Thursday, September 8, 2011

CINTA MUKA BUKU - LAGU BODOH

 Lagu : Cinta Muka Buku
Penyanyi - Najwa Latif

Penyanyi lagu 'tak ada faedah'

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya

Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua

Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

-----------------------------------------------------------------------------------


Jika kau tanya, aku suka lagu ni ke tak? Aku akan jawab, bukan je aku tak suka, malah aku benci, meluat, sakit hati, dan automatik aku tau lagu ni lagu yang sangat 'murah' dan tiada unsur seni, lirik yang dibuat orang 'pemalas', ditambah pula dengan gaya nyanyian ala-ala orang yang 'pekak nada' atau 'deaf tone' atau diringkaskan, pendek kata memang takde bakat langsung la nak jadi penyanyi  la & bagi aku - ini lagu yang paling BODOH pernah aku dengar.

Kalau diukur dari segi moral, dan khusus untuk mereka yang ada anak remaja, adakah kamu semua setuju untuk anak remaja kamu bercinta? Tinggalkan seketika isu bercinta melalui laman web sosial, subjek 'bercinta' itu sendiri terlalu sensitif untuk dibincangkan buat remaja, yang mana masih dibawah tanggungjawab ibubapa, apa hak untuk bercinta jika duit nak makan di kantin sekolah pun masih ditanggung mak ayah?

Itu baru tentang isu bercinta ye tuan-tuan dan puan-puan semua. Untuk usul seterusnya, saya akan terangkan melalui sebahagian lirik lagu ini tentang mengapa bagi saya, lagu ini bagu saya, sangat tidak relevan, atau senang cerita, bagi aku, lagu ni lagu BODOH. ye, saya rasa lagu ni lagu bodoh dan tiada apa yang akan mengubah persepsi saya selain merasakan lagu ini sendiri tidak layak bergelar 'lagu'.

"Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia"

Ok, mari teliti lirik di atas. Saya beri contoh, kalau yang menyanyi ini dikatakan anak gadis remaja yang masih bersekolah, masih muda, masih belum kenal dunia, Akan tetapi dalam benak fikiran otak yang bengap tu, sibuk nak berdating. Apalah kepala otak kau ni budak ha? Kerja sekolah tu taknak kau fikir, dah sibuk nak bercinta bahagia. Ini dah menunjukkan anak remaja kita ni tak sedar diri, menggedik dan lain-lain.

"Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa"

"Perlukah aku melempang muka kau?" - Itulah ayat pertama yang aku akan sebut kalau ada sesiapa yang cuba menyanyi bait-bait lirik ini, ahahaha.. Disebut pula 'peluang pertama', hmm. Peluang pertama apa? peluang membuat maksiat? peluang pertama untuk melepaskan nafsu walaupun tak pernah berjumpa? Kalau kalian ada anak, setujukah kalau mereka keluar berjumpa orang yang tidak dikenali?

Pasti tidak (kalau pemikiran kau normal la ye, kalau otak kau singkat. Ya, kau akan tak setuju), Berjumpa orang yang tidak dikenali, bernas sungguh idea lirik ni. Tak pernah baca suratkhabar ke? Berapa banyak kes rogol atau samun akibat kenalan melalui Facebook ha bodoh? Adakah kamu semua suka anak gadis kamu sewenang-wenang mensedekahkan maruah mereka? Jika anda tidak suka, sila setuju dengan pendapat saya.

"Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja"

Pertama sekali, soalan yang perlu dijawab hanyalah soalan ujian dan peperiksaan di sekolah ok. Pernah tak dengar pepatah mengakatan 'Ikut hati - mati, ikut nafsu - lesu'. Jadi dalam lirik ni, si penyanyi sibuk nk melayan kata hati, siap takmau biar saja..Adoi, macam orang tak ada otak tau tak? Tau ke bodoh? Kalau dah mengandung anak luar nikah, tolong bagitau apa 'kebaikannya' ? Lepas tu sekolah entah ke mana, kau jaga la anak kat rumah. Bangang!

Ada hati nak "cuba apa saja". Cuba ape ha budak? Cuba isap rokok? Cuba bukak baju, bukak seluar ke ha bahlol? Sedarlah diri, bagi mereka yang beragama Islam, ingatlah dosa pahala. Jangan nak 'cuba' semua benda, cubalah kau  belajar rajin-rajin pastu niat nak jadi orang beriman, kan ke bagus. Ini tidak, habis semua nak dicubanya.

"Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku.."

Untuk pengetahuan anak-anak gadis di luar sana, kebanyakan remaja lelaki zaman ni hanya melafazkan kata 'suka' dan cinta hanya kerana satu tujuan. Kalau otak kau singkat, dan mungkin tak faham apa maksud aku, aku terangkan. Budak laki zaman skang ni hanya lafaz cinta untuk 'main' dengan kau je. Lepas dah 'sedap', dah 'puas', kau ingat jantan tu suka ke kat kau ha? Kecuali, dia memang suka nak jadikan kau 'hamba seks', then dia akan buat-buat la suka kat kau.

"Itulah cinta yang satu", opss.. stop stop. Pernah belajar pendidikan Islam tak? Kalau pernah, mesti kau tau yang cinta yang satu tu hanya pada yang SATU iaitu Allah swt. Siapa kau untuk gitau itu cinta yang satu? Mana kau tau kau tu nak bercinta satu kali je? Silap-silap bercinta 18 kali, bertunang 5 kali, kawin tak jugak. Yang penting, dapat puaskan nafsu. Podahhhhhhhh cinta yang satu..bodoh!

Memang trend zaman moden ni ke boleh selambe 'translate' english ke bahasa melayu bulat-bulat? Facebook = muka buku. Tak ke macam orang bodoh je perkataan ni kan? Merosakkan bahasa ibunda je lirik ni. Macam tak diajar Bahasa Malaysia lak bila fikir balik, yela cuba fikir, logic ke, contoh kalau perkataan 'Black board', aku terjemah jadi 'Hitam papan'. Logik ke sial? adoii..sudah-sudahlah merosakkan bahasa kita.

Dahlah merosakkan bahasa, lagu ni sendiri bermaksud untuk merosakkan pemikiran anak-anak remaja kita, yang diajarnya, bercinta, buat maksiat, berangan, pastu menggalakkan aktiviti sosial. Korang setuju ke dengan semua ni? Kalau ada yang setuju, aku tak tahulah nak cakap apa. Baik standby je masuk neraka, serius beb. Kalau rasa nak marah, apa kau ingat aku kisah? Aku cakap (taip) apa yang aku rasa betul dari sudut sosial dan akidah je, tak setuju - pegi la mati..

Akhir kata, aku nak sarankan agar tajuk 'Cinta muka buku' ditukarkan kepada 'Cinta Buku Lima', kerana melalui pemahaman aku setelah membaca lirik ini, aku secara automatiknya mahu menggunakan buku lima ini untuk menumbuk sesiapa yang menyukai lagu yang tak ada faedah, kualiti dan nasihat ni. sekian. Salam

46 comments:

cikki said...

garang betul :p

A.I.Z.A.T said...

Kebenaran tak kenal erti garang ;)

Wendy Bahari said...

well said adik .. go go go thundercat goooooooooo !!~ :D

A.I.Z.A.T said...

Kak Teddy - hehe..malu i ;p thanks alotttttttttts kak ;)

Anonymous said...

Sabar bobby...kang ko masuk melodi kang cmne? Panazzz...terjah... Hehe :)

dayah said...

terjah aizat hihi , mmg betul lagu tu perlu fhm apa isinya..

Sri Nazwa said...

seriously..saye pun tak suke dgr lagu ni..hahahah

A.I.Z.A.T said...

Anonymous - sapo ni? ahahaha.. ala kalau Melodi tu dtg terjah, aku jawab la - "Ada aku kesah??"..huhuhuh

mr yus said...

Aku sokong aizat masuk melodi..sbg kawan aku pun nak masuk tv gak..haha

A.I.Z.A.T said...

hidayah - ni bkn terjah..ni terajang..ehehehehhee

A.I.Z.A.T said...

Kiddo - bagus lah kamu tak suka.. sbb saya mmg benci lagu ni :)

A.I.Z.A.T said...

Yus - ok, kalau ada intebiu tv, aku suh dorang call kau..aku gtau ar ko lah yg bg idea kutuk lagu ni ;p

KiKiHanakO said...

hahha!! gila buku lima lah kamu! :P

A.I.Z.A.T said...

KiKiHanakO - hehe buku lima pun ok juga..hehehe ;P

Mario said...

marah betul ko ni weh...ekeke

A.I.Z.A.T said...

Mario - ish mana ada marah.. aku ngah layan feeling je ni..hahaha

intan.maisarah said...

:) ada benarnya tu

Maira Quee said...

wah!!pedas..kaw2 dah kena..like2..hahahhaa...

A.I.Z.A.T said...

intan.maisarah - ye ke? thanks :)

A.I.Z.A.T said...

Maira Queen - 'siapa yg mkn cili, dia yg rasa pedas' ;p..thanks btw

Unknown said...

uits....mengganas nih...
Emmm...betul jugak kan aizat...sekurang2nya tgk dulu lirik sebelum suka2 nk suka lagu tu...

=)
pekabar aizat?
harap sihat selalu
SELAMAT HARI RAYA

A.I.Z.A.T said...

ELeEa - salam..awk apa kaba? saya ok jek, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN ye.. lama ar tak nampk eleea..

btw - ganas ek? ehehehe, sorry kalau ter-kasar..ni sbb ter-geram ar.. ehehhehe

maizatul shahira said...

salam neiy saia nak comment jap ea...saia ta kenal abg n ta tau larh umo abg kan saia abg lagi tua dari jadi sebagai manusia yang berbudi bahasa kena larh pangil abg...niey nak bagi au sikit....apa hak abg nak marah-marah sapa-sapa yang suka lagu..saya niey tader larh suka shangat lagu..tapi kenapa abg nak marah-marah pasal lagu niey..apa hak abg tader hak kan..jadi tayah nak membebel pasal benda niry okeyh...wasalam maafkan saia jika terkasar bahasa..n satu lagi ini kan cuma lagu jerk bang bukan betul pun..

A.I.Z.A.T said...

maizatul shahira - awak tu nak eja 'saya' pun tak pandai.. tak payah la nak sibuk-sibuk kenapa aku tak suka ke, aku nak marah2 ke.

ada 10 orang sokong aku, kau sorang je tak sokong,ok..aku ikut majoriti je, eloklah kau tu gi habiskan sekolah, pastu belajar rajin2 daripada konon nak jadi 'pembela' artis..

btw - blog aku, hak aku lah..ada aku mintak duit kau bayar line internet aku? takde kan? ok bye.. Assalamualaikum wbt..

haikal said...

minah nie bdak tadika gamaknyer bro... biasa laa... panas bontot la.. feveret artis kena hentam.... ntah2 minah nie pun jenis gedik2 gak... pape pun bro,... blog nie plg mantap n suke gler bro... byk fakta dari membohong...chill bro...

cikki said...

tah ape ape.. nampak sangat budak.. sbb type perkataan 'niey' jap saya (walaupun type saia) jab jab au (mungkin aku)

Adik Maizatul Shahira :
kalau suka tak perlu la comment.. duk dendiam.. jangan hulur tengkok di sarang naga yer.. kamu silap tempat :)

akulensa said...

maafkan saia bhang..

bangang siot budak sekolah ni..ko xyah ajar dia paham lirik zat..mmg dia xkan paham..eja saya pn dia failed..

Ya Allah..selamatkan anak aku dr jd betina mcm ni..

Anonymous said...

sgt setuju..lagu ni patut di-banned!!! p/s: byk sgt budak2 skrng fail ejaan bahasa melayu... naik pening+nak muntah kalau terbaca mana2 entry diaorng kt blog2..

Anonymous said...

"n satu lagi ini kan cuma lagu jerk bang bukan betul pun.."

bila lagu nasyid..tau pulak yg lagu tu membawa kepada kebenaran..bila lagu yang tak senonoh cakap tu lagu je la pulak kononnya, tak bawak pape makna..sungguh bias..

adik..jgn ckp pasal hak kalau baru hidup dan baru nak belajar mengeja ok..

dan jangan tulis 'saya' as 'saIa'..it's so annoying u know..

*sigh*

Anonymous said...

haha aku pun baru je tengok lirik dier memang tak leh jadi ikutkan. aku setuju dengan pendapat tu. Lirik dia menceritakan minda remaja perempuan serta masalah sosial pada masa kini tak kira tua dan muda sebab ramai penyamar kan. Lama gak aku cari orang yang nak bantai lagu nie haha akhirnya ada jugak ye. OOOO (macam tarzan). Apa pun itulah lagu budak sekarang. Zaman aku dengar black metal lagi layan maaa hahaha

Anonymous said...

Kau nak ikot jiwa kau je,macam la dekat dunia ni semua nak kena ikot jiwa kau tu, kalau kau tak suke lagu tu kan senyap2 je sudah, ape pulak hak kau nak maki hamun lagu die orang,punye banyak lagu,lagu ni jugak kau nak pertikai kan, kau punye pemikiran cume ke arah situ je, nape kau tak interview je tuan punye badan, baru la kau boleh pertikai kan, ini tidak main terjah saje. ~apekjepon~

A.I.Z.A.T said...

To Anonymous yg anta kome 21/9 - 6.23am kat atas ni =

beb, ada aku cakap ke dekat dunia ni semua nak ikut jiwa aku? tapi ni kan blog aku, sukati akulah nak suka senyap2 ke, nak suka bising2 ke.. Yang kau pun tak suka aku bising2, kau sendiri bising2.. diam jelah ok kalau taktau apa2..jangan nak sibuk hal orang..kurang2 aku tak sorok nama aku, takde guna nama 'Anonymous' mcm kau lah..idiot!

Anonymous said...

kau tak hormat org, mcm mne la org nak hormat kau.pandai..!!!!! ~apekjepon~

A.I.Z.A.T said...

kau pergi la hormat mak ayah kau dulu, pastu baru la kau nk cerita psl hormat2 ni kat aku ye..aku takde nak mintak hormat ke apa, ni pandangan jujur je.kau suka ke tak, itu aku taknak tau ye apekjepon..

apekjepon said...

hehehe mak ayah mane la ade terbabit dalam ini hal, ap la ko ni.Tapi kan ko rase patut ke ko kutuk budak ni dgn lagu die sekali,jangan berfikiran sempit sangat,aku bukan nye nak bele sangat budak ni tapi tak patut la kau kutuk sangat die dgn lagu die tu,kau komen2 pasal lirik die yang mcm tu tp kenape kau wat mcm nie plak,,kan x elok,malahan berdose lagi mengaibkan orang,mengutuk2 orang.kite ni jgn la sempit sgt berfikir.aku bukn ape cume nak kau sedar je ap yang kau buat,kalau x suke pon jgn la ko bodoh kan die,caci maki die,die tak ade wat slh ape2 pon kat ko kan,,hehehe (:

Anonymous said...

hakikatnya, budak2 remaja skg mmg hancur perangainya. itu lah realiti.

Ibu Siti said...

entry berani mati nih..hahahaa..banyak soalan banyak juga jawapannya...mula2 dengar dulu mmg rasa nak sepak (read as say park) penyanyi nie..nyanyi senada je..camne la boleh jd artis..tak paham..kalau dgr interview dia dgn DJ hotfm, lagi nak pitam..lain dj tanya, lain dia jawab...budak2 x abes skolah pon dah boleh jadi artis skang nih..

daniel hadlin said...

Suatu masa dahulu ko minat lagu STAN eminem feat DIDO... Ko pon peminat Eminem... Cer ko kupas lagu dia plak!! Hahahah.... Tapi aku sokom ko! Penyanyi nih mintak kener say park!! Nyanyi cam hamjadah!! Tapi nak bising2 pon lagu dia ngetop walau takda jiwa (soul)... Sebaik ai tak layan mainstream... Cuma satu kita melayu.. Sindir tapi tetaplah bersantun... Kau tiau minah tuh ok.. Cuma try pakai bahasa cantik2 dan indah,.. Kompom lagi tersipu2 pnya minah tuh kener... Entry nih memey dissing to da max...

Daniel Hadlin!!! Yang tulis sbg tanda sokongan!!!

Oh yer kepada anonymous kat atas.... Suker ati lah mamat nih nak tulis apa kat blog dia nih... Internet bill dia bukan kau yang bayar!

A.I.Z.A.T said...

To *Anonymous

hakikatnya, budak2 remaja skg mmg hancur perangainya. itu lah realiti.*

"Sama-sama kita doa moga keturunan kita tidak hancur perangainya.
Insya Allah"

A.I.Z.A.T said...

Daniel Hadlin -

Bro, terharu aku tengok ko komen kat sini sebagai tanda sokongan. Tapi bab eminen tu. ahahahhahahahha, ko ingat lagi ek? cayala.. Cumanya eminem tu mmg orang barat, tak heran la lirik dia camtu.

Ini bangsa melayu sendiri, kecoh nak buat2 macam style omputih, secara tak sedar, menggalakkan bebudak skang buat bende bukan2. Patutnya manfaatkan FB untuk senang discuss study ke, nak cari kawan lama2 ke, ni tak, suhnye becinta, jumpe pakwe..adoiii..

Aku bukan saje sindir kasar2 camni danel, cuma dlm pemerhatian saya kan, kalo tulis elok2 dan bersopan santun, dari sudut psikologinya - akan hanya buat orang bosan nak baca..

ahahhahah, takdela. ok next time saya cuba bersopan santun ye bang danel..even saya benci kat mereka yang cuba2 jadi artis walaupun takde bakat LANGSUNG..

takpe daniel, ko jgn marah budak tu, dia tak sedar yg dia secara tak langsung menaikkan trafik blog ni..ahahahahah..

Salam

A.I.Z.A.T said...

Ibu Siti - wahh, ni mem abang acid ni.. thanks masuk blog ni ye btw.. lagu ni memang tahpape, kalo akak memula dgr je rasa nk sepak. saya setiap kali dengar, rasa nak muntah.hahaha

mungkin telinga saya ni tinggi citarasanya, tak kisahla berani mati ke apa. hanya menyuarakan ketidakpuashatian saya je kak.. saya mmg benci artis takde bakat, pstu yang jenis nak cari glamor je..podahhhh, puihhhh..ahhahahah

Anonymous said...

berani kerana benar..sebar kan,,sy agak risau dgn masalah social skrg berhubung dgn media n hiburan skrg..selitkan skali unsur islam,insyaAllah. sy doa kan saudara terus tegar dijalan yg benar.

Azlan Strider said...

hahaha..btul gak ape yang ko cakap tu..at first memang aku pun tak suka..tapi lepas beberapa perbincangan ngan member2 ktorg find out yg lagu nie memang tak sesuai utk budak sekolah..tapi dalam lirik tu rasanya xde ckp yg dia tgh sekolah..kalau penyanyi yg lebih matang nyanyi mungkin presepsi kita lain..

anywat terpulang kepada diri sendiri untuk menilai buruk baik lagu nie...

Regards,
-Strider-

A.I.Z.A.T said...

Azlan Hasan - hehe..btol lan, aku dah check..dalam lirik tu takde gtau dia masih bersekolah..cumanya, pendengar lagu tu je yang kebanyakannya terdiri dari budak sekolah. lirik tu pun tak sesuai sangat untuk budak2 melayu kita yang sememangnya dah teruk tu.

Btw - ni personal opinion je, hanya bagitau apa yang aku rasa betul.. hehe..p.s - lagipun lagu ni tak ada kualiti la lan, sumbang mambang nye nyanyi..nak2 bila live..grosssss

mohd yus said...

esok ada live kat AJL....
lagu yg langsung TAK LAYAK jadi lagu.

mmg betul.kalo yg lagu Eminem ke, LP ke, Korn ke, apa2 yg barat tu, lantak r. tu bangsa lain. yg pesen dgr pun xbrpe nak paham. kne tgk @ cari lirik, baru r phm apa yg disebutnya.

ni, lagu yg dlm Bahasa MELAYU/MALAYSIA. yg sememangnya bahasa kita yg dok belajar, diajar dan mengajar smpai bila2. dah tentu2 dgn hanya mendengar kita dah bleh paham. kalo lagu BI tu, aku kurang sket. ada yg phm, bnyk yg xphm.

So, bila pemilik blog nih buat kupasan mendalam kat lirik lagu xde faedah nih, mmg terang, nyata, jelas yg mmg xde faedah. aku xkomen psl cara ia dinyanyikan kerana ia adalah kreativiti penyanyi tu. gaya dia is sempoi.bersahaja. ala-ala yuna.

tp sayang....lagu yg mmg xleh pakai.langsung x patut dijadikan lagu pun.

Anonymous said...

semoge allah terangkan la hati mereka ini semue...amin...
tidak baik mengate belakang tampe tindakan...

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates