Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Kalau Bersahabat


Peringatan kepada diri sendiri. 



Kalau bersahabat, biar jujur. 
Berkawan tak kira masa susah atau senang. Bukan kawan bila perlukan sesuatu je. Bukan kawan ikut masa kau saje.

Bila kawan sanggup luang masa, jangan anggap remeh. Masa tu lagi mahal harganya dari emas. Cuba hargai mereka yang selalu meluangkan masa dengan kau. 

Bila berkawan, tak semestinya perlu luang masa bersama 24 jam. Tapi janganlah 24 jam kau beralasan tak boleh luang masa bersama. Bodoh apa kau ni.

Kita semua masing masing ada hidup sendiri, bersama keluarga dan rakan rakan lain. Sesekali, kita luang masa dengan mereka yang nak luang masa dengan kita. Bukan salah pun kan??

Cuba sesekali, hargai mereka yang menghargai kau. Bukannya setakat msg tanya khabar tu boleh buat duit kau hilang sejuta. Ni org panggil, budi bahasa. Pernah dengar ayat ni tak?

Berbudi bahasa ni bukan nak guna pakai masa kau nak mintak tolong, masa kau tersepit,  dengan org tua, dengan betina aje. Cuba praktik dalam hidup kau sepanjang masa.

Hidup JANGAN SOMBONG!  Bila kawan kasi nasihat, tu sebab dia ambik berat. Bukan sebab dia nak condemn kau aje bongok! 

Akhir kata, jadilah kawan yang menghargai kawan dengan sebaiknya. Jangan jadi kawan 'part time' yang hanya tau berkawan bila ada hal aje. Jangan ambil kesempatan diatas kebaikan kawan, dah ada kawan, jangan buat lawan. 

Kalau dah kawan, biar selamanya. Bukan bila nak pinjam duit aje. Kalau dah kawan, jangan asyik beralasan, kalau nak - seribu daya kan? 

Fikir fikirkan, renung renungkan. Apa guna akal fikiran kalau tak mau digunakan? Bukan marah, bukan melenting, cuma bagitau apa yang penting.

Kalau Tak boleh terima, tak boleh nak kata apa. Duduk diam diam saje ye. Mungkin nanti satu hari, kau sedarlah diri. Jangan bila dah terduduk, baru nk belajar berdiri. 

Jangan nanti kawan sejati dah lari. Baru la nak mencari. Masa tu kawan tu dh jauh pergi, tinggal la kau bersendiri, kau masih disini. Bahalol sampai mati..

Chowwwww






Monday, July 21, 2008

CERITA KAWAN

Dari kiri-Rusdy,Komeng n Aku & Duduk dari Kiri Bad n Jai


Kawan2 merupakan individu yang sangat penting dalama hidup aku dan juga semua manusia normal yang lain,jadi memikirkan tentang kepentingan kawan2 ini, kawan baik saya iaitu encik zai atau jai atau din telah mendapat idea untuk menceritakan serba sedikit tentang rakan2 baiknye dan die telah melantik aku sebagai penulis kisah ini..mungkin tidak semua kawan2 yang dikenalinya dapat diceritakan kerana jika memikirkan logiknya, mau ade dalam 50,000 jumlah kawan yang dimiliki, jadi dengan itu hanya dapat ditulis sebanyak 5 sahaja kisah kawan..Kalau ada masa lapang tu, tolong ar bukak blog akusorang untuk membaca kisah2 fantasi dan realiti tentang kawan-kawan baik aku iaitu Jai,Bad,Komeng dan Rusdy..semua cite ini ditulis oleh aku sendiri kecuali cite pasal aku sendiri yang ditulis oleh encik jai iaitu pemilik sepenuhnye blog akusape yang menjadi kegilaan para2 peng'download' tegar masa kini..sekian wassalam..ni die link blog akusorang

Wednesday, May 14, 2008

Teringat

Peza yg pki cap, seblah die rusdy,blkg tu jai..kanan tu aku




Tadi time ngah usha2 folder gambo2 dlm pc aku, aku jupe gamba time awal2 masuk kolej dulu..mcm hampeh sungguh bile tgk blk muke zaman2 pra sejarah dulu. .teringat lak first day orientation, aku time tu sangat agresif bercakap, abih sume orang aku bahan walaupun tak penah kenal pun sebelum nih..tapi aku bukannye nak cari publisiti murahan ke ape, saje jek ngaco2 bebudak tuh..haha..tapi pastu aku lepak sorg jek time break tu, then dah tak tau nak gi mana, last2 aku pun ikut ar sorang budak tinggi ni..nama die Mohd Feiza aka peza..masa dah turun lif tuh die tanya, "kita nk makan katne??, " pastu die jwb blk, "McD ke??" pastu dua2 ekor gelak, "hahahhahahhahahhah"..kuang ajo, tau2 jek aku takde duit tp masa tu die pn sama gak.. kire mmg serasi ar..hahah..pastu die ajak gi hisap rokok, aku pun ikut ar dengan selamba.. then time kat luar tmpt parking moto tuh, die pun bakar rokok sambil pelawa aku..pastu aku just angkt tgn tanda x nak..mcm iklan rokok tu "TAK NAK"..pastu die ckp "la, ko tak hisap rokok ke? dahtu nape ko ikut aku?" then aku jawab "tadi ko tak tanya pun, ko ajak jek hisap okok".hahhahahahahaha.. bengong.. budak ni still jadi bestfren aku sampai skang..dah 3 thn lebih kawan..susah senang aku ngan die..


p/s*thanks 4 everything bro..keje elok2 kat ganu tuh..ade awek lebih2 jgn lupe aku

Monday, April 28, 2008

KEKAWAN KOLEJ

Kawan2 kolej saya dulu terdiri dari pelbagai kaum adam dan hawa, mereka sangat best.antaranya feza, linda, apis, am, syamoi, syacurl serta elina(hahahahah). terutama myra yang sering menghiburkan hati duka dan lara, walapupun slalunye die yang duka dan lara..masihku ingat kejadian dimana dia ilang dan dijumpai di blakang pintu toilet disabled sebab die frust. hehe(jgn marah puan myra, awak tuh da tua)..apepun aku rindu sume kekawan mahupun lecturer kat sana..




dari kiri (linda, myra-tudung itam-, feza dan am serta aku yg belakang)

inilah budak myra (dia paksa letak gamba dia,hahah)

geng lelama
Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates