Showing posts with label LUAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Wan Azreena

Wan Azreena Wan Jaafar.



Lebih daripada sekadar seorang Kakak. Dialah anak, makcik, cikgu, dan kawan kepada ramai insan. Lebih penting, dia menyayangi semua insan yang berkaitan dirinya.

Dia dipinjamkan sementara untuk mengajar kami erti kasih sayang sebenar dan erti kehidupan yang sepatutnya. Untuk itu, kami merasa bersyukur dengan kehadirannya, walaupun sekejap sahaja.

Arwah berperanan besar dalam kehidupanku, dan sudah tentu kepada keluargaku dan kini baru kusedari, dia juga memainkan peranan besar dalam kehidupan ramai lagi insan di luar sana. Para sahabatnya, sekalian anak muridnya.

Aku tidak keseorangan merinduinya. Ramai lagi yang merasa rindu kerana Kakak sentiasa mengambil berat, sentiasa menyayangi, sentiasa menasihati setiap masa. Begitu murni hati Kakak, dia mengambil berat tanpa berbelah bagi, tak kira siapa.

Itulah keistimewaan Kakak yang mungkin tak semua orang tahu. Aku mendoakan semoga segala kebaikannya diberikan pahala oleh Allah swt. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan Kakak kepada kami..

Terima kasih Kakak kerana bersusah payah untuk kami sepanjang hidupmu. Hanya baru baru ini baru ku ketahui,  Kakak memberikan namaku, 'Aizat' hanya kerana ianya menyerupai namanya sendiri , 'Azreena'.

Bermakna, dia menyayangiku sejak lahir sehingga akhir hayatnya. Aku hilang insan, tempat aku bercerita tentang hidup. Akhirnya, aku redha dengan pemergian Kakak kerana aku tahu dia pergi untuk berehat.

Dia pergi kerana dia merindui arwah Abah.. Tinggallah aku sendiri menempuh hidup. Moga Tuhan merahmati roh Kakak dan Abah.
Moga suatu hari, dipertemukan kami semua di Syurgamu Ya Allah.
InsyaAllah.. Amin..

Friday, November 14, 2014

Kalau Bersahabat


Peringatan kepada diri sendiri. 



Kalau bersahabat, biar jujur. 
Berkawan tak kira masa susah atau senang. Bukan kawan bila perlukan sesuatu je. Bukan kawan ikut masa kau saje.

Bila kawan sanggup luang masa, jangan anggap remeh. Masa tu lagi mahal harganya dari emas. Cuba hargai mereka yang selalu meluangkan masa dengan kau. 

Bila berkawan, tak semestinya perlu luang masa bersama 24 jam. Tapi janganlah 24 jam kau beralasan tak boleh luang masa bersama. Bodoh apa kau ni.

Kita semua masing masing ada hidup sendiri, bersama keluarga dan rakan rakan lain. Sesekali, kita luang masa dengan mereka yang nak luang masa dengan kita. Bukan salah pun kan??

Cuba sesekali, hargai mereka yang menghargai kau. Bukannya setakat msg tanya khabar tu boleh buat duit kau hilang sejuta. Ni org panggil, budi bahasa. Pernah dengar ayat ni tak?

Berbudi bahasa ni bukan nak guna pakai masa kau nak mintak tolong, masa kau tersepit,  dengan org tua, dengan betina aje. Cuba praktik dalam hidup kau sepanjang masa.

Hidup JANGAN SOMBONG!  Bila kawan kasi nasihat, tu sebab dia ambik berat. Bukan sebab dia nak condemn kau aje bongok! 

Akhir kata, jadilah kawan yang menghargai kawan dengan sebaiknya. Jangan jadi kawan 'part time' yang hanya tau berkawan bila ada hal aje. Jangan ambil kesempatan diatas kebaikan kawan, dah ada kawan, jangan buat lawan. 

Kalau dah kawan, biar selamanya. Bukan bila nak pinjam duit aje. Kalau dah kawan, jangan asyik beralasan, kalau nak - seribu daya kan? 

Fikir fikirkan, renung renungkan. Apa guna akal fikiran kalau tak mau digunakan? Bukan marah, bukan melenting, cuma bagitau apa yang penting.

Kalau Tak boleh terima, tak boleh nak kata apa. Duduk diam diam saje ye. Mungkin nanti satu hari, kau sedarlah diri. Jangan bila dah terduduk, baru nk belajar berdiri. 

Jangan nanti kawan sejati dah lari. Baru la nak mencari. Masa tu kawan tu dh jauh pergi, tinggal la kau bersendiri, kau masih disini. Bahalol sampai mati..

Chowwwww






Sunday, November 9, 2014

Cinta Ini

Assalamualaikum..

Emm, aku menulis entry kalini hanya untuk luahkan perasaan aku sekarang. Setelah sekian lama, aku kini dilamun cinta.

Tak ku duga, aku jatuh hati pada seseorang wanita. Yang akhirnya mampu membuat hidup aku kembali gembira.

Nor Suraya Zainuddin namanya. Dia cantik, chinese look orgnya. Dia memilih aku tanpa memikirkan paras rupa aku yang tahpape ni.

Sungguh aku bersyukur dgn kehadiran Suraya dalam hidupku. Aku sentiasa berdoa moga aku dapat menjadi lelaki terakhir dlm hidup Suraya.

Tak pernah seumur hidup, aku mengambil berat tentang wanita lain seperti aku ambik berat pada Suraya. Bagiku, dialah segalanya. Takkan aku persiakan dia.

Namun, seperti setiap hubungan yg lain, pasti ada moment indah dan yang mengecewakan. Biarpun hubungan tak sehangat seperti permulaan, tapi aku percaya pada Takdir Allah SWT.

Aku percaya aku untuk Suraya. Aku tahu jauh disudut hati Su, dia mencintai aku. Cuma aku perlu belajar untuk lebih memahami dia dan aku sanggup untuk berubah sepertimana yg dimahukan.

Apa saja asalkan ianya membuatkan dia gembira. Aku tak mahu masalah remeh menjadi penghalang kebahagiaan kami.
Aku mahu jadi yg terbaik untuk dia.

Aku akan perjuangkan cinta ini habis habisan. Kerana bukan hari hari kita dpt merasai pengalaman mcm ni. Dan bukan setiap insan yg kita suka mampu membuat kita gembira.

Bila aku melihat wajahnya, terasa jantung bagai terhenti. Masa pun berlalu lebih pantas dari biasa. Alangkah bahagianya kerana dia juga mengambil berat terhadapku.

Aku bahagia bila dpt bersama dia. Perasaan ini tak mampu untuk aku terangkan. Bukan selalu kita dapat rasa happy hanya dengan melihat insan yang kita sayangi.

Mungkin dia tak faham betapa pentingnya dia dalam hidup aku sekarang ni. Mungkin memang salah aku kerana terlalu kerap menghantar msg padanya.

Tapi percayalah, tiada seinci pun niat untuk mengongkong. Hanya kerana atas dasar ambil berat, dan mungkin aku terlampau ambil berat sehingga disalah erti.

Kalau rasa seperti aku tak pernah beri ruang untuk dirinya sendiri, aku sanggup memohon maaf. Malahan sekarang, aku bersedia untuk menjadi apa yang dia pinta.

Biarpun masing masing mempunyai sejarah hidup hitam. Tapi tak bermakna kita perlu saling membenci. Apa yang penting, kita rancang hidup bersama dan selagi kita masih mencintai satu sama lain, takkan ada yang menghalang kita selain diri kita sendiri.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Tapi kita juga perlu ada usaha. Tak pernah aku mencintai org lain sepertimana aku mencintai Suraya.

Satu satunya wanita yang mampu bergaul dengan hampir kesemua ahli keluargaku. Abang abangku jua menyenangi kehadirannya.

Sampaikan hampir setiap kali ada program keluarga mesti mak dan abang suruh aku menjemput Suraya. Tapi aku risau ianya hanya akan membuatkan dia merasa dia lebih terkongkong.

Tak apalah. Aku memahami situasi Suraya. Aku faham maksud isi hatinya. Dan walaupun tak mampu nak bersua sepanjang masa, tetap tiap hari aku memikirkan dirinya.

Dalam tempoh kami tidak bercakap, ber'whatsapp' seperti biasa, tidak boleh berjumpa ini, aku akhirnya faham. Biarpun tidak ada disampingku selalu utk berjumpa setiap minggu, yang paling penting dia sentiasa ada dalam hati ini.

Itu sudah memadai. Yang penting, aku juga berada dalam hatinya selalu dan kami saling mencintai dan merindui biarpun tak terungkap dengan perkataan. Dia menasihati aku begitu dan aku bersetuju dengan pandangannya.

Sekarang, hanya masa menjadi penentu. Aku percaya hubungan ini akan pulih dan kembali normal. Aku akan berubah untuk menggembirakan hati Suraya.

Kerana Suraya sentiasa membuat aku gembira hanya dengan kehadirannya. Hanya dengan msg "Awk watpe?", mampu membuatkan hidupku ceria. Dan dia juga tahu aku mampu menggembirakan hidupnya.
Thanks awak, sbb hadir dalam hidup orang. Orang minta maaf atas SEMUA kesalahan org sebelum ni. Orang terlalu takut kehilangan awak sampaikan org buat awk rasa terkongkong.

Orang faham awk pun takut dilukai macam sebelum ni. Tapi percayalah, orang terlampau sayang pada awak dan sanggup berbuat apa saja asalkan kita masih bersama.

Aizat love Suraya.
Forever and ever.
InsyaAllah.
Aminnn

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam diluar sana. Ok ke raya tahun ni?

Raya Aidiladha kali ni sama macam Raya Aidilfitri aritu. Masih takde mood nak menyambut raya.

Malam raya keluar minum dengan kawan, hari raya.. Petang tu tengok game bola kat rmh, mlm keluar lagi. Esoknya lepak rmh akak kat ampang.

Tapi semalam, dlm lepas Isyak. Terdengar takbir raya dari speaker surau kat rmh, pastu dari dlm Tv. MasyaAllah.. Sayunya hati ni, Tuhan je yg tahu.

Terus sebak terkenangkan arwah abah dan kakak. Duduklah aku sorang kat ruang tamu, sambil menangis.

Ingatkan dah ok, sebab pagi raya berjaya tak nangis. Tapi, apakan daya. Lagi sedih sebab, tak tau nak share dengan sape. Orang lain ada hal pulak.. So, simpan jela dlm hati memule tu.

Nasib baik ada kawan kolej dulu, kebetulan tgh msg dia. Pastu dia pulak kenal arwah akak, so.. Dia paham apsal aku camtu.

Lepas tu terus ajak member baik kat area rumah keluar. Tak tahan dah nak duduk rumah. Asik sedih je. Emm..bukan aku tak redha, cuma ada masa, teringat je. Al-Fatihah buat arwah Abah dan akak dan semua Muslimin yg telah pergi meninggalkan kita..

Cukup sampai sini dulu. Lain kali pulak ye sambung..

Assalamualaikum..

Thursday, May 22, 2014

Terima Kasih Kakak

Assalammualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Hampir genap sebulan pemergian kakak tersayang (23 April, kakak meninggal dunia). Aku masih belum mampu melupakan arwah kakak. Wan Azreena binti Wan Jaafar, seorang kakak, adik, makcik dan anak yang baik. Aku redha dengan semua yang terjadi, tiada sedikitpun penyesalan dalam hati ini. Biarkan kakak 'berehat' di alam sana. Cukuplah dia menanggung derita, tapi apakan daya. Aku hanya terkadang rindu pada kakak.


Mengiringi kakak ke perjalanan terakhir di dunia 


Setiap hari selepas habis kerja, aku akan ke rumah kakak di ampang. Sehingga ke saat ini, aku masih merasakan yang kakak ku masih ada dek terbiasa dengan kehadirannya. Terutama pabila aku di rumah kakak. Setiap kali aku makan di ruang tamu, sesekali fikiran seakan terbayang kelibat kakak yang sedang solat di atas katil, ataupun terbayang wajah kakak duduk di meja komputer, kakak dan alat bantuan oksigennya.

Kini, akak pergi buat selamanya. Tapi aku setiap kali aku singgah di kedai makan di kawasan ampang, masih memikirkan kakak nak makan apa hari ini. Hari hujung minggu, aku sentiasa di rumah kakak. Masih jelas terbayang, kakak di dalam bilik mengucapkan 'Terima kasih dik, terima kasih dik' ketika aku menghidangkan makanan. Selalu juga dibelikan putu bambu untuk kakak, memang boleh dikatakan makanan kegemaran kakak, selain itu, kakak juga mengutamakan makanan yang tidak berminyak, jadi. Putu bambu menjadi pilihan.

Selalunya aku akan beli putu bambu di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Sepanjang menemani kakak, tidak ada kerenah yang ditunjukkan. Kakak sentiasa bersyukur dengan apa yang dihidangkan. Pernah satu hari, kakak nak makan Curry puff dari Secret Recipe, masa tu hujan lebat sangat. Aku dari ofis, terpaksa pulang ke rumah di kampung baru untuk meninggalkan beg yang berisi laptop.

Bila dah dibeli curry puff, kakak berkata "Mama (mak) suka curry puff ni, dia aritu cari merata, tapi tak jumpa". Kakak, kakak. Walaupun kakak sakit, walaupun kakak teringin makan sangat. Tapi masih lagi kakak ingatkan mak. Baiknya hati kakak, mulianya hati kakak. Walaupun kakak tak memaksa aku beli untuk mak, sebab masa tu aku dah belikan untuk kakak je. Aku singgah sekejap untuk beli curry puff tu untuk mak secara senyap.

Kakak aku, bukan macam kakak yang biasa. Dia luarbiasa dari segi kebaikannya, dia sentiasa mengingati orang lain. Mengingati dalam erti kata lain, dia sentiasa mengambil berat, pada semua ahli keluarga, pada semua kawan-kawan. Malahan, kawan-kawan aku pun kakak ambil berat. Masa arwah abah tenat, akak ada belikan tilam angin elektrik. Bila abah dah tiada, kakak suruh aku kasi tilam tu pada kawan aku yang bernama Linda, ayahnya juga sakit tenat waktu tu.

Cumanya aku tak sampai hati nak bagitau kakak yang ayah linda pun dah kembali ke rahmatullah, pada Jun lepas. Aku diamkan aje, angguk tanda setuju. Itulah kakak, walaupun dia tak kenal orang sebaik mana, dia tetap ada hati untuk membantu. Kalau pada orang luar pun, kakak akan mengambil berat, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sayangnya kakak pada keluarga, tiada tanding.

Bukannya aku memuji semata kerana dia kakak aku, tapi aku beritahu sejujurnya. Dia memang seorang ahli keluarga yang sangat penyayang. Kakak sentiasa memberi hadiah kalau ada apa-apa majlis. Kakak belikan kek mahal (hehe), kakak akan aturkan makan-makan sebab akak suka bila keluarga kami berkumpul beramai-ramai. Kakak buat semuanya, biarpun terpaksa berbelanja banyak, kakak tak pernah meminta orang membalas segala kebaikannya.

Dua tahun lepas, aku jatuh sakit sehingga terpaksa solat dalam keadaan berbaring. Kakak dari pejabatnya di UKM, Bangi, datang menaiki teksi dan membawaku berubat dengan Ustaz Malik, ustaz yang juga mengubatkan kakak. Sebab aku bagitau kisah ni ialah, dalam dua minggu kebelakangan ini, aku mengalami tanda-tanda seperti yang aku alami dua tahun dahulu. Aku juga menghidapi batuk teruk, berkahak dan batuk aku tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Ubat dah habis dimakan, namun masih tidak ada tanda-tanda batuk berkurangan. Sejak minggu lepas, aku berubat di flet Masjid Alam Shah, Jalan Pudu.

Aku tak mahu cerita pasal kesakitan yang aku alami, cumanya aku teringat akan kesungguhan kakak datang menjemput aku di kampung baru, dalam keadaaan aku tidak mampu berjalan. Solat pun sekadar baring di atas sofa. Kakak yang mencadangkan agar aku berubat.di situ, kakak juga belikan segala ubat-ubatan semasa proses berubat. Alhamdulillah, aku sihat seperti biasa lebih kurang sebulan selepas itu. 

Terima kasih atas segalanya wahai kakak yang baik hati, aku sentiasa berdoa agar segala jasamu padaku, pada keluarga dibalas dengan pahala oleh Allah swt. Damailah kau di sana wahai kakakku sayang,  moga Allah swt melapangkan kubur-kubur kakak dan abah di sana, berbahgialah kalian di sana hendaknya. Adik akan sentiasa mendoakan kakak dan abah sehingga akhir nafas ini. Amin..

Al-Fatihah

Monday, May 12, 2014

Kakak

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar semua ? Moga kalian baik-baik sahaja hendaknya.

Sekian lama tak dikemaskini blog ni, akhirnya ada kisah untuk diceritakan.

Bersama Arwah Kakak dan arwah Abah. AL-Fatihah

Tanggal 23 April 2014 lalu bersamaan 23 Jamadilakhir merupakan tarikh dan hari yang paling sedih buat saya sekeluarga. Kakak saya iaitu Wan Azreena binti Wan Jaafar telah kembali ke rahmatullah. Pada hari itu, saya seperti biasa bergegas ke rumah arwah akak di Ampang selepas waktu kerja dan selalunya saya akan menghantar sms menanyakan makanan apa yang ingin dibeli.

SMS dihantar sebelum saya bertolak dari tempat kerja di Jalan Tun Perak lebih kurang jam 6pm dan sesampainya saya di sekitar rumah kakak, panggilan telefon saya beberapa kali tidak terjawab. Dalam fikiran saya mengatakan kakak mungkin sedang tidur, mandi ataupun solat. Lalu saya membelikan makanan untuknya seperti biasa,dan terus ke rumah akak.

Dari luar rumah, saya dapat lihat lampu dapur dan ruang tamu masih terpasang, dalam erti kata lain, keadaan masih sama ketika saya pulang dari rumah kakak malam sebelumnya. Hati saya mula gelisah kerana kakak selalunya akan menutup lampu-lampu itu. Ketika masuk ke rumah kakak, saya memberikan salam namun tak dijawab dan saya nampak kakak baring di atas katil.

Terus saya mengejutnya beberapa kali walaupun sudah ada tanda-tanda dia tidak lagi bernafas. Saya mengusap tangannya sambil berharap kakak akan bangun. Mungkin dia hanya pengsan, tapi bila saya merasa nadinya tidak berdenyut. Makin rungsing fikiran saya waktu itu, Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasakan waktu itu. Saya menjerit meminta kakak bangun, namun kita semua tahu ianya hanya sia-sia.

Dalam keadaan air mata laju berderai membasahi pipi, saya gagahkan hati membuat panggilan telefon pada abang bob saya, kemudian saya menelefon ambulans dan syukur Alhamdullah, bantuan kecemasan tiba tidak kurang dalam masa 15 minit dan untuk itu saya berterima kasih kepada pihak Hospital Ampang kerana bergegas datang.

Abang saya yang ketiga, Fezz merupakan yang pertama tiba di rumah kakak. Kemudian kawan baik abang Bob saya iaitu abang Nizam tiba dan tak dapat lagi saya menahan sebak, abang nizam yang meluru masuk ke dalam bilik terus menangis dan memeluk saya sambil mengatakan "Zat, Kak ina dah tak ada". Selepas itu kesemua rakan baik saya tiba di rumah itu, Badrill , Jai, Rujsdi dan saya hanya mampu menangis dan berdoa moga segalanya berjalan lancar.

Kakak saya merupakan insan yang paling rapat dengan saya diantara adik beradik yang lain. Arwah akak lahir pada 10 Januari 1970 dan meninggal dunia pada 23 April 2014. Sebelum itu, arwah akak tinggal bersama abah yang meninggal pada 19 Mac 2013 yang lalu. Hanya setahun selepas pemergian abah, saya sekeluarga diuji dengan pemergian kakak. Pilu hati ini hanya Allah swt yang tahu.

Sebelu, kakak, abah adalah tempat saya mengadu nasib. Rumah kakak di Ampang itu dah seperti tempat saya melarikan diri dari masalah. Abah pergi selama-lamanya pada 19 Mac tahun lalu, dan kakak yang baru keluar hospital sejak hujung tahun lalu tinggal seorang diri, saya hanya datang untuk membelikan makanan, mengemas rumah sedikit sebanyak.

Kebiasaannya, kakak akan batuk teruk setiap hari dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen. Tanpa bantuan pernafasan, kakak mudah semput. Oleh kerana itu, saya tak mampu nak berborak lama dengan kakak kerana keadaan kesihatan kakak tidak mengizinkan. Sepanjang kedatangan saya ke rumah kakak, saya sedapa upaya menunaikan hajatnya.

Kakak teringin untuk makan ice cream am red velvet, 2 minggu sebelum dia pergi, ada juga sesekali kakak mahu makan curry puff Secret Recipe, kesemuanya saya belikan. Tiada satu hari pun yang saya mengeluh kepenatan walaupun saya baru pulang bekerja dan saya juga tidak tinggal berhampiran berbanding abang saya. Tapi saya tak peduli semua itu, bagi saya, segala penat lelah saya tak dapat dibandingkan dengan semua jasa kakak pada saya dan keluarga.

Kakak saya merupakan seorang yang mengutamakan keluarga. Dia contoh terbaik dalam keluarga saya. Sentiasa menyayangi kesemua anak-anak saudaranya. Setiap harijadi, setiap ulangtahun, setiap majlis tahlil, kakak yang akan bertungkus lumus, membeli makanan dan keperluan, segalanya kakak akan uruskan. Walaupun kakak saya tu tiada kenderaan, dan hanya menaiki teksi ke sana-sini. Tapi dialah yang pasti datang dalam semua majlis keluarga. Malu sungguh pada kakak, hatinya begitu baik tapi tak semua orang yang menghargai.

Kakak memang suka pada budak-budak. Semua anak saudara dilayan dengan baik, akak sentiasa menolong abang dan adik-adiknya dalam urusan anak-anak. Kakak sangat pemurah, tidak pernah kedekut, setakat beri duit untuk beli susu, makan, pakaian untuk anak-anak saudaranya bukanlah satu masalah besar. Tapi tidak semua adik beradik saya yang tahu menghargai jasa kakak walaupun terang-terangan kakak SENTIASA membantu.

Sehingga waktu saya menulis (menaip, sebenarnya) entri ini, saya masih sedih dengan kehilangan kakak. Saya tak boleh tidur malam seperti biasa kerana teringatkan kakak. Mujur ada rakan-rakan yang memahami situasi saya. Mana mungkin boleh lupakan insan yang paling dekat di hati. Insan yang sentiasa membantu saya sejak sekolah, sehinggalah dah bekerja dan kakak memang orang yang paling baik yang saya pernah kenal sebab kakak tidak pernah menghrapkan balasan atas setiap pertolongan yang diberikan.

Kakak terlalu baik pada semua orang, dan walaupun orang lain tidak membalas jasa kakak dengan kebaikan, ataupun orang lain tidak mengendahkan kakak walau ketika kakak sakit. Tidak pernah sekalipun kakak merungut. Begitulah kakak, baginya keluarga adalah segalanya. Ketika kakak sakit tempoh hari, kakak mesti memberikan duit belanja pada mak. Walaupun mak tak mahu tinggal di rumah kakak untuk menjanganya, tapi kakak faham akan keadaan kesihatan mak yang tak menentu.

Kalau ada kebaikan walau sebesar zarah dalam diri saya, ketahuilah bahawa ianya kerana saya mencontohi kakak. Kakak mengajar untuk melakukan kebaikan walau orang tidak membalas kita dengan kebaikan. Memang sukar untuk berbuat baik pada orang yang tidak berbuat kebaikan pada kita, tapi berlainan dengan kakak. Dia menghormati orang yang lebih tua, dia menyayangi semua yang lebih muda.

Hari sabtu sebelum kakak pergi, saya datang ke rumahnya untuk membelilkan makanan tengahari tapi kakak menolak kerana pakcik teksi dah belikan makanan dan saya ke rumah abang di wangsa maju dan berjanji akan datang semula untuk membelikan makan malam untuk kakak. Malam itu, saya bawa sekali anak abang yang paling bongsu, Kameela namanya. Kakak sangat ceria dan gembira malam tu.

Ketika masuk ke rumah kakak, saya menyuruh Kameela membawakan makanan ke dalam bilik kakak. Dari luar saya terdengar jeritan kakak "Bestnye Kameela datang" dan tedengar tawanya yang jelas gembira melihat anak saudaranya itu. Dipeluk, dicium pipi Kameela. Siap diberi mainan untuk Kameela malam tu. Begitulah kakak, menghargai setiap detik bersama keluarga. Malam itu, kami berborak panjang tentang keluarga dan itu ini.

Berbincang nak beli kereta, dan kakak amat teruja waktu tu. Jarang kakak bersungguh untuk berborak macam malam tu, sebab selalunya dia batuk dan susah bernafas. Alhamdulillah, malam tu dapat kami berborak panjang.. Sesekali terselit kisah ketika arwah abah masih ada, banyak kenangan yang kami lalui bersama, susah dan senang, ketika sihat dan sakit. Kini tinggallah saya sendirian tanpa insan yang paling memahami saya.

Pengaruh kakak terlalu besar dalam hidup saya, dialah yang memberikan nama kepada saya. Wan Aizat, nama yang diberikan kerana berhampiran dengan namanya - Wan Azreena. Dari kecil hingga saya besar, dia sentiasa bersama saya. Tak mampu nak diteruskan lagi cerita tentang kakak ni kerana terlalu sedih. Tapi, buat semua ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid dan semua yang mengenali arwah kakak, saya mohon kalian maafkan segala kesalahan kakak, jika ada, dan halalkan segala makan dan minum sepanjang perkenalan.

Tiada apa lagi yang mampu dilakukan, selain berdoa kepada Allah swt, moga roh kakakku, dan roh ayahku dirahmati oleh-Nya, moga dilapangkan kubur-kubur mereka, moga berbahgia roh mereka di sana, moga dijauhkan dari segala azab kubur dan damailah kalian di sana. Suatu hari, kita pasti berjumpa lagi, sementara itu doa ini kuberikan buat kalian. Al-Fatihah


Tuesday, August 20, 2013

Demam

Salam,

Hari ini (Selasa, 20 Ogos 2013) aku bangun tidur dengan suhu badan mencecah 800 darjah celcius. Atau dalam erti kata lainnya, aku demam. Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi, aku gagahi diri untuk pergi bekerja.

Sekian (saje je nak buat entry pendek sekali sekala :P)


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan - dulu dan kini

Kenangan bersama akak dan arwah Abah di Majlis Kahwin cousin di Sri Gombak - 2011


Assalammualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh,

Hari ini dah masuk 9 Ramadhan 1434 bersamaan 10 Julai 2013, sekejap je rasanya. Amacam ibadah puasa kawan-kawan semua? Ok ka? Harap semuanya baik-baik aje dan moga kita semua mendapat syafaat daripada bulan yang barakah ni.

Bulan Ramadhan kali ni ada banyak perbezaannya dengan tahun yang sudah. Buat kali pertama sejak tahun 2008, aku dan keluarga tak dapat menyambut Ramadhan kali ini bersama Abah yang telah pergi pada 19 March 2013 aritu.

Rasa janggal pula kalini, sebab sebalum ni. Bila bulan Puasa je, aku akan ke rumah akak kat ampang dan tolong belikan lauk dan juadah berbuka untuk akak dan abah, selalu gak aku berbuka puasa sekali kat sana kalau takde janji dengan sesiapa. Tapi tahun ni, semua tu hanya kenangan dan tak ada sehari pun yang aku kesal dengan meluangkan masa bersama arwah abah dan kakak aku kat sana. Malah aku bersyukur sebab aku dapat jugak luangkan masa untuk Ramadhan terakhir bagi abah.

Walaupun aku jarang dapat bersama rakan-rakan untuk berbuka puasa sama, tapi aku tak kisah sangat sebab bukan senang untuk aku luang masa dengan family sendiri. Dari aku sekolah dulu, aku selalu sorang sorang sebab semua ada hal masing-masing. Bila sesekali dapat rasa nikmat ada keluarga ni, aku panjatkan syukur Alhamdulillah tak terkira, dan bagi aku, nikmat ni 'priceless'.

Berbalik pada cerita aku tolong belikan juadah berbuka untuk abah dan kakak (btw - tlg beli je, ni semua duit akak ngan arwah abah), selalunya target utama untuk shopping ialah di Kompleks Muhibah, dekat dengan Taman Nirwana, Ampang sana. Memang banyak choice, tapi selalunya Abah akan mintak belikan tempoyak ikan patin, atau nasi kerabu/dagang, atau ikan bakar, atau nasi beriani. Arwah abah suka gak makan cempedak goreng, atau kuih 'Vade'.

Tahun ni, aku tak sempat lagi nak ke Bazaar Ramadhan kat Kompleks Muhibah. Tapi, apa yang pasti - mesti aku akan teringat kenangan gi beli juadah berbuka untuk akak dan abah sebelum ni. Siapa sangka yang perkara 'kecil' camni akan jadi memori indah untuk aku. Tak ada isu penat atau apa sekalipun, yang penting ialah aku sempat luangkan masa waktu tu dan aku bersyukur dan aku gembira.

Syawal nanti sure' akan jadi janggal sebab selalunya lepas je solat Sunat Aidilfitri, aku atau abang aku akan jemput abah dan akak untuk datang beraya kat kampung baru sebab sana ialah tempat utama untuk semua family aku berkumpul. Tak dapat aku lupa yang arwah abah selalunya akan lepak kat tangga dan borak-borak dengan semua yang ada, pastu anak-anak dan menantu akan layan dia, bawakan makan atau kopi sebab arwah abah kudung kaki kirinya (pada yang tak tahu), jadi agak terbatas pergerekannya.

Pernah sekali tu, aku rasa masa Aidilfitri tahun lepas, abah ajak balik rumah dia kat Ampang, sebab dia nak mandi. Yela, kat kampung baru tu, bilik air kami kat bawah, laluan nak ke bilik air dan toilet tu pun sempit. Jadi arwah tak berapa selesa la kan. Tu yang dia mintak aku bawak dia balik Ampang untuk mandi. hehe. Aku layan je, sebab kadang tu, bila rumah dah terlampau penuh dengan tetamu, aku jadik tak syok nak lepak rumah sendiri. Nak nak kalau yang penuh tu bukanlah dari family sendiri dan orang yg aku kenal. 

Selain tak dapat berpuasa dan beraya dengan abah dah. Aku juga bakal tak dapat menonton game EPL dengan arwah abah. Arwah memang sporting dalam bab tengok bola ni. Jangan kata bola, sebab abah banyak masa kat rumah akak, dia layan semua jenis sukan yang ada yakni Tenis, badminton (ni favorite dia) dan bolasepak terutama liga perdana Inggeris. Abah minat Chelsea dan Real Madrid, tapi sebab aku die hard fan Manchester United Fc, abah selalula akan turut sokong M.U kalau kami tengok game sama.

Banyak gak final bola yang aku sempat tengok dengan abah, aku tengok Final champions league yang M.U kalah tahun 2009 dulu, Final world cup 2010, Piala Asia yang Jepun menang dlm tahun lepas kalau tak silap dan banyak la lagi. Sekali lagi, aku bersukur sebab aku pilih untuk spend time dengan arwah abah walaupun aku sentiasa ada options yang lagi best. Hari ni abah dah tak ada, emm :( Tak ada lagi masa yang boleh aku luangkan untuk abah, cuma aku boleh doakan yang terbaik buat Arwah.

Wan Jaafar bin Wan Zaharin, abah saya - sentiasa akan berada dalam ingatan.

Al-Fatihah 

Thursday, May 30, 2013

Anjing Menyalak

Great self-note isn't it?



Salam, hi.. Apa kabar semua?

Aku nak cerita sikit je kali ni. Jadi,  ayuh kita bermula. Ok, kita ni hidup bermasyarakat, kita bergaul sesama kita, rakan belajar atau rakan bekerja. Semua ni kawan kan?

Ok, aku nak tanya. Seberapa kerap perbuatan atau percakapan korang disalah reti?? Aku selalu mengalami situasi ni hingga tahap aku pun tak kisah dah,

Mereka yang kita anggap 'kawan' ni tak semuanya anggap kita kawan gak. Kadang tu dorang anggap kita yang bebukan, tuduh kita itu ini, walhal kita ni tidak seteruk mana.

Aku cuma nak nasihat, jangan mudah rasa diri kau tu teruk, hanya sebab sekor anjing' cakap kau itu ini. Sebab, kalau ada 9 orang manusia yg terdiri dari rakan yang betul betul tahu pasal kau, dan dorang ngaku kau tu ok/baik, dahtu kenapa kau nak dengar kata dari sekor anjing menyalak?

Tapi kalau sorang tu nasihat kau elok elok, kau dengarlah. Nak nak plak kalau 9 orang kawan kau tadi perangai serupa monyet, maksud aku ialah - yang baik kau ambil, yang buruk kau elakkan ye??

Aku malas nak layan anjing-anjing dalam hidup Aku ni sebab aku banyak benda lain nak buat. Mana ada masa nk layan anjing menyalak, bukan paham pun.. Haha

Jadi, kalau kau rasa aku ni jahat sebab aku tak baik dengan kau - go to hell!! Aku hanya akan, hormat kat mereka yang menghormati sahaja. Bukan pada kau yang bodoh sebab suka judge orang yang kau tak kenal. Ok, bye kawan. To anjing- "shut-up"


Thursday, May 9, 2013

Abah

Al- Fatihah untuk arwah abah
 
 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebosanan paling agung, kat tempat kerja, yang syoknye – tak berapa nak ada kerja. Ada masa sibuk, terlampau sibuk. Nak gi toilet pun tak sempat kadang- kadang tu. Tapi bila dah tak ada kerja, well. Memang teramat la banyak waktu terluang tu. Kat opis ni, antara aktiviti ‘standard’ yang sering dipraktikkan tatkala tiada kerja untuk dikerjakan ialah :

  • Online sampai lemau
  • Online sampai lemau sambil mendengar lagu
  • Menonton movie
  • Tidur (hanya diaplikasikan oleh sesetengah pihak)
 
Oleh kerana keadaan wifi yang tidak mengizinkan, maka terpaksalah saya mencari aplikasi Microsoft word yang saya tidak pasti akan kewujudannya di dalam laptop ini. “Ada la!!!” - teriak saya dalam hati tatkala menjumpai perisian standard 1Malaysia itu. Setelah itu, saya mula mengorak langkah dengan menaip warkah untuk dimuatnaik pada blog saya.

 
Ya, saya ada blog. Masih wujud lagi (saya dah periksa tadi). Cumanya, dah lama tak dikemaskini dek kesibukan melampau (kononnya). Hari ini, pada tarikh 8 May 2013, Khamis, bersamaan 14 Jamadil Akhir 1434. Tahun 2013, emm. Baru je 5 bulan berlalu bagi tahun ni, akan tetapi. Bermacam perkara sudah terjadi. Suka, duka, berjumpa, dan berpisah.


Bermulanya Januari 2 tahun ini, saya memulakan pekerjaan baru di YTL Communications. Alhamdulillah, setakat ini semuanya OK. Walaupun gaji yang aku dapat, bukanlah gaji yang ‘paling banyak dalam dunia’, sekurang-kurangnya ada la sumber kewangan . Persekitaran yang ala kadar, tapi ada rakan sekerja yang berkaliber (kot).


Antara rakan sekerja yang berada dalam team Pre-Configuration ni ialah


· Amir

· Azim

· Farihah

· Jerry

· Yogen

· Kashan



Apa yang saya kagum pada mereka ini ialah, walaupun mereka masih muda, jika nak dibandingkan dengan saya yang jauh lebih muda (cover line), tapi mereka tampak dan memang matang atau ‘matured’ di dalam bahasa inggeris. Ada antara mereka yang mempunyai tahap kelakar yang tinggi, sesuai dengan kondisi saya yang memang sentiasa ‘serius’ ni. Pendek kata, saya gembira kat tempat kerja baru ini.

Masa memula saya melangkah kaki di opis ni (2 Januari 2013), ayah saya baru je masuk wad, sekitar hujung disember. Saya bersama kakak yang menghantar waktu tu, ayah saya yang dipanggil ‘abah’ waktu tu masih sihat. Cuma pada masa tu, dia mengalami luka di bahagian kaki. Al maklumlah, dengan keadaannya yang ada penyakit kencing manis, sangatlah sukar untuk luka-luka itu sembuh.


Abah berada di hospital lebih kurang 3 bulan, masa kat wad dermatologi, luka di badan abah dah hamper pulih, kalau sebelum tu, kedua belah tangan penuh dengan luka, tapi selepas hampir sebulan dirawat, ada banyak perubahan. Luka-luka tadi pun dah kering. Abah saya tu peramah orangnya, dia tegur semua orang kat hospital tu. Tak macam saya, saya ni pemalu orangnya. :P


Dalam tempoh 3 bulan abah di hospital, akak dan abang saya yang selalu menjenguk abah. Saya pada waktu tu, datang melawat bila ada kesempatan je, saya sentiasa cuba untuk datang biarpun untuk tempoh yang singkat. Tapi saya mengaku, ada juga waktu yang terluang, tapi tak dimanfaatkan untuk melawat abah saya atau nama betulnya – Wan Jaafar bin Wan Zaharin.


(Ok, air mata ni tak dapat ditahan lagi, tapi saya cuba untuk meneruskan cerita ini).


23 tahun lepas, tahun 1990 ialah tahun dimana abah saya ditukarkan untuk bekerja di Gua Musang, Kelantan. Saya yang baru bersekolah tadika pada waktu tu, tak berapa nak paham akan situasi yang sebenarnya saya alami. Maka bermulalah tempoh hidup saya tanpa seorang ayah. Maksud saya, tak sentiasa ada ayah, memandangkan abah bekerja di luar Kuala Lumpur.


Masih segar dalam ingatan, aku dan abang ke Kelantan untuk meluangkan masa dengan abah. Oh ye, abah saya ialah seorang anggota polis. Sebelum bertugas di Balai Gua Musang, setahu saya, abah pernah menjadi anggota F.R.U di Pulapol, kemudian bertugas di Bukit Aman.


Meluangkan cuti persekolahan di Gua Musang, Kelantan bukanlah sesuatu yang sangat happening, sebab. Yela, kat sana mana nak ada kawan-kawan nak main bola ke, lepak-lepak ke. Ada kenal pun sorang, tu pun sebab dia abang kandung saya. Hehe. Sepanjang masa kat sana, Abah macam biasa, sentiasa busy dengan kerja, selalu takde kat umah.


Kerja sebagai pegawai polis ni kan tak ada ketentuan masa, jadinya. Jaranglah juga dapat meluangkan masa dengan abah, tapi masa tu aku taktau apa. Just followed the flow’ je, kalau ada – adalah. Kalau tak, nak buat macamana Oleh kerana era tu ialah era VCR, makanya, saya dan abang saya - Fezz rajinlah ke kedai video untuk sewa VCR. Dah tu nak buat apo, masa tu mana ada FB, jangan kata FB – masa tu internet pun tak berapa nak kenal. Hehe.



Mood Berangan – “Kalaulah masa tu saya ada blog ni, mesti dah banyak cerita yang saya boleh update ”.



Mood reality – “Ok, masa tu belum wujud era internet, so.. Tengok jela video cite Cina yang Jet Li berlakon tu”.


Kesimpulannya, kalau bercuti sekolah kat Gua Musang pun sama macam kat KL. Sebab, bukannya dapat jumpa abah tu, dia pun busy je. Ada juga sekali sekala masa saya sekolah rendah dulu dimana, abah datang KL, pastu dia akan jemput kat rumah. Tapi apa yang saya ingat ialah, abah tak pernah masuk dalam rumah bila dia datang. Cukup sahaja dengan panggil dari luar pagar.


Dalam pada abah datang KL tu, ada juga time yang mana dia janji nak datang, tapi tak datang. Oleh kerana saya kan ‘selalu’ sangat jumpa abah, bila tak dapat jumpa dia tu, saya selalu gak la melalak, meraung, dan mengamuk. Haha, syaitan sungguh saya waktu itu. Sampai ada satu hari tu, saya yang masih kanak-kanak macam hysteria, pastu siap marah mak saya yang baru balik kerja.


Mak saya masa tu kerja kat The Mall, tau tak apa itu The Mall? Yaohan tau tak? Taktau ke, ape ke rendah IQ kau ni ha? Hahaha, takdela. The Mall yang depan PWTC tu, kat situlah mak aku kerja. Kebiasaannya mak akan masuk kerja dalam pukul 10am, balik pun dalam 10pm. Bayangkan, bila mak balik kerja penat-penat malam tu, dengan saya macam kena rasuk sambil melalak, dan menyepahkan rumah yang selalu bersepah tu. Haha..


Ok, tu masa saya kecik la kan. Masa kecik yang penuh tragis, tanpa ayah (sebab dia kerja kat luar KL), tanpa mak (10am-10pm, sebab dia kerja, balik lambat). Masa tu akak saya study kat UKM, dia pun takde kat rumah, abang saya yang bob tu – dia dok kat Gua Musang dengan abah. Ada pun, abang fezz, tapi masa tu dia dah tahap remaja, jadi dia selalu dengan member dia.


Saya? Saya kawan dengan diri saya jela sepanjang kat rumah. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya berseorangan. ‘Aizat tak kisah’. Rutin harian masa weekdays ialah bangun pagi (tak berapa nak pagi kalau sekolah sesi petang), masa bangun tu selalunya mak saya dah gi keje, pastu dah gi sekolah, balik petang – rumah masih lagi takde orang. Malam, saya dah nak tido, ataupun adakalanya tu, dah tertidur, baru mak balik,


Walaupun saya tahu mak saya keluar bekerja waktu tu, tapi. Masih juga rasa tak syok sebab selalu ditinggalkan. Mungkin sebab tu, bila saya dah meningkat remaja (masih remaja sekarang ini ye), saya paling tak suka ditinggalkan. Baik dari pihak keluarga ataupun para sahabat, saya taknak langsung ada perasaan kena tinggal. Benci, bonci, tak suko, semuo ado..


Kehidupan kat Kampung Baru pada tahun 90an adalah sungguh mengasyikkan, dengan rakan-rakan sepermainan yang terlampau ramai. Aktiviti harian anda sungguh penuh dan sibuk sentiasa. Zaman mula berjinak nak main bola masa darjah 4 dulu, memang sentiasalah dengan bolasepak. Kalau cuti sabtu dan ahad tu, siap ada lawan bola sesi pagi, pastu sesi petang. Dahla friendly 2 kali sehari, lawan team yang sama lak tu.


Tah apa-apa ntah la masa tu bila dipikirkan balik. Tapi, memang syok. Hari-hari depenuhi aturacara meriah, main bola, main video game, gi jalan-jalan dengan kawan, main bola, tengok bola. Ha, masa tahun 1994 tulah juga saya mula mengikuti perkembangan Manchester United, nak nak pula waktu tu ada Eric Cantona yang menjadi kegilaan ramai muda mudi termasuk saya pada masa tu. Dengan kolar baju dinaikkan, ala-ala pailang. Kehebatannya menjadi contoh pada anak muda di sekitar Kampung Baru by that time.


Tahun 1994, sebelum ‘Manchester United’ menjadi kegilaan. Tahun itu juga ialah tahun saya bertukar sekolah. Dari sekolah Jalan Gurney 2, ke Sekolah Keb Jalan Raja Muda 2 (SKJRM2), maka waktu itulah bermula transformasi dalam hidup saya. Di SKJRM2 itulah bermula titik tolak dimana saya tahu erti mempunyai geng yang sekepala, dan waktu itu juga saya mula mengenali erti persahabatan sejati.

Sebab utama saya mula meminati Eric Cantona ialah kerana saya berkawan dengan seorang yang bernama Mohd Haidar bin Hamdan, dia pun tinggal kat Kg Baru waktu tu, oleh kerana saya rapat dengan dia yang juga rakan sekelas saya masa darjah 4 & 5. Dia terlebih dahula menyokong Manchester United dan Cantona, saya yang pada mulanya tak berapa nak heran, akhirnya terjebak dengan aura Cantona yang terlampau dahsyat (sampai skang masih terasa aura tu, power tak??)


Sampai la sekarang ni, dah masuk 19 tahun saya menyokong Manchester United. Terima kasih banyak kepada Haidar sebab memperkenalkan saya pada bolasepak dan juga Man United sendiri. Memang dari kecik, saya dah sokong, sebab tu saya obsess sampai sekarang ni. Sebab tu juga saya menyampah dengan segilintir masyarakat hari ini, dimana mereka suka menghentam, suka bercerita pasal bola, walhal taktau apa-apa pasal bolasepak. Lahabau!


Selain Haidar, ada beberapa geng lain yang rapat dengan saya masa tu. Kesemua mereka tinggal di Kampung Baru ye, harap maklum. Ada Eza Hamni, Fadhil, dan Badrill. Yup, Mohd Badrill bin Samsun ialah rakan karib saya dari kecik dulu, hingga ‘remaja’ kini dia masih kawan rapat saya. Dari sekolah dulu, dialah yang mendengar cerita saya, main bola bersama, lepak dengan saya.


Bari je semalam (Khamis, 25 April 2013) kami lepak minum sama. Ehehehe.. Bukan mudah nak cari sahabat sejati yang sanggup nak bersusah payah bersama. Setakat kawan masa nak tengok wayang, gelak-gelak tu ramaila. Bila waktu susah, sedih. Ada berapa kerat je yang sanggup nak setia bersama. Walau bagaimanapun, aku bersyukur sebab dikelilingi sahabat yang selalu ambil berat.


Berbalik pada cerita Abah tadi, seperti yang sedia maklum. Pada tanggal 19 March 2013 yang lepas, tepat jam 8 pagi, Abah telah kembali ke rahmatullah. Dalam pada kesedihan dengan pemergian Abah, kami sekeluarga redha dan tetap bersyukur kerana apat meluangkan sedikit masa kerana arwah abah sempat tinggal bersama kakak kat Ampang sejak dia tak sihat pada 2008.


Walau pada dasarnya, saya bukanlah individu yang paling rapat dengan arwah abah. Namun 5 tahun tempoh bersamanya, banyak kenangan yang berbekas di dalam hati. Ada masa gembira, ada masa berduka. Saya redha dengan ketentuan illahi, redha dengan pemergian abah. Namun ada juga terpalit sedikit terkilan sebab saya ada buat salah kat dia, ada marah abah masa hayatnya.


Masa minggu pertama abah meninggal, saya tak boleh tahan nak menangis tiap kali selesai solat. Sebabnya, saya teringat masa abah selesai solat, dia akan doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak dia. Itulah abah, walaupun ada setengah orang rasa, doa tu bukan perkara besar, tapi bagi aku. Itu adalah perkara yang penting kerana aku nak mak ayah aku doakan aku, aku nak redha ibubapa.


Mungkin abah tak ada harta, rumah, mahupun kereta mahal untuk diberi kat saya, tapi cukuplah doa-doa arwah abah masa hayatnya untuk saya. Cukuplah untuk saya tahu yang abah juga sayang akan kesemua anak-anaknya. Walaupun tak seberapa masa yang diluangkan, saya tetap bersyukur kerana apa yang diperjuangkan untuk abah selama ini berbaloi.


Abah melalui perubahan yang ketara, yang penting – di akhir hayatnya, dia bersama keluarga kami. Dia bersama kakak yang sentiasa menjaga, melayan kerenahnya, walau ada antara adik beradik kami yang tak sudi membantu, walaupun sekadar bantu membelikan makanan untuk abah. Tapi abah jarang nak ambil hati. Apa yang paling aku hormat pada sifat abah ialah, dia tak pernah marah.


Kalau bercakap pun lembut tutur katanya, tak macam saya. Saya ni cakap pun kasar, pastu pemarah pula. Abah lain, dia penyabar sangat. Susah nak tengok dia marah. Ada juga satu dua kali saya bertengkar dengan abah, tapi dia tak marah pun. Siap dia minta maaf lagi kat saya, aduh. Tahu tak betapa menyesalnya saya??


Menyesal sampaikan tiap kali lalu kat highway AKLEH, saya akan teringat tiap kali lalu situ untuk ke ampang, rumah akak dimana abah tinggal bersama. Lalu je situ, saya akan teringat tiap kali ke Ampang untuk belikan makanan untuk abah dan sampai harini terngiang ngiang dalam kepala saya - abah duduk di sofa, sambil tengok tv. Ataupun dia sedang solat, membaca al-Quran.
 
Tiap kali saya teringat abah tu, ada perkataan yang sering saya ungkap, “abah, adik minta maaf, maafkan semua dosa adik kat abah”. Saya mesti syahdu kalau teringat kat arwah abah, kadang tu saya menangis kat atas motor, menitis air mata selepas solat. Saya tahu saya banyak salah kat abah, Cuma saya harap abah maafkan semua dosa saya padanya.


Kesimpulannya, ambil iktibar dari kisah saya ini. Tak rugi buat baik pada ibubapa sementara hayat mereka masih ada. Kalau ada buat salah, minta maaf cepat-cepat. Luangkan masa anda bersama mereka kala masih berkesempatan, sebabnya kita tak tahu bila masa mereka akan meninggalkan mereka, kita pun tak tahu bila ajal kita. Gunakan masa anda sebaiknya ye.

Don’t treat things for granted – especially if its involved your love one.



Assalamualaikum wbt






Sunday, February 10, 2013

Kau Obses



Kadang aku merasakan orang sekeliling aku tak begitu kenal aku, walaupun tempoh perkenalan agak panjang. Tapi disebabkan buta hati dan tak mahu ambil tahu, mereka menghukum kita. Mereka salahkan kita, sebab mereka tak ada kekuatan untuk mengaku kesalahan sendiri. Itulah hakikatnya kehidupan, ada yang boleh diharapkan, ramai lagi yang tidak.

Sesiapa yang betul-betul mengenali aku akan faham keadaan aku, walaupun pada luaran, kau nampak aku bahagia gelak ketawa, tapi ada masanya, dalam hati aku menangis - siapa yang peduli? Tapi, berapa kali kau nampak aku menangis?? Berapa kali aku libatkan kau dalam masalah hidup aku? Aku memang ada buat salah, sekali -sekala, biasalah kan? Tapi pernah sekali tak kau terfikir - berapa ribu kali aku buat benda betul??

Aku ni bukan jenis suka mengomel, kat FB ke, kat dunia realiti ke.. Tapi aku tak pulak cakap yang aku tak pernah. Ada tu ada, tapi sekali sekala, tengok keperluan. Bukan sepanjang masa aku ni suka mengadu. Lagi banyak yang aku pendam, tapi orang tak tau. Yang kau nampak kat aku - Aizat - suka bising-bising, marah-marah, kecoh-kecoh.

Bila aku tolong kau, tolong dengar masalah kau, kasi plak masa aku yang mahal kat kau, tu kau takmau ingat. Yang kau tau, aku salah. Aku tak betul.. Ye, kau selalu betul, kau tak boleh salah. Kau je ada masalah, aku takde, kan? Aku tak penah ada masalah, aku tak boleh tension, camtu? Tapi kau boleh kan? Kau je ada masalah dalam dunia ni, aku takde. Aku kan hidup 'senang'..

Sebodoh aku ni, walaupun aku banyak masalah, aku jarang la nak libatkan orang lain. Aku bukan suka sangat nak susahkan orang, aku tak pula 'jakun' nak hebah kat dunia maya setiap 5 minit. Aku bukan macam orang lain, terlampau mahukan perhatian orang. Yang paling penting, walaupun aku bodoh, tapi aku tak obses pada diri sendiri.

Obses pada sesuatu tu pun dah teruk, tapi bagi aku, obses pada diri sendiri  - tu lagi la bahlol. Sebab, pada pemerhatian aku pada beruk-beruk yang ada sifat ni, dorang cenderung untuk rasa yang diri sendiri sentiasa betul, orang lain salah. Orang camni, dia takmau fikir keadaan orang lain, yang penting - diri dia sendiri. Orang kacau dia sikit - tak boleh. Tapi dia menyusahlan orang, ohh tak apa. Yela, dia kan betul.

Orang buat dia bengang, dia marah. Memang siap la wall facebook dia, penuh la cerita dia nak 'bahasakan' orang. Walaupun penggunaan bahasa teruk, its ok, dia tetap rasa macam dialah sasterawan negara, konon nak bermadah pujangga, dalam masa yang sama. Tak sedar yang orang nampak dia bodoh. Bodoh gile perangai, selalu tu aku gelak guling-guling bila baca status bodoh dalam FB tu. ahahahhaahahhahahha..

Tapi, orang camni, bila dia buat kita berbulu, ohh tak apa. Sebab? Sebab sentiasa dia tanam kata dalam otak dia yang bangang tu, "aku betul, kau salah. Aku best, kau bodo, aku tension, aku ada banyak masalah, kau takde problem, hidup kau senang, aku tak salah, aku hebat, aku ada segalanya, aku ada ramai kawan, ramai orang lagi nak kawan dengan aku"..dan lain-lain.

Siapa yang betul-betul kenal aku, akan paham yang sekali sekala, aku pun boleh marah. Aku pun boleh bebulu, aku pun boleh tension. Tapi, kemana je aku boleh bawak  marah aku tu? Paling kuat pun, kadang-kadang aku cerita la pada yang sudi mendengar. Tapi selalunya, aku akan pastikan yang aku mampu nak gelak ketawa depan kawan-kawan aku, sebab aku tau aku akan happy bila dapat gelak tawa dengan rakan sejati.

Ada satu hari yang mana aku pun takde mood, tapi kalau ye pun aku takde mood sebab aku banyak problem, tak bermakna itu boleh dijadikan alasan untuk kurang ajar. Bukan alasan untuk aku sombong, sebab walaupun aku serba kekurangan, aku tak boleh nak biadab dan eksyen pada orang lain, terutamanya pada yang lebih tua dari aku.

Kau kerek la macamana pun, kau kaya ke kau miskin ke, kau htam ke, kau putih ke, kalau kau lebih tua dari aku, nescaya aku akan cari jalan untuk hormat kau, walaupun aku sebenarnya tak suka perangai kau. Tapi, kalau kau tu budak, selalu menyusahkan pulak, lepas tu nak buat aku macam adik-adik kau, kau silap la. Kau pikir kau tu siapa nak kurang ajar dengan aku?

Kalau kau rasa kau nak dihormati, kau belajar cara hormat orang lain dulu. Kalau kau tak suka kena marah, janganlah kasi orang marah! Kalau berjanji, biarlah ditepati. Barulah orang lain respect kat kau. Ini tak, kau tak respect masa aku, kau tak respect life aku, kau tak ambik peduli masalah aku, tapi dalam masa yang sama, kau nak orang hormat kau, wtf?? Kau tu siapa je??

Bila ktia nasihat, dia kata kita marah. Dia kata kita kacau mood dia, dia nak relax, nak happy happy, tak suka dimarahi. Janganlah bodoh sangat, sekali skali, bila kau salah, aku akan bagitau, Pernah tak dengar perumpaan ni - 'Bodoh Sombong'. Pernah kan?? Jangan jadi orang bodoh lagi sombong, bila orang tegur tu, dengarlah. Ambil iktibar, jangan suka ulang salah yang sama.

Sebab aku ni jenis yang pada mulanya, aku akan bagi banyakkkkkkkkkkk peluang, dan aku akan sedaya upaya tegur dengan cara yang elok. Aku akan tegur dengan cara lembut, bagitau biasa-biasa. Tapi kalau kau dah terima caci maki dari aku, jangan salahkan aku. Salahkan diri kau yang bodoh tu, sebab apa? Sebab tu memang salah kau!

Aku takkan sentiasa betul, dan kau tak mungkin selalu salah. Tapi beza aku dengan kau ialah, aku tahu bila aku salah, dan kau hanya tahu menyalahkan orang lain. Sebab kau rasa kau tu best, kan? Kalau beratus kali kau dengan tabiat kau yang suka menyusahkan orang tu kan, kau rasa, patut ke aku cakap baik-baik dengan kau haaa?

Kalau orang lain buat salah ulang-ulang kat kau selalu, camne? Apa tindakan yang kau nak ambik? Nak tegur elok-elok lagi? Sekali dua, bolehlah sabar. Tapi kalau berderet deret kau kurang ajar, boleh plak aku nak cakap elok-elok?? Sekali lagi aku nak tanya, kau rasa kau tu siapa? Anak Agong ke? Jangan nak poyo la wei, kau tu budak-budak hingusan je.

Aku tak paham perangai golongan muda ni, makin moden, makin biadab! Bukannya aku nak suruh kau panggil aku dengan gelaran 'abang' ke brader ke, cukup sekadar, kau hormat aku, hormat masa aku. Pastu sekali sekala, ingat lah apa yang aku menyenangkan kau daripada sekali dua yang aku menyusahkan kau. Hidup tak payah nak kerek-kerek sebab kita tak tau masa depan kita.

Kita rasa orang ni tak best, tak betul, selalu nak maki-maki kita, tapi kita tak tau yang orang macam ni lah yang boleh tolong kita. Sebab masa kita betul-betul terduduk, kawan kau yang kau kata tempat kau mengadu domba, rakan gelak tawa, rakan buat maksiat kau tu belum tentu akan duduk berduka dengan kau. Fikirkanlah wahai si dungu, jangan asyik nak menyalahkan umat bila dirimu itu sendiri adalah musibat.

Aku bukan orang baik-baik, tapi sekurangnya aku tak jahat pada sahabat aku. Aku tak punya banyak wang, tapi apa yang aku ada, aku cuba kongsi bersama. Aku tak ada kereta untuk kau tumpang, tapi aku tak kisah berhujan panas bawa kau naik motor buruk aku. Aku bukannya pandai macam kau, tapi aku tak kisah bagi ilmu aku yang sedikit pada kau. Aku tak ada apa yang boleh aku beri, kecuali masa aku yang 'mahal'.

Jadi, tolong hormat masa aku kalau kau nak aku hormat kau. Sebab, 'masa' ialah satunya harta aku yang paling berharga, itulah semuanya yang aku mampu bagi. Sebab aku bukannya ada banyak harta macam kau, aku tak ada keluarga kaya raya, tak ada orang nak kasi aku kereta. Aku selalu salah, kau sentiasa betul. Kau je betul..aku mengaku aku salah..

Monday, November 12, 2012

Sayang




Hari ini, kebanyakan dari kita boleh dikatakan memiliki telefon pintar (smartphone), gajet gajet canggih, laptop, komputer dan lain-lain. Semua ini sepatutnya memudahkan perhubungan samada sesama keluarga ataupun rakan-rakan.

Walaupun kita disajikan dengan pelbagai jenis medium samada portal atau laman web sosial yang canggih seperti Facebook, Twitter, YM, Tagged, Google Chat dan lain-lain yang mana bagi aku sepatutnya memudahkan kita berhubung dan berinteraksi, tapi sayang.

Sayang kerana dengan adanya kecanggihan teknologi yang sedia ada, kita masih tak ada masa untuk berhubung. Kita menidakkan peluang untuk berinteraksi sesama sendiri, padahal banyak kemudahan. Tapi kita sendiri tak mahu menggunakannya sebaik mungkin.

Bukan menggalakkan penggunaan laman web sosial sentiasa, aku lebih suka cara konservatif. Jumpa secara nyata, face to face. Tapi kalaulah memang tak ada masa atau kesempatan, kita masih ada alternatif yang lain. Apa salahnya kan?

Aku tak nampak dimana salahnya untuk terus berhubung. Salah ke kalau aku nak berkawan? Korang semua yang kata korang sibuk sangat sampai asik nak menidakkan masa dengan aku tu kenapa? Korang kerja jadi Presiden Amerika Syarikat ke?

'Nak seribu daya, taknak seribu dalih'. Mungkin pepatah ini terlampau benar untuk menggambarkan situasi aku ni, mungkin aku sahaja yang rasa tak dilayan dengan adil dan secukupnya. Mungkin masa kau untuk aku terlampau mahal untuk aku beli.

Mungkin juga aku tak bermakna dalam hidup kau. Tapi harapan aku ialah, suatu hari nanti kau semua sedar yang aku juga ada hati dan perasaan sebab aku pun manusia biasa. Pernah tak kau terfikir pasal tu? Kalau pernah, baguslah. Kalau tak, lantak kau lah. Bye

Thursday, February 9, 2012

Balada Orang Utan

* P.S - Lirik ni hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan orang utang yang tinggal di sekitar Borneo. Jika ada terasa hati, kau boleh PERGI MATI. Sekian, wassalam..

Yang Ikhlas - Aizat



BALADA ORANG UTAN

Oh orang utan,
kau bukan orang,
bukan pula syaitan,
terkejut beruk sakan,
akhirnya dapat lihat bangunan,

Asalnya pasti dari hutan,
tapi berpura dalam kemodenan,
berlagak bagus dari kebiasaan,
takut berlainan dengan rakan

Oh orang utan,
muka kau hodoh kegelapan,
namun bodoh lagi tahap pemikiran,
tak tahu beza rakan atau lawan,
dasar beruk asal dari hutan

Lahir di belantara,
entahkan tahu siapa ibu, mana bapa,
dikutip malaikat kerana kasihan,
namun tiada syukur pada Tuhan,
syurga dunia jadi pilihan

oh orang utan,
di hutan berjalan,
di kota dah ada kenderaan,
semua itu Malaikat uruskan,
dek kasihan pada anak hutan

Persetan pada nikmat kurnia,
anak hutan tak sedar diri,
angkuh pada harta benda,
sedangkan itu Malaikat yang punya,
tertawa hanya orang kota,
melihat telatah keturunan binatang,

Waktu kecil mainnya di rimba,
permainan hanya ranting dan dahan,
seiring usia makin muda,
kini dah ada telefon tangan,
dunia terasa dalam genggaman

oh orang utan,
siapa kau untuk berbangga?
tiada iman, tanpa rupa,
muka bodoh mendabik dada,
disangka harta Malaikat itu miliknya jua

Anak hutan juga berperasaan,
bila dihina terasa hiba,
hati hanya pada diri sendiri,
tiada hirau akan sekeliling,
diri senang, itu yang penting,

Buruk rupa anak hutan,
cuba beriman dalam kepuraan,
itupun jika Malaikat memerhatikan,
tapi di belakang berlagak syaitan,
depan Malaikat cari perhatian

yang mulia hanya memerhati,
Melihat gelagat anak hutan,
pabila binatang berlagak kemanusiaan,
mungkin terlupa rumahnya di hutan,
lain pula orang kota,
sedar diri, tak lupa Tuhan

Hindarkan dari anak hutan,
dia sentiasa dengan alasan,
diri gelisah tanpa kemewahan,
binatang nyanyuk tanpa tuan,
harinya lena diulit kebendaan 

Jika tahu dunia pinjaman,
Mengapa kiblat pada perempuan,
bila masa sudah tiba,
ajal menjemput tak hirau masa,
jangan menangis anak hutan,
mungkin Neraka tempat selesa.

Wednesday, January 18, 2012

Selfish Itu Hodoh

Orang selfish elok pakai t-shirt ni

Kenapa perlu mementingkan diri sendiri dalam setiap aspek? Aku mengaku, ada kalanya kita perlu ada sifat selfish ni, tapi itu pun kalau ianya untuk kebaikan bersama, Tapi, ada manusia yang tak pandai nak sedar diri, asik la fikir pasal diri sendiri. Hal dia, dia boleh share. Hal kau, kau setel sendiri. Aku antara yang bertuah dapat mengenali golongan sundal ni, dan di bawah ialah nasihat dan pendapat aku pada 'beruk' ni.

Kalau kau selalu buat baik dengan orang sekeliling, baik sampai tahap menyusahkan diri kau kadang-kadang. Jadi persoalannya sekarang, apa alasan untuk orang sekeliling itu kurang ajar dengan kau? Biasa jadi tak isu ni dalam hidup korang? Kalau biasa, mungkin korang faham, kalau tak, mungkin kau tu memang jenis tak campur masyarakat.

Aku taklah hairan sangat pada golongan hampeh ni sebenarnya. Cuma kadang, terkilan jugak bila ada kenalan yang berperangai serupa binatang ni, lebih-lebih lagi kalau jenis yang dah lama geng, tiba-tiba satu hari dia bertukar jadi hamlau. Tapi, silap la kalau kau rasa kau tu bagus sangat ok. Kau tu siapa? Apa kepentingan kau, kau ada duit juta-juta dalam bank ke? Kau ada kereta Ferrari ke sampai kau nak berlagak dengan aku?

Apa? Tak ada ek Ferrari? Dah tu, toksah la sesekali nak berlagak ye. Sebab bagi aku, kalau sorang tu nak berlagak, ok aje. Tapi pastikan la kau tu memang 'layak' nak eksyen. Setakat muka bodoh, perangai pun bodoh, pemikiran pun tahap sampah, tak payah la. Bersepah orang macam kau ni kat tepi-tepi jalan, kat dalam hutan pun ada ramai la.

Aku tahu macam mana aku layan orang, ada kala masa bila bergurau, mungkin ada yang anggap aku kerek. Tapi, tak semestinya setiap masa aku kerek beb. Bila ada yang minta tolong ke apa, Insya Allah aku tolong kalau mampu. Sebab tu aku nak tau, apa alasan untuk 'kau' nak kurang ajar dengan aku ha sial? Kau ingat aku takde hati perut? Tak boleh terasa hati? Silap orang la kau nak kerek beb.

Takkan ada peluang la untuk dibagi kat orang macam ni. Siapa nak kawan yang nak 'berkawan' hanya pada sesetengah masa je? Bila nak mintak tolong atau masa ada hal, ok boleh jumpa, boleh kawan. Kalau takde hal, takyah. Bila kau susah, orang nak menghadap muka bodoh kau tu. Bila aku ada hal, ok aku tau camne nak setel sendiri.

Sedarlah diri kau tu. Kau tu hanya perasan diri kau tu bagus sangat aje. Tak kisah kalau kau nak lupa diri, tapi janganla terkejut kalau aku lupa muke kau macam mana dah. Kau ingat, zaman moden ni, ramai orang yang betul-betul baik ke? Belajarlah erti syukur ok. Jangan nak mementingkan diri sendiri je, kau tu bukan hebat sangat pun. Kau tu je yang prasan terer. Ingatlah bahawa, selfish itu hodoh sama seperti mereka yang berperangai sedemikian rupa!

P.S - Kalau kau jenis mementingkan diri sendiri, aku nasihatkan suapaya jangan susah hati nak cari aku lepas ni ok. Kau mampus sekalipun, al-Fatihah pun aku tak sudi nak sedekah..daaaa :)



Tuesday, January 10, 2012

Minta Maaf Sampai Lebam



Ok, dalam hidup kita yang gilang gemilang, kita tidak lari daripada membuat kesalahan. Tiada istiilah 'manusia sempurna' dan sudah tentu sifat kesempurnaan itu hanya pada Allah swt. Membuat kesilapan atau kesalahan adalah perkara biasa, namun sejauh manakah tahap logik sebuah kemaafan itu jika terlampau kerap diberikan? 

Paling aku anti dan benci pada golongan macam ni. Mengambil kesempatan daripada penggunaan istilah maaf, sorry, apologize dan lain-lain. Meskipun meminta maaf adalah sesuatu yang mulia, namun kesedaran untuk tidak mengulangi kesalahan itu yang paling penting bagi aku. Kalau tak, maknanya orang yang minta maaf tu tak ada keikhlasan.

Maaf bagi golongan ini, hanya sebagai pelengkap. Bila buat salah, senang je. Minta maaf la lepas tu. Tapi lepas tu boleh ulang kesalahan sama. Yela, sebab salah aritu dah minta maap, bolehla buat salah lagi kan? Patut ke perkara macam ni dibiarkan? Aku fed-up, muak, dan jelik pada orang yang ada sifat macam ni. Pada aku, orang macam ni memang sangat-sangat BODOH!

Apa yang aku selalu perhatikan (tak tahu kenapa), orang BODOH macam ni selalu berfikiran yang orang lain sama bodoh macam dia. Memang cilaka orang camni kan? Kalau kau bodoh, tak bermakna kau boleh suka-suka bodohkan orang. Aku ada kenal orang camni, muka pun memang macam bodoh. Tapi aku ni bukan jenis pandang rupa beb. Cuma bila muka tu dah seiring dengan IQ. Apa nak dikata lagi?

Secara logik, kita minta maaf tu kerana kita betul-betul tak berniat untuk membuat kesalahan pada pihak lain. Seeloknya, lepas tu janganlah diulang kesalahan yang sama berulang kali. Contoh macam golongan yang tidak suka menepati masa la kan, asal berjanji je, mesti lambat. Dah lambat je mintak maaf. Setiap kali berjanji, mesti nak lambat. Memang sial la orang macam ni, taktau macam mana nak respect masa orang.

Orang yang tak pernah nak hargai perkataan 'maaf' ni selalunya orang yang sentiasa dengan alasan. Setiap perbuatan diselangi dengan alasan, sentiasa nak menyalahkan orang lain. Walhal, yang salah tu sentiasa diri sendiri. Sikit-sikit sorry, sikit-skit mintak maaf. Aku pun nak sorry sebab anggap ko bodoh. Kita semua benci orang macam ni.

Kesimpulan.

Minta maaf dengan hati yang jujur, mungkin maaf tu akan lebih bernilai. Semua orang ada perasaan, kau jangan nak berlagak bagus dan mementilngkan diri sendri aje, Sesekali, bila membuat kesalahan, cuba salahkan diri sendiri tanpa memberi alasan. Sebab 'maaf' untuk babi camni dah basi beb, tak ada nilai dah. Kau nak orang suka kat kau, tapi kau sendiri tak suka orang. Fikirkanlah wahai orang utan..daa



Wednesday, November 30, 2011

Status Stress Bodoh (SSB)

Intro

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua kawan-kawan diluar sana. Rasanya sempat lagi nak ucap setinggi-tinggi tahniah buat skuad bolasepak bawah 23 tahun Malaysia yang telah berjaya 'membaham' pasukan Indonesia yang konon hebat la main kat negara sendiri..podahhhhhhhhhhhhhhh.. Walaupun 2 hari selepas itu pasukan yang sama menang emas di Sukan SEA kalah kepada Syria & Bahrain dalam perlawanan untuk kelayakan Olimpik, tapi aku masih optimis terhadap pasukan Harimau Muda ni.

Pasukan Malaysia kalah dan lebih ironinya, aku berada di stadium Nasional Bukit Jalil pada kedua-dua perlawanan tersebut. Tolak tepi soal penat, soal kos beli tiket, pengangkutan dan lain-lain, sebab yang penting dapatbersorak dan 'enjoy' menonton game dengan view terbaik bersama rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang lain, biarpun agak kecewa terutama pada perlawanan kedua ketika menentang Bahrain. Sedikit tertekan, namun semangat masih membara. Ya, tertekan atau lebih dikenali sebagai 'stress' dalam bahasa inggeris.


                                        

Kali ini aku nak cerita tentang 'stress', tapi tentang stress atau tekanan yang tidak patut dijadikan alasan untuk korang semua stress. Dengan laman web sosial Facebook yang semakin sinonim dengan diri kebanyakan dari kita pada hari ini, ramai yang tidak sedar dengan memaparkan "status stress bodoh"(ssb) secara tidak langsung 'membogelkan' kebodohan yang terserlah dalam diri warga Fb (termasuk aku). Ada isu, yang memang patut dititikberatkan, ada isu yang tak perlu langsung korang bagitahu.

Jadi dengan itu, aku nak kongsi dengan korang semua contoh-contoh 'ssb' kat FB yang mungkin kita biasa nampak ataupun tidak, so..open your mind dan jika korang terasa, maknanya minda korang masih tertutup dan anda mungkin salah seorang pengguna Fb yang mengalami sindrom 'ssb' ni..Whateverrrrrrrr ok. Go F urself.


Contoh-contoh "Status Stress Bodoh" a.k.a 'SSB' :

1) 'Argghhhhh, tensennya kena marah dengan mak.. Sob sob..'

- Kalau perangai kau tu macam hawau (nak-nak kalau status ni dibuat oleh budak sekolah), memang patutlah mak kau marah. Tensen konon! takde duit slalu tu, mintak kat mak gak kan? Pathetic

2) 'Ishhhh, stress la BBM aku takleh guna, bla  bla bla..sape nak tlg belikan utk aku? ' wekk wekk wekk..GROSSSSS

- Bukanlah semua pengguna BB yang ala-ala baru macam ni ok. Tapi aku memang pernah nampak status yang lebih kurang camni. Sebenarnya BBM atau BB dia boleh guna, cuma tuan punya status ni je tak BERGUNA! menggelabah je kan, ekonomi negara boleh merundum ke kalo BBM ko rosak ha sial? Pastu lak, kau takde maruah ke nak mintak orang tolong belikan? Hello.."Mana akidah kau ha?" (dialog dari drama Drogba & Rooney)

3) 'Gado ngn bf/gf..sedihnya..with #namaBF/GFyangMacamPalat'

- Bajet nak mintak kesian kat orang lain ar ek buat status camni? Sapa nak tau pasal kau ha? Kalau adapun. jenis yang memang kaki busybody hal kau. Pastu yang banganggnya, dah la sedih sbb gado ngan gf/bf, siap 'tag' nama gf/bf tu lak..adoiyaiiiii.. nak berkasih sayang tak kena tempat la babi. Muka tu kalo lawa ke ensem gak nk di-consider nak manja-manja, ni rupa paras sama sial dengan perangai. Idiot!

4) 'Saya tengah tensen gilewww ni, sbb Pakwe/Awek tak reply sms "atau" tak jawab call'

- Wow..fancy that..who gives a shit rite? Settled this on your own lah bahlol. Menyemak je kat wall orang-orang lain. Pulak skang ni dah ramai parents, atau ahli keluar yg terdiri dari pakcik dan makcik yang ada akaun FB..kau tak rasa ke dorang tu ada perasaan nak terajang je muka bodoh kau tu bila baca status haram camni??

5) 'Stress la, ada orang tu perli-perli saya kat blog dia'

- Ni paling bingai, kau ingat kau hot sangat sampai orang tak boleh benci kau? Perangai kau tu BURUK, sumpahhhh.. Abih tu sebab apa ada orang sanggup nak bercerita pasal kau kat blog dia (aku la kot) ? Nak report polis ke? Oi bodoh, kau tgk balik blog ni, ada ke tunjuk gambo ko ? (contoh je, hehe). Betulkan perangai kau yang dah nak serupa macam monyet tu dulu, pastu barula kau boleh nak marah orang.

6) 'Eee stress la, kawan-kawan I sume nak kawin dah. Bulan ni jew I dah dapat 19 kad jemputan.. Arghhh, tensen tensen.. p.s - To #Mr BFyangMacamBabi : Kitew bilew lagi? hehehe (malu)


- *Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, siapa kau nak membangkang? Redha je dengan ketentuan-Nya. Kau ni ada agama ke tidak ha bodoh? Cakap macam orang jahil!! Dengki plak kau bila kawan-kawan nak kawin pehal? Rupa paras kau- BURUK (confirmed!), tapi perangai kau pun BURUK gak..well, nice.. Pastu bajet cam cute-cute je nak hint-hint kat BF kau pasal kawin kan? sial gile kau ni weiiii...


7) 'Baru ingat nak tengok katun kt TV9, time tu gak mak suh bawak diew gi pasar..Adehhhh.. 
mood -  tak tenteram'


- Ala la la la kimaknye kau ni..status camni pun nak up kat ke? Ni lah yang kawan-kawan aku selalu mentioned - "Belajar je tinggi-tinggi sampai ada Phd, bodoh tu lebih..attitude macam sial"


8) 'Alaaaaa. kenapa heroin mesti mati bila ending cerita?. tak suke la tgk drama Melayu cam gini'


- Kenapa? - 1, sebab kau bodoh! 2 - Sebab dah skrip dia camtu, kalau kau tak suka, ko buat la drama sendiri, skrip sendiri, tu pun kalau kau tau menulis! 3 - Dah tau tak suke, tgk la drama Tamil ke cina ke Jepun ke..bahlol..


9) 'Sakit hatilah tengok orang tu sakit hati kat status orang lain, macam gud-gud jew. Lantakla, ni bukan Fb diew pown, sukati kitew la nak buat status apa..Elehhh'


- Terasa ek? pegi la mampos wei.. kau konon bajet hot, ingat ada orang nak sakit hati dengan kau la ape la, padahalll.. kau memang rasa apa yang aku tulis ni kebanyakannya betul. Aku cuma tulis perkara realiti, realitinya perangai kau menjengkelkan, realitinya kau tak cun pun, kau cuma buat status macam kau tu cun, sbenarnya kau tu hodoh, mmg la dah kurniaan Tuhan, kene terima la kan? Tapi bila kau rasa kau macam cun, tak kena la kimak! Walaupun memang ada tertera 'What's on your mind?' kat update box tu, tak bermakna kau kena gitau semua yang ada dalam 'mind' kau yang jijik tu kat semua orang, idiot!

10) 'Tadi kan, kitew tengok blog aizatbest, ada ke dia letak nama blog dia "best". Macam la dia tu best sangat'..

- Yang ni aku suka.. Well, aku memang saje nak bagi orang bengang.. Ye ar, aku sendiri pun bengang memula, tapi setidak-tidaknya, aku letak nama 'best' kat belakang nama aku, bukan macam KAU yang letak nama 'STRESS' kat setiap status FB :)

Kesimpulan

Tak berniat nak menjatuhkan sesiapa, menghina sesiapa, cuma berkongsi sedikit pengetehuan tentang, adakalanya kita membuatkan orang tak selesa dengan tindakan kita dalam keadaan sedar ataupun tidak, dan ketidak selesaan itu selalunya berakhir dengan kebencian. Apa salahnya BERFIKIR dengan otak yang dipinjamkan dengan percuma tu, kalau nak terasa - silakan. Silalah tunjukkan kepada dunia yang kau tu BODOH..

Kalau ada yang TERASA HATI tu, aku mintak maaflah ye. Sebab bukan sorang je yang berperangai jahil macam ni, ada ramaiiiiiiiiiii.. Serius! aku cuma kumpul semua bukti-bukti yang ada untuk share ngan korang semua je.. Harap-harap aku dan korang semua tak tergolong dalam golongan bodoh camni, cuma kita ni manusia biasa, memang akan buat silap. CUMA, apa yang kita boleh buat ialah - SEDAR DIRI dan tak ulang kesilapan kita..itu beza kita dan orang BODOH kat Facebook ni ok, dorang tu tau dah silap, tapi asiklah ulang kesilapan dorang, sebab tu aku banyak mencarut kat dorang..sekian

P.s - 0rang tak bodoh selalunya sedar diri & Kalau terasa - pergilah MATI :)

Saturday, October 22, 2011

Kenapa Najwa latif mesej saya di FB?

Tahu tak kenapa aku beriya-riya buat entri pasal lagu 'Cinta BUKU LIMA' (Cinta muka buku) aritu? Ini salah satu daripada berpuluh-puluh sebab lain yang tak ingin pun aku terangkan. Aku bagi satu je ok, ni keratan daripada harian metro online yang bertarikh 22 Oktober 2011. Walaupun ini kes terpencil, ianya masih isu yang pada aku kalau dibiarkan, ianya akan menjadi 'barah' suatu hari nanti.

P.S - Kepada yang ada hati nak komen, konon macam pandai (padahal BODOH) tu, sila komen perkara yang logik sahaja, dan jika ada bantahan, sila berikan sebab musabab. Jangan hanya tau nak bangkang je, cadangan takde. Tu sume keje orang bangang je ye. Jangan jadi binatang ok, ada otak tu. Gunakan!! Sekian. Assalamualaikum wbt

------------------------------------------------------------------------------------

Pelajar diperkosa kenalan facebook

KAJANG: Percaya dengan rakan yang baru dikenali melalui laman sosial facebook dua bulan lalu membawa episod hitam dalam hidup seorang remaja perempuan apabila dirogol rakan barunya itu di Bandar Teknologi Kajang, di sini, 3 September lalu.

Difahamkan, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 13 tahun berkenalan dengan teman barunya itu melalui laman web berkenaan sebelum membuat keputusan bertemu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju dengan pelawaan berkenaan kerana yakin suspek jujur.
Katanya, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa yang juga pelajar mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni dan suspek memberi alasan kakaknya sudah keluar lebih awal untuk pergi beraya.

“Suspek mengajak mangsa masuk ke dalam bilik dan merogol mangsa di dalam bilik berkenaan.

“Mangsa hanya menuruti segala permintaan suspek kerana bimbang suspek akan meninggalkannya dan hubungan mereka akan terputus jika enggan menuruti ajakan itu,” katanya.




Ok, ini lak mesej di facebook aku dariada penyanyi lagu tahpape ni.. menggelabah je nak pm aku, konon tak puas hati la tu, podahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (Tak malu ke woi??)

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates