Tuesday, January 10, 2012

Minta Maaf Sampai Lebam



Ok, dalam hidup kita yang gilang gemilang, kita tidak lari daripada membuat kesalahan. Tiada istiilah 'manusia sempurna' dan sudah tentu sifat kesempurnaan itu hanya pada Allah swt. Membuat kesilapan atau kesalahan adalah perkara biasa, namun sejauh manakah tahap logik sebuah kemaafan itu jika terlampau kerap diberikan? 

Paling aku anti dan benci pada golongan macam ni. Mengambil kesempatan daripada penggunaan istilah maaf, sorry, apologize dan lain-lain. Meskipun meminta maaf adalah sesuatu yang mulia, namun kesedaran untuk tidak mengulangi kesalahan itu yang paling penting bagi aku. Kalau tak, maknanya orang yang minta maaf tu tak ada keikhlasan.

Maaf bagi golongan ini, hanya sebagai pelengkap. Bila buat salah, senang je. Minta maaf la lepas tu. Tapi lepas tu boleh ulang kesalahan sama. Yela, sebab salah aritu dah minta maap, bolehla buat salah lagi kan? Patut ke perkara macam ni dibiarkan? Aku fed-up, muak, dan jelik pada orang yang ada sifat macam ni. Pada aku, orang macam ni memang sangat-sangat BODOH!

Apa yang aku selalu perhatikan (tak tahu kenapa), orang BODOH macam ni selalu berfikiran yang orang lain sama bodoh macam dia. Memang cilaka orang camni kan? Kalau kau bodoh, tak bermakna kau boleh suka-suka bodohkan orang. Aku ada kenal orang camni, muka pun memang macam bodoh. Tapi aku ni bukan jenis pandang rupa beb. Cuma bila muka tu dah seiring dengan IQ. Apa nak dikata lagi?

Secara logik, kita minta maaf tu kerana kita betul-betul tak berniat untuk membuat kesalahan pada pihak lain. Seeloknya, lepas tu janganlah diulang kesalahan yang sama berulang kali. Contoh macam golongan yang tidak suka menepati masa la kan, asal berjanji je, mesti lambat. Dah lambat je mintak maaf. Setiap kali berjanji, mesti nak lambat. Memang sial la orang macam ni, taktau macam mana nak respect masa orang.

Orang yang tak pernah nak hargai perkataan 'maaf' ni selalunya orang yang sentiasa dengan alasan. Setiap perbuatan diselangi dengan alasan, sentiasa nak menyalahkan orang lain. Walhal, yang salah tu sentiasa diri sendiri. Sikit-sikit sorry, sikit-skit mintak maaf. Aku pun nak sorry sebab anggap ko bodoh. Kita semua benci orang macam ni.

Kesimpulan.

Minta maaf dengan hati yang jujur, mungkin maaf tu akan lebih bernilai. Semua orang ada perasaan, kau jangan nak berlagak bagus dan mementilngkan diri sendri aje, Sesekali, bila membuat kesalahan, cuba salahkan diri sendiri tanpa memberi alasan. Sebab 'maaf' untuk babi camni dah basi beb, tak ada nilai dah. Kau nak orang suka kat kau, tapi kau sendiri tak suka orang. Fikirkanlah wahai orang utan..daa



2 comments:

Azlan Strider said...

kalau bab masa dan lambat datang tu mmg patut marah tapi actually depends on the situation..ade sesetengah manusia yang lambat pick up untuk belajar sesuatu..dan untuk golongan macam tu kita sabar je laa everytime dia buat silap..sabar tu kan separuh dari iman..hehehe :)

Regards,
-Strider-

A.I.Z.A.T said...

betul tu lan. Cumanya dalam situasi aku ni, sabar tu dah tak relevan nak diaplikasikan..hehe..apapun, i'll try my best next time..terima kasih lan :)

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates