Thursday, July 18, 2013

Ramadhan - dulu dan kini

Kenangan bersama akak dan arwah Abah di Majlis Kahwin cousin di Sri Gombak - 2011


Assalammualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh,

Hari ini dah masuk 9 Ramadhan 1434 bersamaan 10 Julai 2013, sekejap je rasanya. Amacam ibadah puasa kawan-kawan semua? Ok ka? Harap semuanya baik-baik aje dan moga kita semua mendapat syafaat daripada bulan yang barakah ni.

Bulan Ramadhan kali ni ada banyak perbezaannya dengan tahun yang sudah. Buat kali pertama sejak tahun 2008, aku dan keluarga tak dapat menyambut Ramadhan kali ini bersama Abah yang telah pergi pada 19 March 2013 aritu.

Rasa janggal pula kalini, sebab sebalum ni. Bila bulan Puasa je, aku akan ke rumah akak kat ampang dan tolong belikan lauk dan juadah berbuka untuk akak dan abah, selalu gak aku berbuka puasa sekali kat sana kalau takde janji dengan sesiapa. Tapi tahun ni, semua tu hanya kenangan dan tak ada sehari pun yang aku kesal dengan meluangkan masa bersama arwah abah dan kakak aku kat sana. Malah aku bersyukur sebab aku dapat jugak luangkan masa untuk Ramadhan terakhir bagi abah.

Walaupun aku jarang dapat bersama rakan-rakan untuk berbuka puasa sama, tapi aku tak kisah sangat sebab bukan senang untuk aku luang masa dengan family sendiri. Dari aku sekolah dulu, aku selalu sorang sorang sebab semua ada hal masing-masing. Bila sesekali dapat rasa nikmat ada keluarga ni, aku panjatkan syukur Alhamdulillah tak terkira, dan bagi aku, nikmat ni 'priceless'.

Berbalik pada cerita aku tolong belikan juadah berbuka untuk abah dan kakak (btw - tlg beli je, ni semua duit akak ngan arwah abah), selalunya target utama untuk shopping ialah di Kompleks Muhibah, dekat dengan Taman Nirwana, Ampang sana. Memang banyak choice, tapi selalunya Abah akan mintak belikan tempoyak ikan patin, atau nasi kerabu/dagang, atau ikan bakar, atau nasi beriani. Arwah abah suka gak makan cempedak goreng, atau kuih 'Vade'.

Tahun ni, aku tak sempat lagi nak ke Bazaar Ramadhan kat Kompleks Muhibah. Tapi, apa yang pasti - mesti aku akan teringat kenangan gi beli juadah berbuka untuk akak dan abah sebelum ni. Siapa sangka yang perkara 'kecil' camni akan jadi memori indah untuk aku. Tak ada isu penat atau apa sekalipun, yang penting ialah aku sempat luangkan masa waktu tu dan aku bersyukur dan aku gembira.

Syawal nanti sure' akan jadi janggal sebab selalunya lepas je solat Sunat Aidilfitri, aku atau abang aku akan jemput abah dan akak untuk datang beraya kat kampung baru sebab sana ialah tempat utama untuk semua family aku berkumpul. Tak dapat aku lupa yang arwah abah selalunya akan lepak kat tangga dan borak-borak dengan semua yang ada, pastu anak-anak dan menantu akan layan dia, bawakan makan atau kopi sebab arwah abah kudung kaki kirinya (pada yang tak tahu), jadi agak terbatas pergerekannya.

Pernah sekali tu, aku rasa masa Aidilfitri tahun lepas, abah ajak balik rumah dia kat Ampang, sebab dia nak mandi. Yela, kat kampung baru tu, bilik air kami kat bawah, laluan nak ke bilik air dan toilet tu pun sempit. Jadi arwah tak berapa selesa la kan. Tu yang dia mintak aku bawak dia balik Ampang untuk mandi. hehe. Aku layan je, sebab kadang tu, bila rumah dah terlampau penuh dengan tetamu, aku jadik tak syok nak lepak rumah sendiri. Nak nak kalau yang penuh tu bukanlah dari family sendiri dan orang yg aku kenal. 

Selain tak dapat berpuasa dan beraya dengan abah dah. Aku juga bakal tak dapat menonton game EPL dengan arwah abah. Arwah memang sporting dalam bab tengok bola ni. Jangan kata bola, sebab abah banyak masa kat rumah akak, dia layan semua jenis sukan yang ada yakni Tenis, badminton (ni favorite dia) dan bolasepak terutama liga perdana Inggeris. Abah minat Chelsea dan Real Madrid, tapi sebab aku die hard fan Manchester United Fc, abah selalula akan turut sokong M.U kalau kami tengok game sama.

Banyak gak final bola yang aku sempat tengok dengan abah, aku tengok Final champions league yang M.U kalah tahun 2009 dulu, Final world cup 2010, Piala Asia yang Jepun menang dlm tahun lepas kalau tak silap dan banyak la lagi. Sekali lagi, aku bersukur sebab aku pilih untuk spend time dengan arwah abah walaupun aku sentiasa ada options yang lagi best. Hari ni abah dah tak ada, emm :( Tak ada lagi masa yang boleh aku luangkan untuk abah, cuma aku boleh doakan yang terbaik buat Arwah.

Wan Jaafar bin Wan Zaharin, abah saya - sentiasa akan berada dalam ingatan.

Al-Fatihah 

No comments:

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates