Al- Fatihah untuk arwah abah |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kebosanan paling agung, kat tempat kerja, yang syoknye – tak berapa nak ada kerja. Ada masa sibuk, terlampau sibuk. Nak gi toilet pun tak sempat kadang- kadang tu. Tapi bila dah tak ada kerja, well. Memang teramat la banyak waktu terluang tu. Kat opis ni, antara aktiviti ‘standard’ yang sering dipraktikkan tatkala tiada kerja untuk dikerjakan ialah :
Kebosanan paling agung, kat tempat kerja, yang syoknye – tak berapa nak ada kerja. Ada masa sibuk, terlampau sibuk. Nak gi toilet pun tak sempat kadang- kadang tu. Tapi bila dah tak ada kerja, well. Memang teramat la banyak waktu terluang tu. Kat opis ni, antara aktiviti ‘standard’ yang sering dipraktikkan tatkala tiada kerja untuk dikerjakan ialah :
- Online sampai lemau
- Online sampai lemau sambil mendengar lagu
- Menonton movie
- Tidur (hanya diaplikasikan oleh sesetengah pihak)
Oleh kerana keadaan wifi yang tidak mengizinkan, maka terpaksalah saya mencari aplikasi Microsoft word yang saya tidak pasti akan kewujudannya di dalam laptop ini. “Ada la!!!” - teriak saya dalam hati tatkala menjumpai perisian standard 1Malaysia itu. Setelah itu, saya mula mengorak langkah dengan menaip warkah untuk dimuatnaik pada blog saya.
Ya, saya ada blog. Masih wujud lagi (saya dah periksa tadi). Cumanya, dah lama tak dikemaskini dek kesibukan melampau (kononnya). Hari ini, pada tarikh 8 May 2013, Khamis, bersamaan 14 Jamadil Akhir 1434. Tahun 2013, emm. Baru je 5 bulan berlalu bagi tahun ni, akan tetapi. Bermacam perkara sudah terjadi. Suka, duka, berjumpa, dan berpisah.
Bermulanya Januari 2 tahun ini, saya memulakan pekerjaan baru di YTL Communications. Alhamdulillah, setakat ini semuanya OK. Walaupun gaji yang aku dapat, bukanlah gaji yang ‘paling banyak dalam dunia’, sekurang-kurangnya ada la sumber kewangan . Persekitaran yang ala kadar, tapi ada rakan sekerja yang berkaliber (kot).
Antara rakan sekerja yang berada dalam team Pre-Configuration ni ialah
· Amir
· Azim
· Farihah
· Jerry
· Yogen
· Kashan
Apa yang saya kagum pada mereka ini ialah, walaupun mereka masih muda, jika nak dibandingkan dengan saya yang jauh lebih muda (cover line), tapi mereka tampak dan memang matang atau ‘matured’ di dalam bahasa inggeris. Ada antara mereka yang mempunyai tahap kelakar yang tinggi, sesuai dengan kondisi saya yang memang sentiasa ‘serius’ ni. Pendek kata, saya gembira kat tempat kerja baru ini.
Bermulanya Januari 2 tahun ini, saya memulakan pekerjaan baru di YTL Communications. Alhamdulillah, setakat ini semuanya OK. Walaupun gaji yang aku dapat, bukanlah gaji yang ‘paling banyak dalam dunia’, sekurang-kurangnya ada la sumber kewangan . Persekitaran yang ala kadar, tapi ada rakan sekerja yang berkaliber (kot).
Antara rakan sekerja yang berada dalam team Pre-Configuration ni ialah
· Amir
· Azim
· Farihah
· Jerry
· Yogen
· Kashan
Apa yang saya kagum pada mereka ini ialah, walaupun mereka masih muda, jika nak dibandingkan dengan saya yang jauh lebih muda (cover line), tapi mereka tampak dan memang matang atau ‘matured’ di dalam bahasa inggeris. Ada antara mereka yang mempunyai tahap kelakar yang tinggi, sesuai dengan kondisi saya yang memang sentiasa ‘serius’ ni. Pendek kata, saya gembira kat tempat kerja baru ini.
Masa memula saya melangkah kaki di opis ni (2 Januari 2013), ayah saya baru je masuk wad, sekitar hujung disember. Saya bersama kakak yang menghantar waktu tu, ayah saya yang dipanggil ‘abah’ waktu tu masih sihat. Cuma pada masa tu, dia mengalami luka di bahagian kaki. Al maklumlah, dengan keadaannya yang ada penyakit kencing manis, sangatlah sukar untuk luka-luka itu sembuh.
Abah berada di hospital lebih kurang 3 bulan, masa kat wad dermatologi, luka di badan abah dah hamper pulih, kalau sebelum tu, kedua belah tangan penuh dengan luka, tapi selepas hampir sebulan dirawat, ada banyak perubahan. Luka-luka tadi pun dah kering. Abah saya tu peramah orangnya, dia tegur semua orang kat hospital tu. Tak macam saya, saya ni pemalu orangnya. :P
Dalam tempoh 3 bulan abah di hospital, akak dan abang saya yang selalu menjenguk abah. Saya pada waktu tu, datang melawat bila ada kesempatan je, saya sentiasa cuba untuk datang biarpun untuk tempoh yang singkat. Tapi saya mengaku, ada juga waktu yang terluang, tapi tak dimanfaatkan untuk melawat abah saya atau nama betulnya – Wan Jaafar bin Wan Zaharin.
(Ok, air mata ni tak dapat ditahan lagi, tapi saya cuba untuk meneruskan cerita ini).
23 tahun lepas, tahun 1990 ialah tahun dimana abah saya ditukarkan untuk bekerja di Gua Musang, Kelantan. Saya yang baru bersekolah tadika pada waktu tu, tak berapa nak paham akan situasi yang sebenarnya saya alami. Maka bermulalah tempoh hidup saya tanpa seorang ayah. Maksud saya, tak sentiasa ada ayah, memandangkan abah bekerja di luar Kuala Lumpur.
Masih segar dalam ingatan, aku dan abang ke Kelantan untuk meluangkan masa dengan abah. Oh ye, abah saya ialah seorang anggota polis. Sebelum bertugas di Balai Gua Musang, setahu saya, abah pernah menjadi anggota F.R.U di Pulapol, kemudian bertugas di Bukit Aman.
Meluangkan cuti persekolahan di Gua Musang, Kelantan bukanlah sesuatu yang sangat happening, sebab. Yela, kat sana mana nak ada kawan-kawan nak main bola ke, lepak-lepak ke. Ada kenal pun sorang, tu pun sebab dia abang kandung saya. Hehe. Sepanjang masa kat sana, Abah macam biasa, sentiasa busy dengan kerja, selalu takde kat umah.
Kerja sebagai pegawai polis ni kan tak ada ketentuan masa, jadinya. Jaranglah juga dapat meluangkan masa dengan abah, tapi masa tu aku taktau apa. Just followed the flow’ je, kalau ada – adalah. Kalau tak, nak buat macamana Oleh kerana era tu ialah era VCR, makanya, saya dan abang saya - Fezz rajinlah ke kedai video untuk sewa VCR. Dah tu nak buat apo, masa tu mana ada FB, jangan kata FB – masa tu internet pun tak berapa nak kenal. Hehe.
Mood Berangan – “Kalaulah masa tu saya ada blog ni, mesti dah banyak cerita yang saya boleh update ”.
Mood reality – “Ok, masa tu belum wujud era internet, so.. Tengok jela video cite Cina yang Jet Li berlakon tu”.
Kesimpulannya, kalau bercuti sekolah kat Gua Musang pun sama macam kat KL. Sebab, bukannya dapat jumpa abah tu, dia pun busy je. Ada juga sekali sekala masa saya sekolah rendah dulu dimana, abah datang KL, pastu dia akan jemput kat rumah. Tapi apa yang saya ingat ialah, abah tak pernah masuk dalam rumah bila dia datang. Cukup sahaja dengan panggil dari luar pagar.
Dalam pada abah datang KL tu, ada juga time yang mana dia janji nak datang, tapi tak datang. Oleh kerana saya kan ‘selalu’ sangat jumpa abah, bila tak dapat jumpa dia tu, saya selalu gak la melalak, meraung, dan mengamuk. Haha, syaitan sungguh saya waktu itu. Sampai ada satu hari tu, saya yang masih kanak-kanak macam hysteria, pastu siap marah mak saya yang baru balik kerja.
Mak saya masa tu kerja kat The Mall, tau tak apa itu The Mall? Yaohan tau tak? Taktau ke, ape ke rendah IQ kau ni ha? Hahaha, takdela. The Mall yang depan PWTC tu, kat situlah mak aku kerja. Kebiasaannya mak akan masuk kerja dalam pukul 10am, balik pun dalam 10pm. Bayangkan, bila mak balik kerja penat-penat malam tu, dengan saya macam kena rasuk sambil melalak, dan menyepahkan rumah yang selalu bersepah tu. Haha..
Ok, tu masa saya kecik la kan. Masa kecik yang penuh tragis, tanpa ayah (sebab dia kerja kat luar KL), tanpa mak (10am-10pm, sebab dia kerja, balik lambat). Masa tu akak saya study kat UKM, dia pun takde kat rumah, abang saya yang bob tu – dia dok kat Gua Musang dengan abah. Ada pun, abang fezz, tapi masa tu dia dah tahap remaja, jadi dia selalu dengan member dia.
Saya? Saya kawan dengan diri saya jela sepanjang kat rumah. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya berseorangan. ‘Aizat tak kisah’. Rutin harian masa weekdays ialah bangun pagi (tak berapa nak pagi kalau sekolah sesi petang), masa bangun tu selalunya mak saya dah gi keje, pastu dah gi sekolah, balik petang – rumah masih lagi takde orang. Malam, saya dah nak tido, ataupun adakalanya tu, dah tertidur, baru mak balik,
Walaupun saya tahu mak saya keluar bekerja waktu tu, tapi. Masih juga rasa tak syok sebab selalu ditinggalkan. Mungkin sebab tu, bila saya dah meningkat remaja (masih remaja sekarang ini ye), saya paling tak suka ditinggalkan. Baik dari pihak keluarga ataupun para sahabat, saya taknak langsung ada perasaan kena tinggal. Benci, bonci, tak suko, semuo ado..
Kehidupan kat Kampung Baru pada tahun 90an adalah sungguh mengasyikkan, dengan rakan-rakan sepermainan yang terlampau ramai. Aktiviti harian anda sungguh penuh dan sibuk sentiasa. Zaman mula berjinak nak main bola masa darjah 4 dulu, memang sentiasalah dengan bolasepak. Kalau cuti sabtu dan ahad tu, siap ada lawan bola sesi pagi, pastu sesi petang. Dahla friendly 2 kali sehari, lawan team yang sama lak tu.
Tah apa-apa ntah la masa tu bila dipikirkan balik. Tapi, memang syok. Hari-hari depenuhi aturacara meriah, main bola, main video game, gi jalan-jalan dengan kawan, main bola, tengok bola. Ha, masa tahun 1994 tulah juga saya mula mengikuti perkembangan Manchester United, nak nak pula waktu tu ada Eric Cantona yang menjadi kegilaan ramai muda mudi termasuk saya pada masa tu. Dengan kolar baju dinaikkan, ala-ala pailang. Kehebatannya menjadi contoh pada anak muda di sekitar Kampung Baru by that time.
Tahun 1994, sebelum ‘Manchester United’ menjadi kegilaan. Tahun itu juga ialah tahun saya bertukar sekolah. Dari sekolah Jalan Gurney 2, ke Sekolah Keb Jalan Raja Muda 2 (SKJRM2), maka waktu itulah bermula transformasi dalam hidup saya. Di SKJRM2 itulah bermula titik tolak dimana saya tahu erti mempunyai geng yang sekepala, dan waktu itu juga saya mula mengenali erti persahabatan sejati.
Sebab utama saya mula meminati Eric Cantona ialah kerana saya berkawan dengan seorang yang bernama Mohd Haidar bin Hamdan, dia pun tinggal kat Kg Baru waktu tu, oleh kerana saya rapat dengan dia yang juga rakan sekelas saya masa darjah 4 & 5. Dia terlebih dahula menyokong Manchester United dan Cantona, saya yang pada mulanya tak berapa nak heran, akhirnya terjebak dengan aura Cantona yang terlampau dahsyat (sampai skang masih terasa aura tu, power tak??)
Sampai la sekarang ni, dah masuk 19 tahun saya menyokong Manchester United. Terima kasih banyak kepada Haidar sebab memperkenalkan saya pada bolasepak dan juga Man United sendiri. Memang dari kecik, saya dah sokong, sebab tu saya obsess sampai sekarang ni. Sebab tu juga saya menyampah dengan segilintir masyarakat hari ini, dimana mereka suka menghentam, suka bercerita pasal bola, walhal taktau apa-apa pasal bolasepak. Lahabau!
Selain Haidar, ada beberapa geng lain yang rapat dengan saya masa tu. Kesemua mereka tinggal di Kampung Baru ye, harap maklum. Ada Eza Hamni, Fadhil, dan Badrill. Yup, Mohd Badrill bin Samsun ialah rakan karib saya dari kecik dulu, hingga ‘remaja’ kini dia masih kawan rapat saya. Dari sekolah dulu, dialah yang mendengar cerita saya, main bola bersama, lepak dengan saya.
Bari je semalam (Khamis, 25 April 2013) kami lepak minum sama. Ehehehe.. Bukan mudah nak cari sahabat sejati yang sanggup nak bersusah payah bersama. Setakat kawan masa nak tengok wayang, gelak-gelak tu ramaila. Bila waktu susah, sedih. Ada berapa kerat je yang sanggup nak setia bersama. Walau bagaimanapun, aku bersyukur sebab dikelilingi sahabat yang selalu ambil berat.
Berbalik pada cerita Abah tadi, seperti yang sedia maklum. Pada tanggal 19 March 2013 yang lepas, tepat jam 8 pagi, Abah telah kembali ke rahmatullah. Dalam pada kesedihan dengan pemergian Abah, kami sekeluarga redha dan tetap bersyukur kerana apat meluangkan sedikit masa kerana arwah abah sempat tinggal bersama kakak kat Ampang sejak dia tak sihat pada 2008.
Walau pada dasarnya, saya bukanlah individu yang paling rapat dengan arwah abah. Namun 5 tahun tempoh bersamanya, banyak kenangan yang berbekas di dalam hati. Ada masa gembira, ada masa berduka. Saya redha dengan ketentuan illahi, redha dengan pemergian abah. Namun ada juga terpalit sedikit terkilan sebab saya ada buat salah kat dia, ada marah abah masa hayatnya.
Masa minggu pertama abah meninggal, saya tak boleh tahan nak menangis tiap kali selesai solat. Sebabnya, saya teringat masa abah selesai solat, dia akan doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak dia. Itulah abah, walaupun ada setengah orang rasa, doa tu bukan perkara besar, tapi bagi aku. Itu adalah perkara yang penting kerana aku nak mak ayah aku doakan aku, aku nak redha ibubapa.
Mungkin abah tak ada harta, rumah, mahupun kereta mahal untuk diberi kat saya, tapi cukuplah doa-doa arwah abah masa hayatnya untuk saya. Cukuplah untuk saya tahu yang abah juga sayang akan kesemua anak-anaknya. Walaupun tak seberapa masa yang diluangkan, saya tetap bersyukur kerana apa yang diperjuangkan untuk abah selama ini berbaloi.
Abah melalui perubahan yang ketara, yang penting – di akhir hayatnya, dia bersama keluarga kami. Dia bersama kakak yang sentiasa menjaga, melayan kerenahnya, walau ada antara adik beradik kami yang tak sudi membantu, walaupun sekadar bantu membelikan makanan untuk abah. Tapi abah jarang nak ambil hati. Apa yang paling aku hormat pada sifat abah ialah, dia tak pernah marah.
Kalau bercakap pun lembut tutur katanya, tak macam saya. Saya ni cakap pun kasar, pastu pemarah pula. Abah lain, dia penyabar sangat. Susah nak tengok dia marah. Ada juga satu dua kali saya bertengkar dengan abah, tapi dia tak marah pun. Siap dia minta maaf lagi kat saya, aduh. Tahu tak betapa menyesalnya saya??
Menyesal sampaikan tiap kali lalu kat highway AKLEH, saya akan teringat tiap kali lalu situ untuk ke ampang, rumah akak dimana abah tinggal bersama. Lalu je situ, saya akan teringat tiap kali ke Ampang untuk belikan makanan untuk abah dan sampai harini terngiang ngiang dalam kepala saya - abah duduk di sofa, sambil tengok tv. Ataupun dia sedang solat, membaca al-Quran.
Tiap kali saya teringat abah tu, ada perkataan yang sering saya ungkap, “abah, adik minta maaf, maafkan semua dosa adik kat abah”. Saya mesti syahdu kalau teringat kat arwah abah, kadang tu saya menangis kat atas motor, menitis air mata selepas solat. Saya tahu saya banyak salah kat abah, Cuma saya harap abah maafkan semua dosa saya padanya.
Kesimpulannya, ambil iktibar dari kisah saya ini. Tak rugi buat baik pada ibubapa sementara hayat mereka masih ada. Kalau ada buat salah, minta maaf cepat-cepat. Luangkan masa anda bersama mereka kala masih berkesempatan, sebabnya kita tak tahu bila masa mereka akan meninggalkan mereka, kita pun tak tahu bila ajal kita. Gunakan masa anda sebaiknya ye.
Don’t treat things for granted – especially if its involved your love one.
Assalamualaikum wbt
No comments:
Post a Comment