalu takut kehilangan awak sampaikan org buat awk rasa terkongkong.

Orang faham awk pun takut dilukai macam sebelum ni. Tapi percayalah, orang terlampau sayang pada awak dan sanggup berbuat apa saja asalkan kita masih bersama.

Aizat love Suraya.
Forever and ever.
InsyaAllah.
Aminnn

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam diluar sana. Ok ke raya tahun ni?

Raya Aidiladha kali ni sama macam Raya Aidilfitri aritu. Masih takde mood nak menyambut raya.

Malam raya keluar minum dengan kawan, hari raya.. Petang tu tengok game bola kat rmh, mlm keluar lagi. Esoknya lepak rmh akak kat ampang.

Tapi semalam, dlm lepas Isyak. Terdengar takbir raya dari speaker surau kat rmh, pastu dari dlm Tv. MasyaAllah.. Sayunya hati ni, Tuhan je yg tahu.

Terus sebak terkenangkan arwah abah dan kakak. Duduklah aku sorang kat ruang tamu, sambil menangis.

Ingatkan dah ok, sebab pagi raya berjaya tak nangis. Tapi, apakan daya. Lagi sedih sebab, tak tau nak share dengan sape. Orang lain ada hal pulak.. So, simpan jela dlm hati memule tu.

Nasib baik ada kawan kolej dulu, kebetulan tgh msg dia. Pastu dia pulak kenal arwah akak, so.. Dia paham apsal aku camtu.

Lepas tu terus ajak member baik kat area rumah keluar. Tak tahan dah nak duduk rumah. Asik sedih je. Emm..bukan aku tak redha, cuma ada masa, teringat je. Al-Fatihah buat arwah Abah dan akak dan semua Muslimin yg telah pergi meninggalkan kita..

Cukup sampai sini dulu. Lain kali pulak ye sambung..

Assalamualaikum..

Thursday, May 22, 2014

Terima Kasih Kakak

Assalammualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Hampir genap sebulan pemergian kakak tersayang (23 April, kakak meninggal dunia). Aku masih belum mampu melupakan arwah kakak. Wan Azreena binti Wan Jaafar, seorang kakak, adik, makcik dan anak yang baik. Aku redha dengan semua yang terjadi, tiada sedikitpun penyesalan dalam hati ini. Biarkan kakak 'berehat' di alam sana. Cukuplah dia menanggung derita, tapi apakan daya. Aku hanya terkadang rindu pada kakak.


Mengiringi kakak ke perjalanan terakhir di dunia 


Setiap hari selepas habis kerja, aku akan ke rumah kakak di ampang. Sehingga ke saat ini, aku masih merasakan yang kakak ku masih ada dek terbiasa dengan kehadirannya. Terutama pabila aku di rumah kakak. Setiap kali aku makan di ruang tamu, sesekali fikiran seakan terbayang kelibat kakak yang sedang solat di atas katil, ataupun terbayang wajah kakak duduk di meja komputer, kakak dan alat bantuan oksigennya.

Kini, akak pergi buat selamanya. Tapi aku setiap kali aku singgah di kedai makan di kawasan ampang, masih memikirkan kakak nak makan apa hari ini. Hari hujung minggu, aku sentiasa di rumah kakak. Masih jelas terbayang, kakak di dalam bilik mengucapkan 'Terima kasih dik, terima kasih dik' ketika aku menghidangkan makanan. Selalu juga dibelikan putu bambu untuk kakak, memang boleh dikatakan makanan kegemaran kakak, selain itu, kakak juga mengutamakan makanan yang tidak berminyak, jadi. Putu bambu menjadi pilihan.

Selalunya aku akan beli putu bambu di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Sepanjang menemani kakak, tidak ada kerenah yang ditunjukkan. Kakak sentiasa bersyukur dengan apa yang dihidangkan. Pernah satu hari, kakak nak makan Curry puff dari Secret Recipe, masa tu hujan lebat sangat. Aku dari ofis, terpaksa pulang ke rumah di kampung baru untuk meninggalkan beg yang berisi laptop.

Bila dah dibeli curry puff, kakak berkata "Mama (mak) suka curry puff ni, dia aritu cari merata, tapi tak jumpa". Kakak, kakak. Walaupun kakak sakit, walaupun kakak teringin makan sangat. Tapi masih lagi kakak ingatkan mak. Baiknya hati kakak, mulianya hati kakak. Walaupun kakak tak memaksa aku beli untuk mak, sebab masa tu aku dah belikan untuk kakak je. Aku singgah sekejap untuk beli curry puff tu untuk mak secara senyap.

Kakak aku, bukan macam kakak yang biasa. Dia luarbiasa dari segi kebaikannya, dia sentiasa mengingati orang lain. Mengingati dalam erti kata lain, dia sentiasa mengambil berat, pada semua ahli keluarga, pada semua kawan-kawan. Malahan, kawan-kawan aku pun kakak ambil berat. Masa arwah abah tenat, akak ada belikan tilam angin elektrik. Bila abah dah tiada, kakak suruh aku kasi tilam tu pada kawan aku yang bernama Linda, ayahnya juga sakit tenat waktu tu.

Cumanya aku tak sampai hati nak bagitau kakak yang ayah linda pun dah kembali ke rahmatullah, pada Jun lepas. Aku diamkan aje, angguk tanda setuju. Itulah kakak, walaupun dia tak kenal orang sebaik mana, dia tetap ada hati untuk membantu. Kalau pada orang luar pun, kakak akan mengambil berat, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sayangnya kakak pada keluarga, tiada tanding.

Bukannya aku memuji semata kerana dia kakak aku, tapi aku beritahu sejujurnya. Dia memang seorang ahli keluarga yang sangat penyayang. Kakak sentiasa memberi hadiah kalau ada apa-apa majlis. Kakak belikan kek mahal (hehe), kakak akan aturkan makan-makan sebab akak suka bila keluarga kami berkumpul beramai-ramai. Kakak buat semuanya, biarpun terpaksa berbelanja banyak, kakak tak pernah meminta orang membalas segala kebaikannya.

Dua tahun lepas, aku jatuh sakit sehingga terpaksa solat dalam keadaan berbaring. Kakak dari pejabatnya di UKM, Bangi, datang menaiki teksi dan membawaku berubat dengan Ustaz Malik, ustaz yang juga mengubatkan kakak. Sebab aku bagitau kisah ni ialah, dalam dua minggu kebelakangan ini, aku mengalami tanda-tanda seperti yang aku alami dua tahun dahulu. Aku juga menghidapi batuk teruk, berkahak dan batuk aku tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Ubat dah habis dimakan, namun masih tidak ada tanda-tanda batuk berkurangan. Sejak minggu lepas, aku berubat di flet Masjid Alam Shah, Jalan Pudu.

Aku tak mahu cerita pasal kesakitan yang aku alami, cumanya aku teringat akan kesungguhan kakak datang menjemput aku di kampung baru, dalam keadaaan aku tidak mampu berjalan. Solat pun sekadar baring di atas sofa. Kakak yang mencadangkan agar aku berubat.di situ, kakak juga belikan segala ubat-ubatan semasa proses berubat. Alhamdulillah, aku sihat seperti biasa lebih kurang sebulan selepas itu. 

Terima kasih atas segalanya wahai kakak yang baik hati, aku sentiasa berdoa agar segala jasamu padaku, pada keluarga dibalas dengan pahala oleh Allah swt. Damailah kau di sana wahai kakakku sayang,  moga Allah swt melapangkan kubur-kubur kakak dan abah di sana, berbahgialah kalian di sana hendaknya. Adik akan sentiasa mendoakan kakak dan abah sehingga akhir nafas ini. Amin..

Al-Fatihah

Monday, May 12, 2014

Kakak

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar semua ? Moga kalian baik-baik sahaja hendaknya.

Sekian lama tak dikemaskini blog ni, akhirnya ada kisah untuk diceritakan.

Bersama Arwah Kakak dan arwah Abah. AL-Fatihah

Tanggal 23 April 2014 lalu bersamaan 23 Jamadilakhir merupakan tarikh dan hari yang paling sedih buat saya sekeluarga. Kakak saya iaitu Wan Azreena binti Wan Jaafar telah kembali ke rahmatullah. Pada hari itu, saya seperti biasa bergegas ke rumah arwah akak di Ampang selepas waktu kerja dan selalunya saya akan menghantar sms menanyakan makanan apa yang ingin dibeli.

SMS dihantar sebelum saya bertolak dari tempat kerja di Jalan Tun Perak lebih kurang jam 6pm dan sesampainya saya di sekitar rumah kakak, panggilan telefon saya beberapa kali tidak terjawab. Dalam fikiran saya mengatakan kakak mungkin sedang tidur, mandi ataupun solat. Lalu saya membelikan makanan untuknya seperti biasa,dan terus ke rumah akak.

Dari luar rumah, saya dapat lihat lampu dapur dan ruang tamu masih terpasang, dalam erti kata lain, keadaan masih sama ketika saya pulang dari rumah kakak malam sebelumnya. Hati saya mula gelisah kerana kakak selalunya akan menutup lampu-lampu itu. Ketika masuk ke rumah kakak, saya memberikan salam namun tak dijawab dan saya nampak kakak baring di atas katil.

Terus saya mengejutnya beberapa kali walaupun sudah ada tanda-tanda dia tidak lagi bernafas. Saya mengusap tangannya sambil berharap kakak akan bangun. Mungkin dia hanya pengsan, tapi bila saya merasa nadinya tidak berdenyut. Makin rungsing fikiran saya waktu itu, Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasakan waktu itu. Saya menjerit meminta kakak bangun, namun kita semua tahu ianya hanya sia-sia.

Dalam keadaan air mata laju berderai membasahi pipi, saya gagahkan hati membuat panggilan telefon pada abang bob saya, kemudian saya menelefon ambulans dan syukur Alhamdullah, bantuan kecemasan tiba tidak kurang dalam masa 15 minit dan untuk itu saya berterima kasih kepada pihak Hospital Ampang kerana bergegas datang.

Abang saya yang ketiga, Fezz merupakan yang pertama tiba di rumah kakak. Kemudian kawan baik abang Bob saya iaitu abang Nizam tiba dan tak dapat lagi saya menahan sebak, abang nizam yang meluru masuk ke dalam bilik terus menangis dan memeluk saya sambil mengatakan "Zat, Kak ina dah tak ada". Selepas itu kesemua rakan baik saya tiba di rumah itu, Badrill , Jai, Rujsdi dan saya hanya mampu menangis dan berdoa moga segalanya berjalan lancar.

Kakak saya merupakan insan yang paling rapat dengan saya diantara adik beradik yang lain. Arwah akak lahir pada 10 Januari 1970 dan meninggal dunia pada 23 April 2014. Sebelum itu, arwah akak tinggal bersama abah yang meninggal pada 19 Mac 2013 yang lalu. Hanya setahun selepas pemergian abah, saya sekeluarga diuji dengan pemergian kakak. Pilu hati ini hanya Allah swt yang tahu.

Sebelu, kakak, abah adalah tempat saya mengadu nasib. Rumah kakak di Ampang itu dah seperti tempat saya melarikan diri dari masalah. Abah pergi selama-lamanya pada 19 Mac tahun lalu, dan kakak yang baru keluar hospital sejak hujung tahun lalu tinggal seorang diri, saya hanya datang untuk membelikan makanan, mengemas rumah sedikit sebanyak.

Kebiasaannya, kakak akan batuk teruk setiap hari dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen. Tanpa bantuan pernafasan, kakak mudah semput. Oleh kerana itu, saya tak mampu nak berborak lama dengan kakak kerana keadaan kesihatan kakak tidak mengizinkan. Sepanjang kedatangan saya ke rumah kakak, saya sedapa upaya menunaikan hajatnya.

Kakak teringin untuk makan ice cream am red velvet, 2 minggu sebelum dia pergi, ada juga sesekali kakak mahu makan curry puff Secret Recipe, kesemuanya saya belikan. Tiada satu hari pun yang saya mengeluh kepenatan walaupun saya baru pulang bekerja dan saya juga tidak tinggal berhampiran berbanding abang saya. Tapi saya tak peduli semua itu, bagi saya, segala penat lelah saya tak dapat dibandingkan dengan semua jasa kakak pada saya dan keluarga.

Kakak saya merupakan seorang yang mengutamakan keluarga. Dia contoh terbaik dalam keluarga saya. Sentiasa menyayangi kesemua anak-anak saudaranya. Setiap harijadi, setiap ulangtahun, setiap majlis tahlil, kakak yang akan bertungkus lumus, membeli makanan dan keperluan, segalanya kakak akan uruskan. Walaupun kakak saya tu tiada kenderaan, dan hanya menaiki teksi ke sana-sini. Tapi dialah yang pasti datang dalam semua majlis keluarga. Malu sungguh pada kakak, hatinya begitu baik tapi tak semua orang yang menghargai.

Kakak memang suka pada budak-budak. Semua anak saudara dilayan dengan baik, akak sentiasa menolong abang dan adik-adiknya dalam urusan anak-anak. Kakak sangat pemurah, tidak pernah kedekut, setakat beri duit untuk beli susu, makan, pakaian untuk anak-anak saudaranya bukanlah satu masalah besar. Tapi tidak semua adik beradik saya yang tahu menghargai jasa kakak walaupun terang-terangan kakak SENTIASA membantu.

Sehingga waktu saya menulis (menaip, sebenarnya) entri ini, saya masih sedih dengan kehilangan kakak. Saya tak boleh tidur malam seperti biasa kerana teringatkan kakak. Mujur ada rakan-rakan yang memahami situasi saya. Mana mungkin boleh lupakan insan yang paling dekat di hati. Insan yang sentiasa membantu saya sejak sekolah, sehinggalah dah bekerja dan kakak memang orang yang paling baik yang saya pernah kenal sebab kakak tidak pernah menghrapkan balasan atas setiap pertolongan yang diberikan.

Kakak terlalu baik pada semua orang, dan walaupun orang lain tidak membalas jasa kakak dengan kebaikan, ataupun orang lain tidak mengendahkan kakak walau ketika kakak sakit. Tidak pernah sekalipun kakak merungut. Begitulah kakak, baginya keluarga adalah segalanya. Ketika kakak sakit tempoh hari, kakak mesti memberikan duit belanja pada mak. Walaupun mak tak mahu tinggal di rumah kakak untuk menjanganya, tapi kakak faham akan keadaan kesihatan mak yang tak menentu.

Kalau ada kebaikan walau sebesar zarah dalam diri saya, ketahuilah bahawa ianya kerana saya mencontohi kakak. Kakak mengajar untuk melakukan kebaikan walau orang tidak membalas kita dengan kebaikan. Memang sukar untuk berbuat baik pada orang yang tidak berbuat kebaikan pada kita, tapi berlainan dengan kakak. Dia menghormati orang yang lebih tua, dia menyayangi semua yang lebih muda.

Hari sabtu sebelum kakak pergi, saya datang ke rumahnya untuk membelilkan makanan tengahari tapi kakak menolak kerana pakcik teksi dah belikan makanan dan saya ke rumah abang di wangsa maju dan berjanji akan datang semula untuk membelikan makan malam untuk kakak. Malam itu, saya bawa sekali anak abang yang paling bongsu, Kameela namanya. Kakak sangat ceria dan gembira malam tu.

Ketika masuk ke rumah kakak, saya menyuruh Kameela membawakan makanan ke dalam bilik kakak. Dari luar saya terdengar jeritan kakak "Bestnye Kameela datang" dan tedengar tawanya yang jelas gembira melihat anak saudaranya itu. Dipeluk, dicium pipi Kameela. Siap diberi mainan untuk Kameela malam tu. Begitulah kakak, menghargai setiap detik bersama keluarga. Malam itu, kami berborak panjang tentang keluarga dan itu ini.

Berbincang nak beli kereta, dan kakak amat teruja waktu tu. Jarang kakak bersungguh untuk berborak macam malam tu, sebab selalunya dia batuk dan susah bernafas. Alhamdulillah, malam tu dapat kami berborak panjang.. Sesekali terselit kisah ketika arwah abah masih ada, banyak kenangan yang kami lalui bersama, susah dan senang, ketika sihat dan sakit. Kini tinggallah saya sendirian tanpa insan yang paling memahami saya.

Pengaruh kakak terlalu besar dalam hidup saya, dialah yang memberikan nama kepada saya. Wan Aizat, nama yang diberikan kerana berhampiran dengan namanya - Wan Azreena. Dari kecil hingga saya besar, dia sentiasa bersama saya. Tak mampu nak diteruskan lagi cerita tentang kakak ni kerana terlalu sedih. Tapi, buat semua ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid dan semua yang mengenali arwah kakak, saya mohon kalian maafkan segala kesalahan kakak, jika ada, dan halalkan segala makan dan minum sepanjang perkenalan.

Tiada apa lagi yang mampu dilakukan, selain berdoa kepada Allah swt, moga roh kakakku, dan roh ayahku dirahmati oleh-Nya, moga dilapangkan kubur-kubur mereka, moga berbahgia roh mereka di sana, moga dijauhkan dari segala azab kubur dan damailah kalian di sana. Suatu hari, kita pasti berjumpa lagi, sementara itu doa ini kuberikan buat kalian. Al-Fatihah


Tuesday, August 20, 2013

Demam

Salam,

Hari ini (Selasa, 20 Ogos 2013) aku bangun tidur dengan suhu badan mencecah 800 darjah celcius. Atau dalam erti kata lainnya, aku demam. Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi, aku gagahi diri untuk pergi bekerja.

Sekian (saje je nak buat entry pendek sekali sekala :P)


Tuesday, August 13, 2013

Kebosanan Syawalku

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera



Salam 6 Syawal buat semua umat Islam, best ke aidilfitri tahun ni? Aku yang sentiasa beraya di Kuala Lumpur ni seperti biasa, merasa bosan dan keseorangan. Kecuali masa hari raya yang pertama hari tu je tak boring sangat sebab, yela.. 1st day raya..hehe..

Hari raya tahun ni mendapat ranking yang paling bosan sebab tak semua adik beradik aku ada kat KL, ada yang beraya kat rumah mak mertua terlebih dahulu, ada yang balik kampung bini. Syokla dorang sebab ada family lain. huhu. Aku lak hanya gi rumah best friend aku yang kebetulan memang orang Kampung Baru sejati iaitu Jai.

Kat rumah jai, syok. Semua adik beradik dia ada kat rumah mak dia masa tu, dengan anak-anak buah lagi. Seronok je kat rumah dia.. Kat rumah aku, ada la anak-anak laki mak aku yang baru tu datang memenuhkan rumah, dan buat-buat macam rumah ayah dia (konon), sambil tak hiraukan aku sebagai penduduk tetap rumah tu.

Dah la datang raya rumah orang, aku pun paham la kan kalau kau nak jumpa ayah kau. Tapi bagi aku, kalau kau datang rumah orang lain, terutama kalau rumah tu bukan rumah bapak atau mak kau. Tak payahla nak meriah sangat time nak beraya tu. Time tu lah kau nak jadikan masa untuk reunion dengan adik beradik kau, pastu nak cerita masalah family kau, walhal kau bukan kat rumah family kau? Tak malu ke woi? hahahaha..

Rumah mak aku tu dahla rumah kayu biasa je, so. Bila kau memekak, borak tak ingat dunia, memang satu rumah boleh dengar. Sekali lagi, manalah pergi adab kau bila pergi rumah orang lain ye? Nak nak pulak, bila kau takde kene mengena pun dengan persiapan raya rumah tu. Lainlah kalau kau kasi duit, pastu suh ayah kau beli lauk ngan barang-barang untuk sambut raya, takpun datang tolong lebih kurang ke.

Tu lain la cerita, ni macam datang rumah orang, datang lak dengan segerombolan keluarga kau, siap buat family reunion. Bising la! Tau tak? Tak malu ke kau datang rumah orang pastu bising-bising camtu? hahaha.. aku bukanlah kisah sangat kalau ada tetamu datang, aku suka actually. Aku suka kalau tetamu yang datang tu menyenangkan, yakni terdiri dari ahli keluarga aku, atau rakan yang akrab dan ada kena mengena dengan aku.

Ni masalahnya, yang tah sapo-sapo menyomak jo datang rumah den tetiap tahun. Kawan-kawan den pun tak ponah datang rumah den reramai camtu. Hampeh!! Inilah dilema yang abang lalui dan akan terus lalui pada masa mendatang. Nasib baiklah abang aku kat wangsa maju tu kasi kunci rumah dia kat aku. So, itu lah destinasi aku pada musim perayaan.

Macam sekarang ni, aku kat Wangsa Maju la. Kang baru nak balik kampung baru sebab esok kerja dah. Kesimpulannya, tak syok raya tanpa family sendiri. Mungkin suatu hari nanti, kalau dah ada keluarga sendiri, akhirnya aku akan rasa nikmat Aidilfitri dengan jayanya. In Shaa Allah.. Tapi macam mana pun, aku tetap bersyukur sebab dapat lagi sambut Ramadhan dan syawal dengan family aku. Sebab kita pun taktau camne masa akan datang. So enjoy your life, be thankful, dont forget to pray. Everything will be fine.. In Shaa Allah..


Till next time..Harap kalian happy sentiasa di musim perayaan ni..take care, salam :)

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan - dulu dan kini

Kenangan bersama akak dan arwah Abah di Majlis Kahwin cousin di Sri Gombak - 2011


Assalammualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh,

Hari ini dah masuk 9 Ramadhan 1434 bersamaan 10 Julai 2013, sekejap je rasanya. Amacam ibadah puasa kawan-kawan semua? Ok ka? Harap semuanya baik-baik aje dan moga kita semua mendapat syafaat daripada bulan yang barakah ni.

Bulan Ramadhan kali ni ada banyak perbezaannya dengan tahun yang sudah. Buat kali pertama sejak tahun 2008, aku dan keluarga tak dapat menyambut Ramadhan kali ini bersama Abah yang telah pergi pada 19 March 2013 aritu.

Rasa janggal pula kalini, sebab sebalum ni. Bila bulan Puasa je, aku akan ke rumah akak kat ampang dan tolong belikan lauk dan juadah berbuka untuk akak dan abah, selalu gak aku berbuka puasa sekali kat sana kalau takde janji dengan sesiapa. Tapi tahun ni, semua tu hanya kenangan dan tak ada sehari pun yang aku kesal dengan meluangkan masa bersama arwah abah dan kakak aku kat sana. Malah aku bersyukur sebab aku dapat jugak luangkan masa untuk Ramadhan terakhir bagi abah.

Walaupun aku jarang dapat bersama rakan-rakan untuk berbuka puasa sama, tapi aku tak kisah sangat sebab bukan senang untuk aku luang masa dengan family sendiri. Dari aku sekolah dulu, aku selalu sorang sorang sebab semua ada hal masing-masing. Bila sesekali dapat rasa nikmat ada keluarga ni, aku panjatkan syukur Alhamdulillah tak terkira, dan bagi aku, nikmat ni 'priceless'.

Berbalik pada cerita aku tolong belikan juadah berbuka untuk abah dan kakak (btw - tlg beli je, ni semua duit akak ngan arwah abah), selalunya target utama untuk shopping ialah di Kompleks Muhibah, dekat dengan Taman Nirwana, Ampang sana. Memang banyak choice, tapi selalunya Abah akan mintak belikan tempoyak ikan patin, atau nasi kerabu/dagang, atau ikan bakar, atau nasi beriani. Arwah abah suka gak makan cempedak goreng, atau kuih 'Vade'.

Tahun ni, aku tak sempat lagi nak ke Bazaar Ramadhan kat Kompleks Muhibah. Tapi, apa yang pasti - mesti aku akan teringat kenangan gi beli juadah berbuka untuk akak dan abah sebelum ni. Siapa sangka yang perkara 'kecil' camni akan jadi memori indah untuk aku. Tak ada isu penat atau apa sekalipun, yang penting ialah aku sempat luangkan masa waktu tu dan aku bersyukur dan aku gembira.

Syawal nanti sure' akan jadi janggal sebab selalunya lepas je solat Sunat Aidilfitri, aku atau abang aku akan jemput abah dan akak untuk datang beraya kat kampung baru sebab sana ialah tempat utama untuk semua family aku berkumpul. Tak dapat aku lupa yang arwah abah selalunya akan lepak kat tangga dan borak-borak dengan semua yang ada, pastu anak-anak dan menantu akan layan dia, bawakan makan atau kopi sebab arwah abah kudung kaki kirinya (pada yang tak tahu), jadi agak terbatas pergerekannya.

Pernah sekali tu, aku rasa masa Aidilfitri tahun lepas, abah ajak balik rumah dia kat Ampang, sebab dia nak mandi. Yela, kat kampung baru tu, bilik air kami kat bawah, laluan nak ke bilik air dan toilet tu pun sempit. Jadi arwah tak berapa selesa la kan. Tu yang dia mintak aku bawak dia balik Ampang untuk mandi. hehe. Aku layan je, sebab kadang tu, bila rumah dah terlampau penuh dengan tetamu, aku jadik tak syok nak lepak rumah sendiri. Nak nak kalau yang penuh tu bukanlah dari family sendiri dan orang yg aku kenal. 

Selain tak dapat berpuasa dan beraya dengan abah dah. Aku juga bakal tak dapat menonton game EPL dengan arwah abah. Arwah memang sporting dalam bab tengok bola ni. Jangan kata bola, sebab abah banyak masa kat rumah akak, dia layan semua jenis sukan yang ada yakni Tenis, badminton (ni favorite dia) dan bolasepak terutama liga perdana Inggeris. Abah minat Chelsea dan Real Madrid, tapi sebab aku die hard fan Manchester United Fc, abah selalula akan turut sokong M.U kalau kami tengok game sama.

Banyak gak final bola yang aku sempat tengok dengan abah, aku tengok Final champions league yang M.U kalah tahun 2009 dulu, Final world cup 2010, Piala Asia yang Jepun menang dlm tahun lepas kalau tak silap dan banyak la lagi. Sekali lagi, aku bersukur sebab aku pilih untuk spend time dengan arwah abah walaupun aku sentiasa ada options yang lagi best. Hari ni abah dah tak ada, emm :( Tak ada lagi masa yang boleh aku luangkan untuk abah, cuma aku boleh doakan yang terbaik buat Arwah.

Wan Jaafar bin Wan Zaharin, abah saya - sentiasa akan berada dalam ingatan.

Al-Fatihah 

Thursday, May 30, 2013

Anjing Menyalak

Great self-note isn't it?



Salam, hi.. Apa kabar semua?

Aku nak cerita sikit je kali ni. Jadi,  ayuh kita bermula. Ok, kita ni hidup bermasyarakat, kita bergaul sesama kita, rakan belajar atau rakan bekerja. Semua ni kawan kan?

Ok, aku nak tanya. Seberapa kerap perbuatan atau percakapan korang disalah reti?? Aku selalu mengalami situasi ni hingga tahap aku pun tak kisah dah,

Mereka yang kita anggap 'kawan' ni tak semuanya anggap kita kawan gak. Kadang tu dorang anggap kita yang bebukan, tuduh kita itu ini, walhal kita ni tidak seteruk mana.

Aku cuma nak nasihat, jangan mudah rasa diri kau tu teruk, hanya sebab sekor anjing' cakap kau itu ini. Sebab, kalau ada 9 orang manusia yg terdiri dari rakan yang betul betul tahu pasal kau, dan dorang ngaku kau tu ok/baik, dahtu kenapa kau nak dengar kata dari sekor anjing menyalak?

Tapi kalau sorang tu nasihat kau elok elok, kau dengarlah. Nak nak plak kalau 9 orang kawan kau tadi perangai serupa monyet, maksud aku ialah - yang baik kau ambil, yang buruk kau elakkan ye??

Aku malas nak layan anjing-anjing dalam hidup Aku ni sebab aku banyak benda lain nak buat. Mana ada masa nk layan anjing menyalak, bukan paham pun.. Haha

Jadi, kalau kau rasa aku ni jahat sebab aku tak baik dengan kau - go to hell!! Aku hanya akan, hormat kat mereka yang menghormati sahaja. Bukan pada kau yang bodoh sebab suka judge orang yang kau tak kenal. Ok, bye kawan. To anjing- "shut-up"


Monday, May 27, 2013

Yes - Samsung 4G Chromebook

Yes | Samsung 4G Chromebook




  • 11.6 inches (1366x768) display
  • 0.7 inches thin – 2.42 lbs / 1.08 kg
  • Over 6.5 hours of battery*
  • Samsung Exynos 5 Dual Processor
  • 100 GB Google Drive Cloud Storage with 16 GB Solid State Drive**
  • Built-in dual band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • Built-in Yes 4G Connectivity
  • VGA Camera
  • 1 x USB 3.0, 1 x USB 2.0
  • HDMI Port
  • Bluetooth 3.0™ Compatible

*Battery life may vary based on usage or other conditions.

**100 GB of free storage is valid for 2 years, starting on the date you redeem the Drive offer.

-------------------------------------------------------------------------------------


The Samsung 4G Chromebook - Exclusively from Yes, heralds the next generation of computers. Promising hassle-free maintenance, it has built-in virus protection and stays up-to-date automatically. There is nothing complicated to learn and no software to install. It boots up in seconds and doesn't slow down over time.

The Samsung 4G Chromebook also comes with your favourite Google apps, allowing you to do everything from surfing the Internet to editing videos. All your precious data is saved on the cloud via Google Drive, keeping them safe even if your device gets lost or damaged. 


Best of all, with built-in Yes 4G connectivity, everything you do is smooth and fast. Your life has just taken on a new meaning. 


Welcome to the future.










For more info, you can go to this link

Thursday, May 9, 2013

Abah

Al- Fatihah untuk arwah abah
 
 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebosanan paling agung, kat tempat kerja, yang syoknye – tak berapa nak ada kerja. Ada masa sibuk, terlampau sibuk. Nak gi toilet pun tak sempat kadang- kadang tu. Tapi bila dah tak ada kerja, well. Memang teramat la banyak waktu terluang tu. Kat opis ni, antara aktiviti ‘standard’ yang sering dipraktikkan tatkala tiada kerja untuk dikerjakan ialah :

  • Online sampai lemau
  • Online sampai lemau sambil mendengar lagu
  • Menonton movie
  • Tidur (hanya diaplikasikan oleh sesetengah pihak)
 
Oleh kerana keadaan wifi yang tidak mengizinkan, maka terpaksalah saya mencari aplikasi Microsoft word yang saya tidak pasti akan kewujudannya di dalam laptop ini. “Ada la!!!” - teriak saya dalam hati tatkala menjumpai perisian standard 1Malaysia itu. Setelah itu, saya mula mengorak langkah dengan menaip warkah untuk dimuatnaik pada blog saya.

 
Ya, saya ada blog. Masih wujud lagi (saya dah periksa tadi). Cumanya, dah lama tak dikemaskini dek kesibukan melampau (kononnya). Hari ini, pada tarikh 8 May 2013, Khamis, bersamaan 14 Jamadil Akhir 1434. Tahun 2013, emm. Baru je 5 bulan berlalu bagi tahun ni, akan tetapi. Bermacam perkara sudah terjadi. Suka, duka, berjumpa, dan berpisah.


Bermulanya Januari 2 tahun ini, saya memulakan pekerjaan baru di YTL Communications. Alhamdulillah, setakat ini semuanya OK. Walaupun gaji yang aku dapat, bukanlah gaji yang ‘paling banyak dalam dunia’, sekurang-kurangnya ada la sumber kewangan . Persekitaran yang ala kadar, tapi ada rakan sekerja yang berkaliber (kot).


Antara rakan sekerja yang berada dalam team Pre-Configuration ni ialah


· Amir

· Azim

· Farihah

· Jerry

· Yogen

· Kashan



Apa yang saya kagum pada mereka ini ialah, walaupun mereka masih muda, jika nak dibandingkan dengan saya yang jauh lebih muda (cover line), tapi mereka tampak dan memang matang atau ‘matured’ di dalam bahasa inggeris. Ada antara mereka yang mempunyai tahap kelakar yang tinggi, sesuai dengan kondisi saya yang memang sentiasa ‘serius’ ni. Pendek kata, saya gembira kat tempat kerja baru ini.

Masa memula saya melangkah kaki di opis ni (2 Januari 2013), ayah saya baru je masuk wad, sekitar hujung disember. Saya bersama kakak yang menghantar waktu tu, ayah saya yang dipanggil ‘abah’ waktu tu masih sihat. Cuma pada masa tu, dia mengalami luka di bahagian kaki. Al maklumlah, dengan keadaannya yang ada penyakit kencing manis, sangatlah sukar untuk luka-luka itu sembuh.


Abah berada di hospital lebih kurang 3 bulan, masa kat wad dermatologi, luka di badan abah dah hamper pulih, kalau sebelum tu, kedua belah tangan penuh dengan luka, tapi selepas hampir sebulan dirawat, ada banyak perubahan. Luka-luka tadi pun dah kering. Abah saya tu peramah orangnya, dia tegur semua orang kat hospital tu. Tak macam saya, saya ni pemalu orangnya. :P


Dalam tempoh 3 bulan abah di hospital, akak dan abang saya yang selalu menjenguk abah. Saya pada waktu tu, datang melawat bila ada kesempatan je, saya sentiasa cuba untuk datang biarpun untuk tempoh yang singkat. Tapi saya mengaku, ada juga waktu yang terluang, tapi tak dimanfaatkan untuk melawat abah saya atau nama betulnya – Wan Jaafar bin Wan Zaharin.


(Ok, air mata ni tak dapat ditahan lagi, tapi saya cuba untuk meneruskan cerita ini).


23 tahun lepas, tahun 1990 ialah tahun dimana abah saya ditukarkan untuk bekerja di Gua Musang, Kelantan. Saya yang baru bersekolah tadika pada waktu tu, tak berapa nak paham akan situasi yang sebenarnya saya alami. Maka bermulalah tempoh hidup saya tanpa seorang ayah. Maksud saya, tak sentiasa ada ayah, memandangkan abah bekerja di luar Kuala Lumpur.


Masih segar dalam ingatan, aku dan abang ke Kelantan untuk meluangkan masa dengan abah. Oh ye, abah saya ialah seorang anggota polis. Sebelum bertugas di Balai Gua Musang, setahu saya, abah pernah menjadi anggota F.R.U di Pulapol, kemudian bertugas di Bukit Aman.


Meluangkan cuti persekolahan di Gua Musang, Kelantan bukanlah sesuatu yang sangat happening, sebab. Yela, kat sana mana nak ada kawan-kawan nak main bola ke, lepak-lepak ke. Ada kenal pun sorang, tu pun sebab dia abang kandung saya. Hehe. Sepanjang masa kat sana, Abah macam biasa, sentiasa busy dengan kerja, selalu takde kat umah.


Kerja sebagai pegawai polis ni kan tak ada ketentuan masa, jadinya. Jaranglah juga dapat meluangkan masa dengan abah, tapi masa tu aku taktau apa. Just followed the flow’ je, kalau ada – adalah. Kalau tak, nak buat macamana Oleh kerana era tu ialah era VCR, makanya, saya dan abang saya - Fezz rajinlah ke kedai video untuk sewa VCR. Dah tu nak buat apo, masa tu mana ada FB, jangan kata FB – masa tu internet pun tak berapa nak kenal. Hehe.



Mood Berangan – “Kalaulah masa tu saya ada blog ni, mesti dah banyak cerita yang saya boleh update ”.



Mood reality – “Ok, masa tu belum wujud era internet, so.. Tengok jela video cite Cina yang Jet Li berlakon tu”.


Kesimpulannya, kalau bercuti sekolah kat Gua Musang pun sama macam kat KL. Sebab, bukannya dapat jumpa abah tu, dia pun busy je. Ada juga sekali sekala masa saya sekolah rendah dulu dimana, abah datang KL, pastu dia akan jemput kat rumah. Tapi apa yang saya ingat ialah, abah tak pernah masuk dalam rumah bila dia datang. Cukup sahaja dengan panggil dari luar pagar.


Dalam pada abah datang KL tu, ada juga time yang mana dia janji nak datang, tapi tak datang. Oleh kerana saya kan ‘selalu’ sangat jumpa abah, bila tak dapat jumpa dia tu, saya selalu gak la melalak, meraung, dan mengamuk. Haha, syaitan sungguh saya waktu itu. Sampai ada satu hari tu, saya yang masih kanak-kanak macam hysteria, pastu siap marah mak saya yang baru balik kerja.


Mak saya masa tu kerja kat The Mall, tau tak apa itu The Mall? Yaohan tau tak? Taktau ke, ape ke rendah IQ kau ni ha? Hahaha, takdela. The Mall yang depan PWTC tu, kat situlah mak aku kerja. Kebiasaannya mak akan masuk kerja dalam pukul 10am, balik pun dalam 10pm. Bayangkan, bila mak balik kerja penat-penat malam tu, dengan saya macam kena rasuk sambil melalak, dan menyepahkan rumah yang selalu bersepah tu. Haha..


Ok, tu masa saya kecik la kan. Masa kecik yang penuh tragis, tanpa ayah (sebab dia kerja kat luar KL), tanpa mak (10am-10pm, sebab dia kerja, balik lambat). Masa tu akak saya study kat UKM, dia pun takde kat rumah, abang saya yang bob tu – dia dok kat Gua Musang dengan abah. Ada pun, abang fezz, tapi masa tu dia dah tahap remaja, jadi dia selalu dengan member dia.


Saya? Saya kawan dengan diri saya jela sepanjang kat rumah. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya berseorangan. ‘Aizat tak kisah’. Rutin harian masa weekdays ialah bangun pagi (tak berapa nak pagi kalau sekolah sesi petang), masa bangun tu selalunya mak saya dah gi keje, pastu dah gi sekolah, balik petang – rumah masih lagi takde orang. Malam, saya dah nak tido, ataupun adakalanya tu, dah tertidur, baru mak balik,


Walaupun saya tahu mak saya keluar bekerja waktu tu, tapi. Masih juga rasa tak syok sebab selalu ditinggalkan. Mungkin sebab tu, bila saya dah meningkat remaja (masih remaja sekarang ini ye), saya paling tak suka ditinggalkan. Baik dari pihak keluarga ataupun para sahabat, saya taknak langsung ada perasaan kena tinggal. Benci, bonci, tak suko, semuo ado..


Kehidupan kat Kampung Baru pada tahun 90an adalah sungguh mengasyikkan, dengan rakan-rakan sepermainan yang terlampau ramai. Aktiviti harian anda sungguh penuh dan sibuk sentiasa. Zaman mula berjinak nak main bola masa darjah 4 dulu, memang sentiasalah dengan bolasepak. Kalau cuti sabtu dan ahad tu, siap ada lawan bola sesi pagi, pastu sesi petang. Dahla friendly 2 kali sehari, lawan team yang sama lak tu.


Tah apa-apa ntah la masa tu bila dipikirkan balik. Tapi, memang syok. Hari-hari depenuhi aturacara meriah, main bola, main video game, gi jalan-jalan dengan kawan, main bola, tengok bola. Ha, masa tahun 1994 tulah juga saya mula mengikuti perkembangan Manchester United, nak nak pula waktu tu ada Eric Cantona yang menjadi kegilaan ramai muda mudi termasuk saya pada masa tu. Dengan kolar baju dinaikkan, ala-ala pailang. Kehebatannya menjadi contoh pada anak muda di sekitar Kampung Baru by that time.


Tahun 1994, sebelum ‘Manchester United’ menjadi kegilaan. Tahun itu juga ialah tahun saya bertukar sekolah. Dari sekolah Jalan Gurney 2, ke Sekolah Keb Jalan Raja Muda 2 (SKJRM2), maka waktu itulah bermula transformasi dalam hidup saya. Di SKJRM2 itulah bermula titik tolak dimana saya tahu erti mempunyai geng yang sekepala, dan waktu itu juga saya mula mengenali erti persahabatan sejati.

Sebab utama saya mula meminati Eric Cantona ialah kerana saya berkawan dengan seorang yang bernama Mohd Haidar bin Hamdan, dia pun tinggal kat Kg Baru waktu tu, oleh kerana saya rapat dengan dia yang juga rakan sekelas saya masa darjah 4 & 5. Dia terlebih dahula menyokong Manchester United dan Cantona, saya yang pada mulanya tak berapa nak heran, akhirnya terjebak dengan aura Cantona yang terlampau dahsyat (sampai skang masih terasa aura tu, power tak??)


Sampai la sekarang ni, dah masuk 19 tahun saya menyokong Manchester United. Terima kasih banyak kepada Haidar sebab memperkenalkan saya pada bolasepak dan juga Man United sendiri. Memang dari kecik, saya dah sokong, sebab tu saya obsess sampai sekarang ni. Sebab tu juga saya menyampah dengan segilintir masyarakat hari ini, dimana mereka suka menghentam, suka bercerita pasal bola, walhal taktau apa-apa pasal bolasepak. Lahabau!


Selain Haidar, ada beberapa geng lain yang rapat dengan saya masa tu. Kesemua mereka tinggal di Kampung Baru ye, harap maklum. Ada Eza Hamni, Fadhil, dan Badrill. Yup, Mohd Badrill bin Samsun ialah rakan karib saya dari kecik dulu, hingga ‘remaja’ kini dia masih kawan rapat saya. Dari sekolah dulu, dialah yang mendengar cerita saya, main bola bersama, lepak dengan saya.


Bari je semalam (Khamis, 25 April 2013) kami lepak minum sama. Ehehehe.. Bukan mudah nak cari sahabat sejati yang sanggup nak bersusah payah bersama. Setakat kawan masa nak tengok wayang, gelak-gelak tu ramaila. Bila waktu susah, sedih. Ada berapa kerat je yang sanggup nak setia bersama. Walau bagaimanapun, aku bersyukur sebab dikelilingi sahabat yang selalu ambil berat.


Berbalik pada cerita Abah tadi, seperti yang sedia maklum. Pada tanggal 19 March 2013 yang lepas, tepat jam 8 pagi, Abah telah kembali ke rahmatullah. Dalam pada kesedihan dengan pemergian Abah, kami sekeluarga redha dan tetap bersyukur kerana apat meluangkan sedikit masa kerana arwah abah sempat tinggal bersama kakak kat Ampang sejak dia tak sihat pada 2008.


Walau pada dasarnya, saya bukanlah individu yang paling rapat dengan arwah abah. Namun 5 tahun tempoh bersamanya, banyak kenangan yang berbekas di dalam hati. Ada masa gembira, ada masa berduka. Saya redha dengan ketentuan illahi, redha dengan pemergian abah. Namun ada juga terpalit sedikit terkilan sebab saya ada buat salah kat dia, ada marah abah masa hayatnya.


Masa minggu pertama abah meninggal, saya tak boleh tahan nak menangis tiap kali selesai solat. Sebabnya, saya teringat masa abah selesai solat, dia akan doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak dia. Itulah abah, walaupun ada setengah orang rasa, doa tu bukan perkara besar, tapi bagi aku. Itu adalah perkara yang penting kerana aku nak mak ayah aku doakan aku, aku nak redha ibubapa.


Mungkin abah tak ada harta, rumah, mahupun kereta mahal untuk diberi kat saya, tapi cukuplah doa-doa arwah abah masa hayatnya untuk saya. Cukuplah untuk saya tahu yang abah juga sayang akan kesemua anak-anaknya. Walaupun tak seberapa masa yang diluangkan, saya tetap bersyukur kerana apa yang diperjuangkan untuk abah selama ini berbaloi.


Abah melalui perubahan yang ketara, yang penting – di akhir hayatnya, dia bersama keluarga kami. Dia bersama kakak yang sentiasa menjaga, melayan kerenahnya, walau ada antara adik beradik kami yang tak sudi membantu, walaupun sekadar bantu membelikan makanan untuk abah. Tapi abah jarang nak ambil hati. Apa yang paling aku hormat pada sifat abah ialah, dia tak pernah marah.


Kalau bercakap pun lembut tutur katanya, tak macam saya. Saya ni cakap pun kasar, pastu pemarah pula. Abah lain, dia penyabar sangat. Susah nak tengok dia marah. Ada juga satu dua kali saya bertengkar dengan abah, tapi dia tak marah pun. Siap dia minta maaf lagi kat saya, aduh. Tahu tak betapa menyesalnya saya??


Menyesal sampaikan tiap kali lalu kat highway AKLEH, saya akan teringat tiap kali lalu situ untuk ke ampang, rumah akak dimana abah tinggal bersama. Lalu je situ, saya akan teringat tiap kali ke Ampang untuk belikan makanan untuk abah dan sampai harini terngiang ngiang dalam kepala saya - abah duduk di sofa, sambil tengok tv. Ataupun dia sedang solat, membaca al-Quran.
 
Tiap kali saya teringat abah tu, ada perkataan yang sering saya ungkap, “abah, adik minta maaf, maafkan semua dosa adik kat abah”. Saya mesti syahdu kalau teringat kat arwah abah, kadang tu saya menangis kat atas motor, menitis air mata selepas solat. Saya tahu saya banyak salah kat abah, Cuma saya harap abah maafkan semua dosa saya padanya.


Kesimpulannya, ambil iktibar dari kisah saya ini. Tak rugi buat baik pada ibubapa sementara hayat mereka masih ada. Kalau ada buat salah, minta maaf cepat-cepat. Luangkan masa anda bersama mereka kala masih berkesempatan, sebabnya kita tak tahu bila masa mereka akan meninggalkan mereka, kita pun tak tahu bila ajal kita. Gunakan masa anda sebaiknya ye.

Don’t treat things for granted – especially if its involved your love one.



Assalamualaikum wbt






Thursday, May 2, 2013

Iron Man 3

Best movie of  '2013'



Hi semua, apa khabar? sihat ke? Harap kalian semua berada dalam keadaan yang baik. Jadi, hari mengundi hampir tiba. Jangan lupa tunaikan tanggungjawab, pilihlah untuk mengundi. Hehe. Selain mengundi, saya sarankan agar anda tunaikan satu lagi kewajipan, iaitu - menonton filem Iron Man 3 di pawagam.

Kepada yang baru nak menonton, saya ingin memberikan nasihat supaya anda tunggu sehingga habis 'credit roll' filem ini ditayangkan, sebab?? Sebab seperti cerita keluaran 'Marvel' yang lain, filem ini juga mempunyai sedikit scene untuk dipertontonkan, jadi. Dengar nasihat saya - "tunggu sampai habis oiiiii".

p.s - Iron Man 3 ni memang terbaik, malahan dengan confident dan tanpa segan silu saya ingin menyatakan, filem Iron Man ini merupakan filem terbaik bagi tahun 2013 ni, yang ke-2 terbaik saya nobatkan pada filem Oz - The great and powerful, selain tu, takde cite yang menarik sangat tahun ni. Sekian! Tak caya? gi la beli tiket wayang, mesti menangis la kalau tengok iron man 3 ni oi. hehe.. Saya kasi 10 bintang untuk filem ini :p


Another great movie of 2013








Saturday, March 9, 2013

Berita Terkini

Salam semua. Minggu lepas ayah aku dah keluar dari wad, setelah hampir 3 bulan dirawat kat Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dah boleh balik rumah. Cuma masalahnya, dia dah tak sihat macam dulu. Kalau sebelum ni boleh berjalan, bercakap dan makan. Sekarang ni hanya mampu terbaring. kalau bercakap pun dah tak larat, cakap slow pastu sambil tutup mata.

Selera makan pun dah tak ada, kalau dulu tu selalu bantai makan nasi lauk ikan patin, skang ni nak jamah biskut pun susah. Kesian lak kat akak aku, sebab kena jaga ayah kat rumah dia. Nak kena cari nurse untuk datang rumah, buat dressing bagai. Mohon doakan yang terbaik buat aku sekeluarga ye? Terima kasih wahai sahabat :)

Sunday, February 17, 2013

Salahku

Maafkan aku sebab entry last yang post merupakan cerita yang tak sepatutnya ada  kat dalam blog ni, maafkan aku kerana menggunakan bahasa yang kurang enak. Memang salah aku, tak sepatutnya aku menulis ketika marah, sebab dalam keadaan yang marah, diri tak stabil, cerita pun terlampau mengikut emosi, dan yang paling teruk bila aku menulis dalam keadaan yang penuh emosi, ada yang akan terasa. Bukan salah mereka, salah aku sahaja. Aku kan manusia biasa, dan ini kesalahan aku dan aku mengaku..

Assalamualaikum wbt

Sunday, February 10, 2013

Kau Obses



Kadang aku merasakan orang sekeliling aku tak begitu kenal aku, walaupun tempoh perkenalan agak panjang. Tapi disebabkan buta hati dan tak mahu ambil tahu, mereka menghukum kita. Mereka salahkan kita, sebab mereka tak ada kekuatan untuk mengaku kesalahan sendiri. Itulah hakikatnya kehidupan, ada yang boleh diharapkan, ramai lagi yang tidak.

Sesiapa yang betul-betul mengenali aku akan faham keadaan aku, walaupun pada luaran, kau nampak aku bahagia gelak ketawa, tapi ada masanya, dalam hati aku menangis - siapa yang peduli? Tapi, berapa kali kau nampak aku menangis?? Berapa kali aku libatkan kau dalam masalah hidup aku? Aku memang ada buat salah, sekali -sekala, biasalah kan? Tapi pernah sekali tak kau terfikir - berapa ribu kali aku buat benda betul??

Aku ni bukan jenis suka mengomel, kat FB ke, kat dunia realiti ke.. Tapi aku tak pulak cakap yang aku tak pernah. Ada tu ada, tapi sekali sekala, tengok keperluan. Bukan sepanjang masa aku ni suka mengadu. Lagi banyak yang aku pendam, tapi orang tak tau. Yang kau nampak kat aku - Aizat - suka bising-bising, marah-marah, kecoh-kecoh.

Bila aku tolong kau, tolong dengar masalah kau, kasi plak masa aku yang mahal kat kau, tu kau takmau ingat. Yang kau tau, aku salah. Aku tak betul.. Ye, kau selalu betul, kau tak boleh salah. Kau je ada masalah, aku takde, kan? Aku tak penah ada masalah, aku tak boleh tension, camtu? Tapi kau boleh kan? Kau je ada masalah dalam dunia ni, aku takde. Aku kan hidup 'senang'..

Sebodoh aku ni, walaupun aku banyak masalah, aku jarang la nak libatkan orang lain. Aku bukan suka sangat nak susahkan orang, aku tak pula 'jakun' nak hebah kat dunia maya setiap 5 minit. Aku bukan macam orang lain, terlampau mahukan perhatian orang. Yang paling penting, walaupun aku bodoh, tapi aku tak obses pada diri sendiri.

Obses pada sesuatu tu pun dah teruk, tapi bagi aku, obses pada diri sendiri  - tu lagi la bahlol. Sebab, pada pemerhatian aku pada beruk-beruk yang ada sifat ni, dorang cenderung untuk rasa yang diri sendiri sentiasa betul, orang lain salah. Orang camni, dia takmau fikir keadaan orang lain, yang penting - diri dia sendiri. Orang kacau dia sikit - tak boleh. Tapi dia menyusahlan orang, ohh tak apa. Yela, dia kan betul.

Orang buat dia bengang, dia marah. Memang siap la wall facebook dia, penuh la cerita dia nak 'bahasakan' orang. Walaupun penggunaan bahasa teruk, its ok, dia tetap rasa macam dialah sasterawan negara, konon nak bermadah pujangga, dalam masa yang sama. Tak sedar yang orang nampak dia bodoh. Bodoh gile perangai, selalu tu aku gelak guling-guling bila baca status bodoh dalam FB tu. ahahahhaahahhahahha..

Tapi, orang camni, bila dia buat kita berbulu, ohh tak apa. Sebab? Sebab sentiasa dia tanam kata dalam otak dia yang bangang tu, "aku betul, kau salah. Aku best, kau bodo, aku tension, aku ada banyak masalah, kau takde problem, hidup kau senang, aku tak salah, aku hebat, aku ada segalanya, aku ada ramai kawan, ramai orang lagi nak kawan dengan aku"..dan lain-lain.

Siapa yang betul-betul kenal aku, akan paham yang sekali sekala, aku pun boleh marah. Aku pun boleh bebulu, aku pun boleh tension. Tapi, kemana je aku boleh bawak  marah aku tu? Paling kuat pun, kadang-kadang aku cerita la pada yang sudi mendengar. Tapi selalunya, aku akan pastikan yang aku mampu nak gelak ketawa depan kawan-kawan aku, sebab aku tau aku akan happy bila dapat gelak tawa dengan rakan sejati.

Ada satu hari yang mana aku pun takde mood, tapi kalau ye pun aku takde mood sebab aku banyak problem, tak bermakna itu boleh dijadikan alasan untuk kurang ajar. Bukan alasan untuk aku sombong, sebab walaupun aku serba kekurangan, aku tak boleh nak biadab dan eksyen pada orang lain, terutamanya pada yang lebih tua dari aku.

Kau kerek la macamana pun, kau kaya ke kau miskin ke, kau htam ke, kau putih ke, kalau kau lebih tua dari aku, nescaya aku akan cari jalan untuk hormat kau, walaupun aku sebenarnya tak suka perangai kau. Tapi, kalau kau tu budak, selalu menyusahkan pulak, lepas tu nak buat aku macam adik-adik kau, kau silap la. Kau pikir kau tu siapa nak kurang ajar dengan aku?

Kalau kau rasa kau nak dihormati, kau belajar cara hormat orang lain dulu. Kalau kau tak suka kena marah, janganlah kasi orang marah! Kalau berjanji, biarlah ditepati. Barulah orang lain respect kat kau. Ini tak, kau tak respect masa aku, kau tak respect life aku, kau tak ambik peduli masalah aku, tapi dalam masa yang sama, kau nak orang hormat kau, wtf?? Kau tu siapa je??

Bila ktia nasihat, dia kata kita marah. Dia kata kita kacau mood dia, dia nak relax, nak happy happy, tak suka dimarahi. Janganlah bodoh sangat, sekali skali, bila kau salah, aku akan bagitau, Pernah tak dengar perumpaan ni - 'Bodoh Sombong'. Pernah kan?? Jangan jadi orang bodoh lagi sombong, bila orang tegur tu, dengarlah. Ambil iktibar, jangan suka ulang salah yang sama.

Sebab aku ni jenis yang pada mulanya, aku akan bagi banyakkkkkkkkkkk peluang, dan aku akan sedaya upaya tegur dengan cara yang elok. Aku akan tegur dengan cara lembut, bagitau biasa-biasa. Tapi kalau kau dah terima caci maki dari aku, jangan salahkan aku. Salahkan diri kau yang bodoh tu, sebab apa? Sebab tu memang salah kau!

Aku takkan sentiasa betul, dan kau tak mungkin selalu salah. Tapi beza aku dengan kau ialah, aku tahu bila aku salah, dan kau hanya tahu menyalahkan orang lain. Sebab kau rasa kau tu best, kan? Kalau beratus kali kau dengan tabiat kau yang suka menyusahkan orang tu kan, kau rasa, patut ke aku cakap baik-baik dengan kau haaa?

Kalau orang lain buat salah ulang-ulang kat kau selalu, camne? Apa tindakan yang kau nak ambik? Nak tegur elok-elok lagi? Sekali dua, bolehlah sabar. Tapi kalau berderet deret kau kurang ajar, boleh plak aku nak cakap elok-elok?? Sekali lagi aku nak tanya, kau rasa kau tu siapa? Anak Agong ke? Jangan nak poyo la wei, kau tu budak-budak hingusan je.

Aku tak paham perangai golongan muda ni, makin moden, makin biadab! Bukannya aku nak suruh kau panggil aku dengan gelaran 'abang' ke brader ke, cukup sekadar, kau hormat aku, hormat masa aku. Pastu sekali sekala, ingat lah apa yang aku menyenangkan kau daripada sekali dua yang aku menyusahkan kau. Hidup tak payah nak kerek-kerek sebab kita tak tau masa depan kita.

Kita rasa orang ni tak best, tak betul, selalu nak maki-maki kita, tapi kita tak tau yang orang macam ni lah yang boleh tolong kita. Sebab masa kita betul-betul terduduk, kawan kau yang kau kata tempat kau mengadu domba, rakan gelak tawa, rakan buat maksiat kau tu belum tentu akan duduk berduka dengan kau. Fikirkanlah wahai si dungu, jangan asyik nak menyalahkan umat bila dirimu itu sendiri adalah musibat.

Aku bukan orang baik-baik, tapi sekurangnya aku tak jahat pada sahabat aku. Aku tak punya banyak wang, tapi apa yang aku ada, aku cuba kongsi bersama. Aku tak ada kereta untuk kau tumpang, tapi aku tak kisah berhujan panas bawa kau naik motor buruk aku. Aku bukannya pandai macam kau, tapi aku tak kisah bagi ilmu aku yang sedikit pada kau. Aku tak ada apa yang boleh aku beri, kecuali masa aku yang 'mahal'.

Jadi, tolong hormat masa aku kalau kau nak aku hormat kau. Sebab, 'masa' ialah satunya harta aku yang paling berharga, itulah semuanya yang aku mampu bagi. Sebab aku bukannya ada banyak harta macam kau, aku tak ada keluarga kaya raya, tak ada orang nak kasi aku kereta. Aku selalu salah, kau sentiasa betul. Kau je betul..aku mengaku aku salah..

Friday, February 1, 2013

Premier League's Schedules : Game 25

BPL - Match week 25

Open this pic in new tab for bigger picture




BPL's Table after match week 24


Open this pic in new tab for bigger picture


Manusia Teruk

Dalam bulan Disember 2012 yang lepas, kakak aku masuk wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia sesak nafas masa kat tempat kerja, tapi sekarang ni dia dah keluar. Saja nak kasitau, lepas je akak aku keluar wad, bapak aku pula yang masuk wad sebab sakit kulit dan sekarang ni masih ada kat hospital.

Harap maklum bahawa, aku bukan nak cerita pasal family aku yang kena tahan kat wad tu ke apa. Cuma aku nak berkongsi sedikit tentang pengalaman semasa pergi melawat akak aku kat HKL tempoh hari. Dalam jam 5 lebih, aku dah kat sana dan masa tu akak ipar aku (Kak su) pun datang untuk melawat dengan semua 4 oang anak buah aku.

Tanpa notis rasmi atau pemberitahuan melalui media (aku rasa la), kanak-kanak bawah 12 tahun sekarang dah tak dibenarkan masuk ke wad untuk melawat. Sedikit sebanyak ianya MENYUSAHKAN ibubapa ataupun individu yang 'terpaksa' membawa anak mereka. Oleh yang sedimikian, 2 daripada anak buah aku terpaksa menunggu di luar pintu masuk di wad HKL tu.

Oleh kerana masa tu aku baru je lepas melawat kakak, aku pun teman anak buah aku yang mana sorang tu umur 1 tahun lebih, dan kakaknya yang darjah 5. Ramai orang yang terpaksa menunggu masa tu, maka tempat duduk yang ala kadar tu pun dipenuhi kanak-kanak dan penjaga mereka. Tak kisah la kan, nak buat macam mana, dah terpaksa.

Terpaksa juga lah anak buah aku mencangkung kat tempat menunggu tu. Tapi yang aku 
berbulu' masa tu sebab ada sepasang manusia kat situ, yang bagi aku, 'tak patut langsung' duduk kat kerusi menunggu tu. Biar aku re-phrase statement aku tadi, bagi aku, dorang tu tak patut langsung ada kat KL ni, bukan kat kerusi tu je.

(SILA RUJUK GAMBAR DI BAWAH)

Sebab 'seekor' daripada manusia tu duduk kat kerusi menunggu tu sebab dia nak main game, sorang lagi duduk kat kerusi tu pulak untuk bergayut telefon. "Ape hal la kau ni kan??" - Kata aku dalam hati. Dia nampak anak buah aku bercangkung kat seblah kerusi dia, dorang bukan main la lagi sibuk nak duduk. Penat ke main game? Kalau nak main game PSP tu, kat rumah pun boleh bang.

Warga KL yang 'prihatin'

Yang betina lagi sekor tu, tak berhenti ber-telefon. Kenapa? Kat rumah takde signal telefon ke? Ingat hospital tu tempat untuk kau bergayut?? Aku pelik dan hairan, sebab dorang ni langsung tak ada sikit pun nak bertoleransi, kasi anak buah aku duduk kat kerusi tu. Kalau salah sekor dari beruk tu kasi 1 kerusi pun dah ok, kurang kurangnye anak buah aku yang besar sikit tu boleh pangku adik dia.

Anak-anak buah saya

Ni tak, dok leka main game, leka menelepon, sampai hilang kesedaran. Mementingkan diri sendiri! Sumpah, jarang betul aku jumpa manusia teruk macam ni. Apa jenis manusia yang tak ada timbang rasa macam tu? Kalau la ada antara yang membaca ni, bermentaliti macam tu, aku minta satu - BELAJARLAH JADI MANUSIA.. 

Tolong pastikan darah binatang tak mengalir dalam badan anda, sebab binatang tu je takde otak. Tak ada akal fikiran, janganlah nak mementingkan diri sendiri. Kalau boleh, tak payahlah duduk KL kalau nak buat perangai orang utan. Gi dok dalam hutan sana ke, tapi jap. Ohh lupa, dalam hutan tak ada hospital plak kan. Emm, jadi dengan itu, usahlah jadi 'Manusia Teruk' macam yang aku sebut tadi.


Duduk kat tangga je

Oleh kerana beruk-beruk tu takmau kasi seats kat anak buah aku walaupun dah setengah jam main game dan bergayut, maka terpaksalah aku ajak anak buah aku pindah ke port lain dimana mereka boleh duduk tanpa ada binatang yang menganggu. Tapi duduk kat tangga je, jadilah kan, daripada penat mencangkung. Hehehe.. Adios.. SELAMAT HARI WILAYAH :)


*Memalukan bangsa sendiri je bila tengok kejadian ni depan mata. Grrrrr
Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates