Showing posts with label Lagi Cerita Abah. Show all posts
Showing posts with label Lagi Cerita Abah. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Abah

Al- Fatihah untuk arwah abah
 
 
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebosanan paling agung, kat tempat kerja, yang syoknye – tak berapa nak ada kerja. Ada masa sibuk, terlampau sibuk. Nak gi toilet pun tak sempat kadang- kadang tu. Tapi bila dah tak ada kerja, well. Memang teramat la banyak waktu terluang tu. Kat opis ni, antara aktiviti ‘standard’ yang sering dipraktikkan tatkala tiada kerja untuk dikerjakan ialah :

  • Online sampai lemau
  • Online sampai lemau sambil mendengar lagu
  • Menonton movie
  • Tidur (hanya diaplikasikan oleh sesetengah pihak)
 
Oleh kerana keadaan wifi yang tidak mengizinkan, maka terpaksalah saya mencari aplikasi Microsoft word yang saya tidak pasti akan kewujudannya di dalam laptop ini. “Ada la!!!” - teriak saya dalam hati tatkala menjumpai perisian standard 1Malaysia itu. Setelah itu, saya mula mengorak langkah dengan menaip warkah untuk dimuatnaik pada blog saya.

 
Ya, saya ada blog. Masih wujud lagi (saya dah periksa tadi). Cumanya, dah lama tak dikemaskini dek kesibukan melampau (kononnya). Hari ini, pada tarikh 8 May 2013, Khamis, bersamaan 14 Jamadil Akhir 1434. Tahun 2013, emm. Baru je 5 bulan berlalu bagi tahun ni, akan tetapi. Bermacam perkara sudah terjadi. Suka, duka, berjumpa, dan berpisah.


Bermulanya Januari 2 tahun ini, saya memulakan pekerjaan baru di YTL Communications. Alhamdulillah, setakat ini semuanya OK. Walaupun gaji yang aku dapat, bukanlah gaji yang ‘paling banyak dalam dunia’, sekurang-kurangnya ada la sumber kewangan . Persekitaran yang ala kadar, tapi ada rakan sekerja yang berkaliber (kot).


Antara rakan sekerja yang berada dalam team Pre-Configuration ni ialah


· Amir

· Azim

· Farihah

· Jerry

· Yogen

· Kashan



Apa yang saya kagum pada mereka ini ialah, walaupun mereka masih muda, jika nak dibandingkan dengan saya yang jauh lebih muda (cover line), tapi mereka tampak dan memang matang atau ‘matured’ di dalam bahasa inggeris. Ada antara mereka yang mempunyai tahap kelakar yang tinggi, sesuai dengan kondisi saya yang memang sentiasa ‘serius’ ni. Pendek kata, saya gembira kat tempat kerja baru ini.

Masa memula saya melangkah kaki di opis ni (2 Januari 2013), ayah saya baru je masuk wad, sekitar hujung disember. Saya bersama kakak yang menghantar waktu tu, ayah saya yang dipanggil ‘abah’ waktu tu masih sihat. Cuma pada masa tu, dia mengalami luka di bahagian kaki. Al maklumlah, dengan keadaannya yang ada penyakit kencing manis, sangatlah sukar untuk luka-luka itu sembuh.


Abah berada di hospital lebih kurang 3 bulan, masa kat wad dermatologi, luka di badan abah dah hamper pulih, kalau sebelum tu, kedua belah tangan penuh dengan luka, tapi selepas hampir sebulan dirawat, ada banyak perubahan. Luka-luka tadi pun dah kering. Abah saya tu peramah orangnya, dia tegur semua orang kat hospital tu. Tak macam saya, saya ni pemalu orangnya. :P


Dalam tempoh 3 bulan abah di hospital, akak dan abang saya yang selalu menjenguk abah. Saya pada waktu tu, datang melawat bila ada kesempatan je, saya sentiasa cuba untuk datang biarpun untuk tempoh yang singkat. Tapi saya mengaku, ada juga waktu yang terluang, tapi tak dimanfaatkan untuk melawat abah saya atau nama betulnya – Wan Jaafar bin Wan Zaharin.


(Ok, air mata ni tak dapat ditahan lagi, tapi saya cuba untuk meneruskan cerita ini).


23 tahun lepas, tahun 1990 ialah tahun dimana abah saya ditukarkan untuk bekerja di Gua Musang, Kelantan. Saya yang baru bersekolah tadika pada waktu tu, tak berapa nak paham akan situasi yang sebenarnya saya alami. Maka bermulalah tempoh hidup saya tanpa seorang ayah. Maksud saya, tak sentiasa ada ayah, memandangkan abah bekerja di luar Kuala Lumpur.


Masih segar dalam ingatan, aku dan abang ke Kelantan untuk meluangkan masa dengan abah. Oh ye, abah saya ialah seorang anggota polis. Sebelum bertugas di Balai Gua Musang, setahu saya, abah pernah menjadi anggota F.R.U di Pulapol, kemudian bertugas di Bukit Aman.


Meluangkan cuti persekolahan di Gua Musang, Kelantan bukanlah sesuatu yang sangat happening, sebab. Yela, kat sana mana nak ada kawan-kawan nak main bola ke, lepak-lepak ke. Ada kenal pun sorang, tu pun sebab dia abang kandung saya. Hehe. Sepanjang masa kat sana, Abah macam biasa, sentiasa busy dengan kerja, selalu takde kat umah.


Kerja sebagai pegawai polis ni kan tak ada ketentuan masa, jadinya. Jaranglah juga dapat meluangkan masa dengan abah, tapi masa tu aku taktau apa. Just followed the flow’ je, kalau ada – adalah. Kalau tak, nak buat macamana Oleh kerana era tu ialah era VCR, makanya, saya dan abang saya - Fezz rajinlah ke kedai video untuk sewa VCR. Dah tu nak buat apo, masa tu mana ada FB, jangan kata FB – masa tu internet pun tak berapa nak kenal. Hehe.



Mood Berangan – “Kalaulah masa tu saya ada blog ni, mesti dah banyak cerita yang saya boleh update ”.



Mood reality – “Ok, masa tu belum wujud era internet, so.. Tengok jela video cite Cina yang Jet Li berlakon tu”.


Kesimpulannya, kalau bercuti sekolah kat Gua Musang pun sama macam kat KL. Sebab, bukannya dapat jumpa abah tu, dia pun busy je. Ada juga sekali sekala masa saya sekolah rendah dulu dimana, abah datang KL, pastu dia akan jemput kat rumah. Tapi apa yang saya ingat ialah, abah tak pernah masuk dalam rumah bila dia datang. Cukup sahaja dengan panggil dari luar pagar.


Dalam pada abah datang KL tu, ada juga time yang mana dia janji nak datang, tapi tak datang. Oleh kerana saya kan ‘selalu’ sangat jumpa abah, bila tak dapat jumpa dia tu, saya selalu gak la melalak, meraung, dan mengamuk. Haha, syaitan sungguh saya waktu itu. Sampai ada satu hari tu, saya yang masih kanak-kanak macam hysteria, pastu siap marah mak saya yang baru balik kerja.


Mak saya masa tu kerja kat The Mall, tau tak apa itu The Mall? Yaohan tau tak? Taktau ke, ape ke rendah IQ kau ni ha? Hahaha, takdela. The Mall yang depan PWTC tu, kat situlah mak aku kerja. Kebiasaannya mak akan masuk kerja dalam pukul 10am, balik pun dalam 10pm. Bayangkan, bila mak balik kerja penat-penat malam tu, dengan saya macam kena rasuk sambil melalak, dan menyepahkan rumah yang selalu bersepah tu. Haha..


Ok, tu masa saya kecik la kan. Masa kecik yang penuh tragis, tanpa ayah (sebab dia kerja kat luar KL), tanpa mak (10am-10pm, sebab dia kerja, balik lambat). Masa tu akak saya study kat UKM, dia pun takde kat rumah, abang saya yang bob tu – dia dok kat Gua Musang dengan abah. Ada pun, abang fezz, tapi masa tu dia dah tahap remaja, jadi dia selalu dengan member dia.


Saya? Saya kawan dengan diri saya jela sepanjang kat rumah. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya berseorangan. ‘Aizat tak kisah’. Rutin harian masa weekdays ialah bangun pagi (tak berapa nak pagi kalau sekolah sesi petang), masa bangun tu selalunya mak saya dah gi keje, pastu dah gi sekolah, balik petang – rumah masih lagi takde orang. Malam, saya dah nak tido, ataupun adakalanya tu, dah tertidur, baru mak balik,


Walaupun saya tahu mak saya keluar bekerja waktu tu, tapi. Masih juga rasa tak syok sebab selalu ditinggalkan. Mungkin sebab tu, bila saya dah meningkat remaja (masih remaja sekarang ini ye), saya paling tak suka ditinggalkan. Baik dari pihak keluarga ataupun para sahabat, saya taknak langsung ada perasaan kena tinggal. Benci, bonci, tak suko, semuo ado..


Kehidupan kat Kampung Baru pada tahun 90an adalah sungguh mengasyikkan, dengan rakan-rakan sepermainan yang terlampau ramai. Aktiviti harian anda sungguh penuh dan sibuk sentiasa. Zaman mula berjinak nak main bola masa darjah 4 dulu, memang sentiasalah dengan bolasepak. Kalau cuti sabtu dan ahad tu, siap ada lawan bola sesi pagi, pastu sesi petang. Dahla friendly 2 kali sehari, lawan team yang sama lak tu.


Tah apa-apa ntah la masa tu bila dipikirkan balik. Tapi, memang syok. Hari-hari depenuhi aturacara meriah, main bola, main video game, gi jalan-jalan dengan kawan, main bola, tengok bola. Ha, masa tahun 1994 tulah juga saya mula mengikuti perkembangan Manchester United, nak nak pula waktu tu ada Eric Cantona yang menjadi kegilaan ramai muda mudi termasuk saya pada masa tu. Dengan kolar baju dinaikkan, ala-ala pailang. Kehebatannya menjadi contoh pada anak muda di sekitar Kampung Baru by that time.


Tahun 1994, sebelum ‘Manchester United’ menjadi kegilaan. Tahun itu juga ialah tahun saya bertukar sekolah. Dari sekolah Jalan Gurney 2, ke Sekolah Keb Jalan Raja Muda 2 (SKJRM2), maka waktu itulah bermula transformasi dalam hidup saya. Di SKJRM2 itulah bermula titik tolak dimana saya tahu erti mempunyai geng yang sekepala, dan waktu itu juga saya mula mengenali erti persahabatan sejati.

Sebab utama saya mula meminati Eric Cantona ialah kerana saya berkawan dengan seorang yang bernama Mohd Haidar bin Hamdan, dia pun tinggal kat Kg Baru waktu tu, oleh kerana saya rapat dengan dia yang juga rakan sekelas saya masa darjah 4 & 5. Dia terlebih dahula menyokong Manchester United dan Cantona, saya yang pada mulanya tak berapa nak heran, akhirnya terjebak dengan aura Cantona yang terlampau dahsyat (sampai skang masih terasa aura tu, power tak??)


Sampai la sekarang ni, dah masuk 19 tahun saya menyokong Manchester United. Terima kasih banyak kepada Haidar sebab memperkenalkan saya pada bolasepak dan juga Man United sendiri. Memang dari kecik, saya dah sokong, sebab tu saya obsess sampai sekarang ni. Sebab tu juga saya menyampah dengan segilintir masyarakat hari ini, dimana mereka suka menghentam, suka bercerita pasal bola, walhal taktau apa-apa pasal bolasepak. Lahabau!


Selain Haidar, ada beberapa geng lain yang rapat dengan saya masa tu. Kesemua mereka tinggal di Kampung Baru ye, harap maklum. Ada Eza Hamni, Fadhil, dan Badrill. Yup, Mohd Badrill bin Samsun ialah rakan karib saya dari kecik dulu, hingga ‘remaja’ kini dia masih kawan rapat saya. Dari sekolah dulu, dialah yang mendengar cerita saya, main bola bersama, lepak dengan saya.


Bari je semalam (Khamis, 25 April 2013) kami lepak minum sama. Ehehehe.. Bukan mudah nak cari sahabat sejati yang sanggup nak bersusah payah bersama. Setakat kawan masa nak tengok wayang, gelak-gelak tu ramaila. Bila waktu susah, sedih. Ada berapa kerat je yang sanggup nak setia bersama. Walau bagaimanapun, aku bersyukur sebab dikelilingi sahabat yang selalu ambil berat.


Berbalik pada cerita Abah tadi, seperti yang sedia maklum. Pada tanggal 19 March 2013 yang lepas, tepat jam 8 pagi, Abah telah kembali ke rahmatullah. Dalam pada kesedihan dengan pemergian Abah, kami sekeluarga redha dan tetap bersyukur kerana apat meluangkan sedikit masa kerana arwah abah sempat tinggal bersama kakak kat Ampang sejak dia tak sihat pada 2008.


Walau pada dasarnya, saya bukanlah individu yang paling rapat dengan arwah abah. Namun 5 tahun tempoh bersamanya, banyak kenangan yang berbekas di dalam hati. Ada masa gembira, ada masa berduka. Saya redha dengan ketentuan illahi, redha dengan pemergian abah. Namun ada juga terpalit sedikit terkilan sebab saya ada buat salah kat dia, ada marah abah masa hayatnya.


Masa minggu pertama abah meninggal, saya tak boleh tahan nak menangis tiap kali selesai solat. Sebabnya, saya teringat masa abah selesai solat, dia akan doakan yang baik-baik untuk semua anak-anak dia. Itulah abah, walaupun ada setengah orang rasa, doa tu bukan perkara besar, tapi bagi aku. Itu adalah perkara yang penting kerana aku nak mak ayah aku doakan aku, aku nak redha ibubapa.


Mungkin abah tak ada harta, rumah, mahupun kereta mahal untuk diberi kat saya, tapi cukuplah doa-doa arwah abah masa hayatnya untuk saya. Cukuplah untuk saya tahu yang abah juga sayang akan kesemua anak-anaknya. Walaupun tak seberapa masa yang diluangkan, saya tetap bersyukur kerana apa yang diperjuangkan untuk abah selama ini berbaloi.


Abah melalui perubahan yang ketara, yang penting – di akhir hayatnya, dia bersama keluarga kami. Dia bersama kakak yang sentiasa menjaga, melayan kerenahnya, walau ada antara adik beradik kami yang tak sudi membantu, walaupun sekadar bantu membelikan makanan untuk abah. Tapi abah jarang nak ambil hati. Apa yang paling aku hormat pada sifat abah ialah, dia tak pernah marah.


Kalau bercakap pun lembut tutur katanya, tak macam saya. Saya ni cakap pun kasar, pastu pemarah pula. Abah lain, dia penyabar sangat. Susah nak tengok dia marah. Ada juga satu dua kali saya bertengkar dengan abah, tapi dia tak marah pun. Siap dia minta maaf lagi kat saya, aduh. Tahu tak betapa menyesalnya saya??


Menyesal sampaikan tiap kali lalu kat highway AKLEH, saya akan teringat tiap kali lalu situ untuk ke ampang, rumah akak dimana abah tinggal bersama. Lalu je situ, saya akan teringat tiap kali ke Ampang untuk belikan makanan untuk abah dan sampai harini terngiang ngiang dalam kepala saya - abah duduk di sofa, sambil tengok tv. Ataupun dia sedang solat, membaca al-Quran.
 
Tiap kali saya teringat abah tu, ada perkataan yang sering saya ungkap, “abah, adik minta maaf, maafkan semua dosa adik kat abah”. Saya mesti syahdu kalau teringat kat arwah abah, kadang tu saya menangis kat atas motor, menitis air mata selepas solat. Saya tahu saya banyak salah kat abah, Cuma saya harap abah maafkan semua dosa saya padanya.


Kesimpulannya, ambil iktibar dari kisah saya ini. Tak rugi buat baik pada ibubapa sementara hayat mereka masih ada. Kalau ada buat salah, minta maaf cepat-cepat. Luangkan masa anda bersama mereka kala masih berkesempatan, sebabnya kita tak tahu bila masa mereka akan meninggalkan mereka, kita pun tak tahu bila ajal kita. Gunakan masa anda sebaiknya ye.

Don’t treat things for granted – especially if its involved your love one.



Assalamualaikum wbt






Saturday, March 9, 2013

Berita Terkini

Salam semua. Minggu lepas ayah aku dah keluar dari wad, setelah hampir 3 bulan dirawat kat Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dah boleh balik rumah. Cuma masalahnya, dia dah tak sihat macam dulu. Kalau sebelum ni boleh berjalan, bercakap dan makan. Sekarang ni hanya mampu terbaring. kalau bercakap pun dah tak larat, cakap slow pastu sambil tutup mata.

Selera makan pun dah tak ada, kalau dulu tu selalu bantai makan nasi lauk ikan patin, skang ni nak jamah biskut pun susah. Kesian lak kat akak aku, sebab kena jaga ayah kat rumah dia. Nak kena cari nurse untuk datang rumah, buat dressing bagai. Mohon doakan yang terbaik buat aku sekeluarga ye? Terima kasih wahai sahabat :)

Wednesday, July 15, 2009

Sapa Tak Berbulu beb

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, good morning;)

Aku rasa dah lama tak update blog ni,hehe. busy sket lately;) busy ek, bukan busy body.. aku mintak maaf kat kawan2 blogger sume sbb x smpat singgah blog korang n meng'komen, nanti ada masa, Insyaallah..'skang kol 6.40am, hari rabu.. kang kol 8am aku dah kene ada kat hospital besar KL, bapak aku ada appointment, check darah and so on..

Penat gak kalo gi hospital pepagi ni, sana parking dah ar susah, kalo ade pun jauh nak mampos dari tempat bapak aku nk jupe doc tu..tp xpe, xde hal, kire halal je ar, ni pun tanggungjawab.. Tapi aku bukan nk cite pasal tanggungjawab, atau pasal bawak bapak aku gi hospital(ada ar sket)..

Aku nk cite pasal situasi semasa bapak aku skang.jeng jeng jeng.. tahap kesihatan bapak aku, dah stabil, Alhamdulillah, kakak aku yg jaga dia kat ampang, dari bln 11 tahun lepas kalo x silap, dari masa dia dah start nazak sampai skang dah ok!!..

So, badan dah sihat, hati dah senang, maka bermulalah episod LUPA DIRI Bapak aku.. kenapa aku cakap lupa diri? emm, camni, sape yg penah baca pasal bapak aku sebelum ni mesti dah tau sejarah dia sbelum dia sakit..

Dia tinggal ngan bini baru dia kat Jugra sebelum ni, TAPI, masa dia dah start sakit teruk gila, sampai tak boleh nak jalan(sbb kencing manis), nak bercakap, nak makan sume xle, sbb dia dah teruk, baru la dia call akak aku mintak tolong.

Masa call tu dia cakap kat akak aku dia just "nak hidup", kira dia nk akak aku amik dia bawak gi HKL..tapi dalam masa yg sama bini dia kt Jugra tu, tak bagi akak aku datang sana, betapa ironiknya situasi masa tu..

Tapi lepas ade sorang kawan bapak aku yg dikenali sebagai Uncle Syamsuri, ikhtiar dan paksa gak nak bawak bapak aku dari Jugra, pempuan tu xle buat apa, sbb dia dah ar xnak jaga, bapak aku dah nyawa2 ikan, sedap je xnk bagi datang..Kimek!!

Akan tetapi, tu hanya 0.01% pengorbanan yg akak dan adik bradik aku yg lain buat kat bapak aku..yg lain xyah cite, sbb tu dah tanggungjawab kan..hehe..jadi, ape pendapat kawan2 sume, kalo skang ni sbb bapak aku dah SIHAT, dia nak balik Jugra, tinggal ngan bini SETAN' dia tu..

Kalau korang berada di tempat aku, atau lebih2 lagi di tempat akak aku, ape korang nak buat? korang nak bagi free2 bapak korang pegi sana atau camne? bebulu ke x? emm, itu la yg aku rasa skang ni..BEBULU, BENGANG, BENGKAK dan lain2..

Berbaloi ke nak lepas camtu je? pastu lak aku nak tanya korang lagi, kalo masa bapak korang sakit, dia dok ngan korang, ialah korang jaga dia, tp takde lak amik duit pencen dia(yg x seberapa tu).Taopi satu hari korang tau bapak korang punye la sial, bagi duit kat pempuan yg x penah jaga dia..

Sekali lagi, ape korang nk buat? macam bapak aku ni, dia siap ckp "kesian" kat pempuan tu, yg orang lain ko x penah tanggung, bagi duit selama ni xde lak ko nak ksian.. aku bkn la nk ckp pe, tapi spanjang dari tahun 1990 sampai 2009, aku skola rendah, menengah, kolej, satu sen babi pun bapak aku x penah bag..bagus x??

Skang dia nk ksian kat orang. magic X? aku memang bebulu tahap gaban skang ni, namun dalam situasi camni, aku xde hal nk anta dia g spital, ke ape lancau, yg penting aku buat part aku.. dan aku kesian kat akak aku yg penat jaga, abis duit sume..

So tolong ar bagi pendapat ke nasihat kat aku, sebab aku sangat tension yg amat sangat, rasa cam nak tinju muke orang pun ade..inilah nasib, nak xnk, kene terima dengan redha, dan tolongla doa2kan bapak aku, moga tertutup pintu hati dia untuk tak balik Jugra..

Tapi kalo hati dia sendiri nak, tak dapek la sapo2 nak tolong.. sekian

Thursday, November 20, 2008

Balik Dah

Ni aku baru je balik dari hospital, abah aku dah kua.yahoo..merdeka..selamat hari raya, selamat menyambut hari kebangsaan dan lain2..hahah..tadi dari petang dah kua actually, tapi oleh kerana gi beli tongkat dan beberapa barang2 untuk abah..kami dah sampai kat umah akak aku kat Tiara Duta, Tmn Dagang.Ampang..sape nak datang mlawat,bole ar..hehe..xde ar..so doakan la sume selamat ye kepada sume kekawaan..doakan abah aku..moga korang dirahmati Allah swt sentiasa. amin, amin ya rabbal allamin..nati aku amik gamba abah aku k..daa..assalamualaikum..

Thursday, November 13, 2008

Kronologi Abah di Hospital KL

Salam..ape ke kabo korang sume? hehe..lame x jupe ye dak? huhu.. so pada hari selasa lepas
(4 Nov 2008) abah saya telah di'selamatkan' oleh rakan karib abah yg bernama pkcik Samsuri, yang merupakan rakan sekerjanya juga, abah dibawa dari Jugra secara 'paksa' dan sampai di Hospital Kuala Lumpur(HKL) dalam jam 2pm dan keadaan pada waktu itu sangat kritikal dan kakinya juga berlubang teruk kerana diabetis..dan dengan ini saya ceritakan serba sedikit runutan kisah aku dan abah di hospital..

(4hb Nov 08) Selasa

-2pm- Tiba di HKL dan terus gi wad kritikal, waktu ni nyawa dah 50/50 menurut kata doktor, darah dah ade toksin dan banyak la lagi

-7pm- Abah kene tuka gi wad kayu, tempat ni just transit sebelum pindah wad lain atau sblm operate..time ni die tak bape bole becakap sgt, mata pun x larat nak bukak kesan sakit kencing manis die tu..

(5hb Nov 08) Rabu

-12am- aku gi spital jaga abah,kire tido sana ar skali padahal x tido pun, bosan gile tp kire halal ar..aku x tido pun, tugas utama aku ialah bagi abah minum ubat..hehe..dan dalam pada tu aku bawak kamera utk amik gambo2 bukti kehadiran aku di spital pada aritu..hehe..nati tengok ok

-8.30am- Doktor kat sana tanya2 pasal nak potong kaki bapak aku, dia ckp kene cepat sbb dah kritikal dan boleh mengancam nyawa, tapi aku hanya ble jawab 'nanti abg, akak saya dtg baru bole decide, kalo saya yang sign 'agreement' potong kaki tu lain jadi lak..

-11am- Oleh kerana cukup 11 jam aku x tdo, aku pun balik umah kg baru untuk tido dan akak aku pun dah otw gi sana time tu..yahoo balik umah..malam ni abg aku, along tido spital teman abah lak

(6hb Nov 08) Khamis

-7am-Pagi tu ujan sikit, aku gi spital, amik along aku then anta die balik pastu aku sambung tugas utama aku kat spital iaitu baca suratkhabar bahagian sukan je..hehe, disamping bagi abah aku minum kalo die request..kacang je keje ni..wahahahah..

-2pm-akak aku datang then aku bole ar blah,yahoo..time ni kaki bapak aku dah belubang teruk, aku x sanggup nak amik gamba lubang tu, takot korang geli lak nati.bau nanah+darah toksah la heran, nasib baik aku selsema aritu..hehe..

-7pm- Aku dtg usha line jap, then balik ar tengok sume ok dan under control dan time ni abah aku dah pun sign untuk potong kaki dia, sbb die pun dah x tahan..die siap ckp kat sume orang kat kaki die "macam ada bom 3tan"..tah, tapi aku tengok pun seksa..so dijangka operate malam esoknya..

-1.30am-Aku ngah jalan2 ngan jai kat kg baru, baru balik makan n sblm tu gi spital anta air bemacam2 jenis..tibe2 dpt call dr pakcik aku iaitu paklang, gtau bini bapak aku yg setan kt Jugra tu nak datang amik die..berderau darah aku then trus grak sana nk tgk lahabau2 tu.. time aku datang tu, ade sorang pakcik kpala botak ni kat lua, aku tau die kaum setan' tu.aku marah die sikit je tnya nape dtg memalam,xle ke dtg esok je kalo nak tgk..baru maki sikit pakcik botak tu belah gi duduk dlm keta die,xtau nape..ape ar,ingat gangster..marah sikit belah..sudah ar! dalam jam 2am setan2 tu baru blah dan aku pn blk uma tido jap..


(7hb Nov 08) Jumaat

-8am-aku da kat spital, dgr cite setan tu nak dtg lagi, tu yang aku tunggu..time tu ade pakcik n makcik dari teluk intan dtg skali, besama paklang dan maklang dan juga rujsdi dan badrill iaitu member baik aku yg sentiasa setia bersama..hehe..time ni abah dah kene puasa sbb maybe malam nak operate..so xyah ar bagi minum,dah puasa ye dak?

-12.50pm- aku ngan bad nak blk kg baru jap, solat jumaat then lunch sambil merehatkan badan dan hati ditambah dengan keadaan cuaca yang hot pada hari tu

-2pm-akak aku sms gitau abah dah kene standby nak kene gi operate

-2.30pm- aku sampai je spital ngan bad, terus ambulan datang 'culik' die..abah siap pesan suh baca yaasin..keadaan waktu itu agak sadis dan touching sedikit..tapi ok ar..xkan nak gelak2 lak ek time bapak nk kene operate..ish ish..

-6.45pm-Alhamdulillah, operatin bejalan lancar tanpa kesesakan trafik mahupun kemalangan. hehe..dan bapak aku terus dipindahkan ke wad ortopedik tingkt 2, wad 4 dan katil 8 untuk proses 'rehab'.time ni kaki kiri die dah xde dari atas lutuk sikit sampai ar bawah.. ble ar tgk gmba.tapi aku amik time bebalut ar..so nati aku cite lagi ar kalo ade masa k..daa..


(8hb Nov 08) Sabtu

Bapak aku da ble borak2, dah bole bukak mata..so syukur Alhamdulillah



-TO BE CONTINUE-



H.K.L

Ni masa ari selasa, die bukan sedar pun

Ni lak kaki die pada ari yang sama

Ni Abah masa ari sabtu, lepas da operate kaki

Tu tangan Along aku, ngah main2 ar tu



Katil 8 : Wan Jaafar

Ni lak Rusdy n blkg tu Along aku

Monday, November 3, 2008

Sambungan Kisah Abah dan Misi Mustahil

Hari selasa lepas, abah dah belah gi balik umah die kat Jugra bersama pempuan sundal isteri die ar konon..jadi, semalam(ahad, 2/11/08) pada jam 9am, aku betolak ke jugra utk mlawat abah.. disamping berazam untuk bawak abah balik..sedara aku iaitu abg zali dan isteri-kak radhiah, along aku, abg fezz aku n akak aku pn ikut dan kami tumpang keta unser abg zali..Perjalanan lancar dan sampai kat Banting, adik kepada abg zali iaitu abg Rodi join nak gi ziarah abah..dorang ni actually sepupu jauh abah, tapi dorang ni rapat sangat ngan kami sume,sbb tu dorang sanggup dtg jejauh..mm dan jam 10.15 camtu kami dah sampai sana.. Alhamdulillah..

Nak sampai je rumah sundal' tu,ade ladang sawit, kolam udang, dan tempat ternakan kambing, sesuai dengan penduduk kat situ yang berperangai macam kambing dan buruk macam kelapa sawit..rumah kecik mcm hampeh dan kotor ya amat..sadis btl bile pikir abah aku tinggal kat situ.
Time tu aku x masuk lagi umah die, tgk dari lua jek..dah dtg tu, abg zali bagi salam, ade la pempuan x bape nak lawa, pakai sua pendek ngah sidai baju dpan umah sundal tu..die ckp abah xde, gi berubat kat Dengkil..pempuan tu menantu sundal tu kalo ikut cite akak aku..Pastu lak ade sorang ni, aku pun konpius die laki ke pempuan, tapi muke sebijik cam pempuan sundal tu, sama kecuali die ni hitam sikit dan badan pun besaaaaaa sikit dari sundal tu,confirm itu anak dia..bile ditanya abah gi mana, die jawab..tapi nada suara die memang cam nk mintak penyepak, cakap kasar, muke hodoh..ish ish..mak ngan anak sama je la kot..mak sundal,anak pun sial..
Bile call sundal tu,die cakap "nak abih dah berubat, nak balik dah"

So, hampa la kami, nak tunggu situ cam malas je..dah ar panas, memang la patut sundal tu dan anak2 nya yang tak hensem dan huduh duduk situ..training masuk neraka ar kot..hahah.. so kami pun 'chow' gi minum kat kdai dkat2 situ utk breakfast..kat kdai tu, call la sundal tu nak tanya lagi, die cakap lak "datang la sini(Dengkel), kami lama lagi"..dah cakap lain lak sundal ni..
babi!! so kami sume minum la cpat2 nak grak gi dengkel dan malangnya dah nak sampai ke Dengkel tu, si sundal tu call lagi, dan cube teka dia ckp ape lak?? die ckp "kami dah otw balik, jumpe kat umah je"..terima kasih banyak la pempuan sundal, ko berjaya menyusahkan kami sekali lagi.tapi ni sume dugaan, mungkin sundal tu x mengalukan kedatangan kami, mungkin die ingat kami akan patah semangat, tapi tidak pempuan setan..so kami pun patah balik dan gi umah sundal tu,oleh kerana belum sampai, kami lepak kat kdai goreng pisang yg tutup kat tepi jalan umah sundal tu..

Masa tu dah dkat jam 12pm,cuaca panas tapi berangin..alhamdulillah..so dalam 30minit tunggu abah, die pun sampai naik Hilux opis die..keadaan dia bertambah teruk kalau nak compare time kat gombak..kalo kat gombak die bole borak2, duduk atas weelchair..gelak2 sume..tapi semalam dia hanya larat baring atas katil, bercakap pun dah tak clear, mata tak larat nak tebukak..sedih sangat,tuhan je yang tau perasaan aku time tu..die makan pun tak selera, pastu lak, si sundal tu bagi makan quaker oat, tapi campur gula dan selambe je die ckp "ni letak gula sikit je, abah kamu bkn nak makan kalau xde gule"..weh,nampak sangat la ko ni nak naya abah aku.. dah tentu kene kencing manis, ape yang ko nak letak gula lagi..memang la sah ko ni bodoh sama macam kambing dpan uma ko..eeeee,geram btol..dengan keadaan abah yang dah teruk tu, dia still taknak ikut kitorang, padahal kaki die dah bertambah lebam..dengan kat situ, dorag yang jaga dia pun x mampu nak tanggung die..tapi dia degil..aku bengang, tapi takkan ar nak paksa..
mm..so dlam jam 1 kitorang gi bli brg2 makan utk abah, blikan mesin check darah..dan lepas je solat zohor kat masjid dkat2 umah sundal tu, kami gi smula..dan time tu dorang kat umah sundal tu ngah punggah2 barang2 atas hilux tu, katanya nak bwk abah gi mandi kat makam sultan abdul samad..MasyaAllah, ade gak lagi orang2 cmni hidup atas muke bumi ni,,kami nak larang tak boleh, sume kat situ mentaliti sama je..orang kampung yang memang percaya kat bende2 syirik camtu..camne?? ape nak buat lagi, elok amik pisau, tikam je seko2 kat situ..bengang tol!!
So oleh kerana kami dtg, tepaksa ar dorang tangguh event syirik dorang tu..

Dah nak balik tu, akak aku pesan kat abah "jangan tinggal solat, ingat Allah, ingat Nabi Muhammad", orang lain sume sama. sume tekankan jangan tinggal solat..kami sume sedih sebab abah knal orang2 mengarut camni, kami buntu dan hanya dapat doa..moga die sedar benda ni sume salah, moga die sembuh cpat..

p/s-korang kalo ade contact no sharp shooter ke,boleh ar bagi kat aku, rasa cam nak tembak orang la,boleh ke??

Tuesday, October 28, 2008

Lagi Cerita Abah dan saya mencarut

Asalamualaikum wbt kepada para2 hadirin yang dihormati dan kepada cikgu besar dan kecik, anak2 watan mahupun setan, yang elok, yang tak keruan, yang senyap, yang bosan..aku dah mengarut ar ni..Jadi, maka bermula lah cerita abah episod 2..jeng jeng jeng..tapi sorry la saya mencarut banyak dalam cite ni..sy tengah 'hot'

Hari kamis lepas, akak n abang aku gi Jugra nak tengok abah, katanya kene diabetis@kencing manis..then malam tu dalam jam 8 aku otw nak gi main futsal kat seksyen 2..aku lak kua lambat aritu,so kelam kabut ar bila dengar bunyi msg kat fon aku..dah ar aku yang bawak bola', mana ble aku lambat..dosa besar tu..hehe..Oleh kerana gabra, aku x baca pun msg tu, dan meneruskan perjalanan aku yang hanya mengambil masa 5minit dari rumah..nak dekat sampai tu, aku baru bca.akak aku yang msg, die ckp die bwk abah dtg sebab esoknye(Jumaat) nak bawak gi treatment kat gombak..lega aku rasa sebab bkn member2 futsal yang msg, tapi dlm masa yg sama tekejut ar sbb abah aku nak gak ikot dorang balik..

Malam tu lepas futsal, aku minum kjap then blk umah, abg aku suh jaga anak buah dmam, dia nak gi tengok abah kat umah akak aku (ampang)..lepas die balik dalam kol 12am, baru aku gerak ampang..tekejut aku tengok kaki die belubang bagai..aku tidur sana aritu, then esok pagi jam 9 betolak ke gombak..akak n abah aku naik teksi dan aku biasa ar naik superbike aku..eh silap EX5 class kaler biru..huhu..malu..

Bapak aku pun buat ar rawatan kat situ, nama tempat tu "Anjung Rahmat", n nama pusat rawatan tu "cure4you"..kononnya memang 95% yang buat rawatan kat situ, alhamdulillah la ok.
sebab tu ar confident je akak aku bwk abah..tapi die stay kat situ, dorang anggar dalam sebulan, so akak n abang aku pun beli ar barang2 cam air mineral, mop, baldi, sebab tempat tu agak kotor sebab takde orang jaga, yang pusat rawatan tu pun sewa tempat tu kat orang lain..so nak dijadikan cite, tempat tu kotor la, dan hanya ada 2 bilik dan katil serta tilam..oleh kerana pikir nak duduk sebulan, abang aku kesian ar kat abah,die belikan tv satu..tp tv murah je ar..
Jadi dari ari jumaat, sabtu, ahad kami semua adik beradik bertungkus lumus ar, beli itu ini, hantar itu ini kat tempat abah tu..alhamdulillah..

Alhamdulillah la, kelmarin orang pusat rawatan tu gitau, ibu jari ayah aku tepaksa dipotong, ok ar kot..daripada hospital kerajaan, die potong satu kaki..maybe abah aku risau nk kene potong dan ditambah pulak dengan hasutan 'bini' baru dia, die dengan selamba gi Dengkel semalam, dan secara x langsung, smlm xde ar buat rawatan kat gombak tu.die gi sana sebab ade orang cakap kat die, tmpat tu bagus la, ape la..hampeh sungguh..baru je 3 hari treatment, takkan la dah boleh ok kaki tu..nak sepuk, dia dah tua..abah aku cakap kat akak aku, die nak gi Dengkel, berubat kat sana, maka sume adik bradik aku murka la sangat bile dengar berita hot tu..mana taknye, baru je susah payah beli itu ini, bukanlah kisah pun kua duit, tapi kesian ar penat angkut barang2 tu pun tak abis lagi..ni dah nak balik..aku tau abah aku, die msti dengar ckp orang, sebab tu die ubah fikiran..dan dalam otak aku, aku memang tuduh bini'baru dia yang babi tu..sebab die je yang ada sana 24jam..pundek ar..so bia je ar..

Malam tadi, dengan hati yang panas..aku gi sana, abah baru smpi dari dengkel, tengah makan dengan kaki die balut guna beg plastik..tu lagi ar keje bangang.konpom ar 'bini' dia yang bodoh tu punye keje..pempuan tu bkn main lagi selera makan..oleh kerana 'panas' hati, aku wat dek je dengan orang2 yang ada kat kdai makan tu, aku just salam abah aku sambil buat muka garang.. hahah..jahat kan?? abah suh aku minum, aku ckp je "tak payah!!!" pastu sundal tu suh makan, aku geleng2 kepala sambil mata tak tengok dia..hahah..duduk je, aku tanya ar abah dengan nada yang agak perlahan "abih kalo kat dengkel, camne kitorang nak gi tengok abah?? dah jauh ar, susah lak tu".. abah aku tak ckp apa2 pun, dia tau aku marah..die tepuk2 peha aku sambil cakap ''takpe la"..die cool je.. pastu pempuan sundal tu gitau ar psl tmpt kat dengkel tu, elok la konon..sume dtg, sembuh cpat..aku ckp dlm ati "bapak ko, ntah2 ko gi jupe bomoh, ko ingat kencing manis bole berubat kat bomoh? ke ko ni bodoh, kalo cmtu, sume spital kat Malaysia ni patut tutup je ar, dah abih bomoh sume tau pasal medical..."..bodohhhhhhhhhhhh sgt kan pmpuan ni?? kan?? aku ulang la balik soalan tadi kat sundal tu, "abih jauh ar kami nak tengok abah" die on de spot ckp "takpe la"..pantek ko xpe, dah tntu adik bradik aku kua duit sume..ko snang la cakap,babi!! pstu sundal tu cakap lak, "sebnanye makcik taknak menyusahkan korang(adik bradik aku)" dan aku plak jwb on de spot, "abih kalo dah duduk sana, dekat lak kitorang nk jenguk abah?? tu bagi senang kami???" dan dia diam pastu da lama sket, die ckp "xpe"..takpe takpe, nasib baik ar die ngah makan, kalo x, memang aku nak smash die tu..

Aku pun belah sambil ignore pmpuan sundal tu, aku salam abah..pastu mangkuk hayun yang bawak abah aku gi Dengkel tu pun aku xde salam, takde tegur..so dorang tau ar Aizat kalo marah, memang camtu la..pegi la mampus ko sape, aku nak maki, aku maki gak..
aku start moto dengan 'ganas' dan berambus dengan hati yang 'terbakar'
Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates