Friday, June 1, 2012

Gangguan Lagi

"Allahhu Akbar"


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua :)

Apa kaba? Camne 'life'? hehe. Harap semuanya ok la hendaknye ye. Hari ni aku nak cerita kisah yang jadi kat aku pada dua minggu lepas (Isnin, 21/5/2012). Hendaklah diingatkan pada semua, bahawa aku tak buat entry ini untuk dapat belas kasihan orang lain dan tiada satu pun ayat dalam entry' ni yang sengaja direka untuk tujuan keseronokan diri. Harap maklum.

Intro

Kisah aku bermula apabila aku menerima sms' pada waktu maghrib pada Isnin, 28/5/2012, ketika aku siap menunaikan solat fardhu maghrib dan sedang bersiap-siap untuk menunaikan aktiviti separa-wajib pada tiap Isnin jam 8pm iaitu, bermain futsal bersama-sama geng Corus Hotel (dah 4tahun aktiviti futsal ini dijalankan, haha saje promote jap).

SMS yang bunyi lebih kurang begini - "awak pnah kene sihir kan? dah ok ke?" (tak sure sbb dah delete sms ni). Terkesima aku disitu tatkala membacanya. Bukan apa, cuma terkejut sebab ayat dalam sms tu terlalu 'direct' dan tak ada 'filtering' langsung. Namun, ianya bukan kesalahan besar dan ini bukan permasalahannya. Aku tetap 'reply' (lepas main futsal, saje reply lambat), dan sudah tentu aku jawab aku dah 'ok'.

Sedikit Info

Ada antara kita yang mungkin susah nak percaya perkara halus macam ni, tapi sebagai Umat Islam, kita wajib percaya. adanya Jin dan Syaitan. Menurut orang yang merawat aku tu, tiada sebenarnya hantu atau lain-lain nama komersial yang sering didendangkan bangsa Melayu kita. Semua itu sebenarnya adalah 'Jin dan Syaitan' yang sentiasa akan mengganggu kita sehingga Kiamat. 

Ok ok, untuk pengetahuan kawan-kawan semua, kita kena 'flashback' sikit sebelum aku start, well, pada sekitar September 2011 tahun lepas, aku ada dapat 'gangguan' atau mungkin banyak lagi nama selain tu seperti, well of course - 'sihir' dan sebagainya. Walaupun kesannya taklah sampai aku meracau-racau (not that i know one) macam yang mungkin korang ada tengok kat TV dan sebagainya.

Bermula 'Gangguan'

Memula sekali, apa yang aku ingat masa tu, aku dapat sakit perut. Macam berangin, pastu menusuk-nusuk perut, sakit belakang dan lain-lain. Aku hanya ingat masa tu, aku kene 'gastrik' ke apa, so pegi la klinik dalam kesakitan yang teramat tu, Tuhan je yang tahu macamana aku masa tu. Aku tak larat nak jalan macam biasa, aku terpaksa berbongkok untuk berjalan, mata aku tertutup spanjang masa sebab terlampau sakit.

Untuk memendekkan cerita, aku gi klinik, Doktor pun ingat aku 'gastric', dan diberi ubat gastric, angin, sakit perut dan sebagainya, TAPI, semua ubat ni tak mendatangkan hasil (dengan izin Allah). Dalam minggu tu juga, 3X aku gi hospital dan 4X juga aku disuntik ubat tahan sakit, dan suntikan yang pertama tu je 'menjadi'. Yang lain tu tak mendatangkan sebarang kesan, termasuk 2X injection dalam satu masa.

Staff Hospital Ampang tu cakap, sepatutnya bila dia inject tu, aku akan ngantok terus dan tido skaligus tak rasa la sakit tu. CUMA nya, aku tak rasa semua tu dan aku hanya rasa SAKIT yang TERAMAT sangat, tak dapat nak digambarkan dengan ayat-ayat dalam blog ni. Orang cakap 'tak rasa, tak tahu', 'never tried, never know'..Oohh now i know, sebab sebelum tu aku hanya dapat 'tengok' bila kakak aku sakit camni.

Ini antara kaedah perubatan moden dari hospital dan klinik yang aku dah cuba masa aku tak sihat aritu, namun semua ni tak berapa mendatangkan kesan :

* Menerima suntikan sebanyak 4X (well, takde effect kcuali suntikan yang 1st)

* 2X disuntik pada satu masa, tapi takde kesan

* Disuruh buat ECG, tapi graf tu NORMAL

* Dikatakan gastrik, tapi dah berbotol dan berpaket ubat aku makan, cumanya sakit tu masih ada

* Bila diperiksa, staff hospital tu pun taktau aku sakit apa

BTW - kakak aku punya 'sakit' masa tu lagi teruk dari aku. Susah nak explain kat sini, cuma boleh bagitau - lagi teruk' dari apa yang aku alami. Walhal, aku rasa aku pun dah cukup tak tahan bila 'kene' camtu.. hehe. Jadi, aku memang dapat pengajaran yang walaupun pada mata kasar, ianya mungkin sakit yang biasa, namun bila dah kene kat batang hidung sendiri..Masya Allah..

Kenapa aku kata, ianya bukan sakit biasa? Sebab ianya memang TIDAK! Aku dah pegi klinik, hospital, dah makan pelbagai jenis ubat, namun tiada tanda-tanda untuk sembuh. Akhirnya, aku setuju untuk berubat dengan Ustaz yang sama mengubat kakak aku suatu masa dahula tahun 2009. Ustaz Malik namanya, tempat aku berubat tu kat Masjid Alam Shah, dekat dengan Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

*NOTA : Tidak seperti yang selalu ditayangkan di kaca TV yang mungkin mengamalkan kaedah yang sedikit menyimpang, kaedah yang digunakan Ustaz Malik ialah 100% kaedah rawatan Islam, hanya bacaan ayat-ayat Al-Quran digunakan, bacaan Ruqyah, ayatul Qursi dan sebagainya. 

*Ayat Ruqyah ialah :

1.Al-Fatihah

2 Al-Baqarah ayat 1-5

3 Al-Baqarah ayat 102

4 Al-Baqarah 163-164

5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)

6 Al-Baqarah ayat 285-286

7 Ali-Imran ayat 18-19

8 Al-'Araf ayat 54-56

9 Al-'Araf ayat 117-122

10 Yunus ayat 81-82

11 Toha 69

12 Al-Mukminun ayat 115-118

13 As-Soffaat ayat 1-10

14 Al-Ahqaaf ayat 29-32

15 Ar-Rahman ayat 33-36

16 Al-Hasyrayat 21-24

17 Al-Jin ayat 1-9

18 Al-Ikhlas

19 An-Naas


"INI ADALAH RANGKAIAN AYAT AYAT RUQYAH YANG PERLU DIBACA UNTUK MENGHALAU JIN ATAU SYAITAN YANG BERKELIARAN DALAM RUMAH. BERMULA DENGAN AL-FATIHAH DAN BERAKHIR DENGAN SURAH AN-NAAS.

AYAT AYAT INI BOLEH DIBACA PADA AIR DAN DISEMBUR SEKELILING DALAM RUMAH HANYA SAMPAI KAT PINTU TANDAS ATAU BILIK MANDI SAHAJA . AWAS: JANGAN SEMBUR AIR YANG DIBACA DENGAN AYAT AYAT INI KEDALAM TANDAS ATAU BILK MANDI"


sumber - blog

Mula Berubat

Syukur Alhamdulillah, dengan Izin Allah SWT, aku beransur pulih selepas beberapa sesi rawatan bersama Ustaz Malik. Ketika dirawat, ustaz tu biasanya membaca ruqyah, dan mengajar aku berdoa bersama, sambil dia menepuk-nepuk bahagian belakang badan, kepala, dan ada satu bahagian yang sedikit 'sakit' iaitu ketika ustaz tu 'mencengkam' ruang antara jari-jari kaki. Kebiasaan pada waktu tu, terdengar Ustaz Malik memberi 'warning' pada jin supaya 'keluar' dari tubuh badan aku.

Selain menerima rawatan di tempat Ustaz Malik yang juga adalah kedai 'cermin mata' dan ubat-ubatan, ada juga ubat yang diberikan untuk dibawak balik, salah satunya ialah Terapi Adam, iaitu cecair minuman yang rasanya memang pahit, tapi Insya Allah mujarab kerana kandungannya yang berkhasiat, selain dicampur Air Zam zam. dan ubat ni juga telah dibacakan doa sebelumnya. Selain terapi Adam, masa memula aku berubat dulu, ada juga disuruh untuk bawa kelapa muda, dan diminum airnya selepas selesai di-doa.

Aku yang suatu ketika itu berjalan secara membongkok, tak senang segalanya, tak boleh baring, tak boleh duduk, tak boleh meniarap, tak ada selera makan, asik muntah-muntah, tak boleh segalanya, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana siksanya aku masa tu. Tapi semua tu berubah selepas berubat, aku dah boleh berjalan macam biasa, tidur, makan dan menunaikan tanggungjawb seperti sediakala.

Dalam bulan Oktober 2011, selepas lebih kurang sebulan baru rasa betul-betul sembuh. Syukur Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Biarpun masa tu badan aku sedikit 'kekuningan', terutama di bahagian muka, Ada juga rakan yang perasan masa tu, hehe. Memang tak bole blah, sebab selalunya yang kena sakit kuning ni ialah bayi-bayi je. 

Kisah hari Isnin, 21 May 2012

Ini membawa kita ke dua minggu lepas, Isnin, 21 May 2012. Dimana selepas lebih kurang 8 bulan sembuh, akhirnya aku mendapat kembali symptom-symptom yang lebih kurang serupa dengan yang dialami tahun lepas. Ye, aku sekali lagi mendapat 'gangguan'. Jam 2 pagi, bermula dengan sakit perut, sakit tulang belakang, pinggang, muntah semua yang aku makan, muntah walaupun tak makan, badan kadang rasa amat sejuk, amat panas, dan aku terpaksa tidur dalam keadaan duduk sebab tak larat nak baring.

Amat menakjubkan, setelah aku mendapat sms yang tanya aku dah 'ok' ke tak, terus lepas tu aku dah 'tak ok'. Tapi ni semua kebetulan je, dah nak jadi kan. Cuma, mmg aku dah dipesan untuk tak cerita sangat pasal ni. Sebab, menurut Ustaz Malik, 'makhluk' tu suka dan bangga kalau kita cerita-cerita pasal 'mereka', lagi lak kalau ada antara kita yang siap 'declare' takut kat makhluk Allah tu. Semua tu boleh buat 'Jin dan Syaitan' tu naik kepala, Ni Ustaz tu yang gitau ye, bukan aku. Sekian.

Kalini, aku terpaksa minta tolong mak aku call doktor dari Klinik Harun di Jalan Tun Razak untuk datang ke rumah sebab aku terlampau la tak larat, btw - rumah mak aku kat Kg Baru dan klinik ni ialah klinik yang paling dekat, dan nama dokor yang merawat aku kat rumah tu namanya - Dr Nasir (bukan Dr.Harun, tu nama klinik je). Aku pun di-suntik (lagi) oleh doktor, dan menerima ubat-ubatan yang sama aku dapat tahun lepas. Terima kasih.

Doktor ni pun sekali lagi suh aku gi Hospital, jika tak ada unsur-unsur nak pulih. Mungkin 'hempedu' katanya..Hempedu tu apa ek? Tapi aku macam dah 'fed-up' untuk ke hospital, dengan orang ramai, tunggu BAPAK lama, pastu kene injection (tapi takde effect), buat ECG (pnah buat dan taraaaaa - EVERYTHING NORMAL, waddupppp).

Kemuncak sakit aku ni ialah pada hari Khamis, 24 May 2012 dan Sabtu, 26/5. Walaupun aku start tak sihat pada Isnin 21hb. Tapi 2 tarikh yang aku gitau ni memang paling menyakitkan, paling tak larat, dan pada Sabtu ni gak la aku siap sesak nafas, masa tu aku kat rumah abang aku kat Wangsa Maju. Terpaksa aku mintak akak ipar aku bawak gi klinik, tapi doktor kat 'Klinik Famili' kt seksyen 1 Wangsa maju tu pun suh aku gi hospital jam-jam tu gak. Suruh buat ECG katanya (macam la den tak pnah buat).

Berubat dengan Ustaz Malik lagi

Tapi sebab dah ada pengalaman, akhirnya aku berjumpa Ustaz Malik yang aku jumpa untuk berubat tahun lepas. Memang niat awal-awal nak berjumpa, tapi memula tu ada sikit salah faham, akak aku gitau yang Ustaz tu dah gi umrah masa 1 Rejab aritu. Tapi sebenarnya, Ustaz tu baru nak pegi (masa tu) ari Selasa, 29/5, jadi pada ahad 27 May tu aku pun pegi berubat, tapi bukan di Masjid Alam Shah, kerana Ustaz tu mengubat kat situ pada Isnin-Jumaat sahaja.

Manakala setiap Sabtu dan Ahad, Ustaz Abdul Malik mengubat di sebuah surau (tak ingat nama) di kawasan Sg Buloh, tak silap aku kat area Matang Jaya' something. Syukur Alhamdulillah, aku sempat juga berubat, sebab 2 hari lepas tu (Selasa lepas), Ustaz tu dah nak berangkat mengerjakan Umrah. Aku ke Sg Buloh dengan mak dan akak ipar aku iaitu Kak Liza menaiki teksi.

Pakcik yang bawak teksi ni namanya pakcik Khalil, dia kira dah macam regular-taxi untuk Kakak aku untuk ke tempat kerja dan macam-macam urusan, termasuklah urusan keluarga, dan gi berubat ni pun dia la yang bawak aku. Lagipun dalam famili aku, aku dan sorang abang (abang Fezz) aku antara 2 orang yang boleh (dan ada lesen memandu), so. Bila aku sakit, and Fezz ado hal, tak ada sapo yang boleh 'drive' dah.
 Tu terpaksa menggunakan teksi Pakcik Khalil.

Dalam jam 8.30 pagi ahad lepas (27/5), bertolak ke Sg Buloh, lebih kurang 9.30 pagi, sampailah kat surau tu. Sebab ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan, disediakan buku catatan untuk catatan nama dan aku orang yang ke-20 mencatat nama. Orang lain datang seawal jam 8 pagi, biarpun Ustaz tu hanya datang pada jam 10am, dan start rawatan lebih kurang jam 11am, sebab kebiasaannya ada diberikan CERAMAH sebelum mula rawatan.

Sedikit Info Ceramah Untuk Dikongsi Bersama

Ada sedikit kandungan ceramah oleh Ustaz Malik ni yang ayatnya sungguh menyentuh kalbu. Sebelum tu aku nak tanya. Korang yang beragama Islam semua, pernah tak sekali dalam hidup korang mengeluh pada takdir. Contoh macam aku ada komplen "kenapa aku kena sakit macam ni?", "bila nak kaya", "bila nak sembuh", "bila itu, bila ini".. Tak sabar, kadang-kadang secara sedar atau tidak, kita mula mempersoalkan takdir Allah swt.

Mungkin kita lupa untuk bersyukur, dan yang paling penting, kita lupa untuk redha dengan segala ketentuan-Nya. Lalu kita persoalkan takdir, kalau korang penah buat dan fikir pasal ni, aku percaya korang akan mula berubah dan bersyukur dengan segala ujian yang korang ada' lepas korang dengar ayat yang disebut Ustaz ni (aku mungkin tak ingat ayat penuh dan sumber sebenar), tapi Ustaz Malik bagitau 

"Ketentuan masa yang paling sempurna adalah ketentuan masa yang ditentukan ALLAH SWT". 

Jangan Lupa Bersyukur

Indah bukan ayat ni? Kalau korang fahami maksudnya, Alhamdulillah. Terutama pada aku dan kebanyakan kita semua yang selalu persoalkan takdir, ini ialah jawapan yang tepat untuk semua tu. Kita sering persoalkan macam-macam, sampai kita terlupa siapa yang menentukan segalanya. Kita tahu Allah swt itu Tuhan kita, tapi kadang kita terlupa DIA-lah yang bertanggungjawab atas semua yang terjadi.

Kita sering persoalkan, terutama lepas kita dah letih daripada cuba berusaha, kadang-kadang sudah lama kita mencuba, lepas dah tak sabar tu, mulalah kita tanya -  bila itu, bila ini. Bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak ada cucu, bila, bila, bila. Secara tak langsung kita telah persoalkan Takdir Allah yang Maha Esa. Tapi selepas aku dengar baris ayat ni, Masya Allah. Lapangnya dada aku masa tu, Dia sahaja yang tahu, langsung seketika terlupa pada kesakitan'.

Dalam pada aku ditimpa kesusahan, aku juga diberi nikmat dan hidayah Allah swt. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Lepas ketika itu, aku berazam untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur pada yang Esa dan aku lebih bersemangat dan yakin pada segalanya sebab aku dah dapat 'jawapan' sebenar :)
Cukup tentang redha, aku harap akan ada pembaca yang faham maksud penjelasan ayat ni, moga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang sedikit ni, Insya Allah.

Selesai ceramah sekitar jam 11am, pesakit yang belum giliran untuk berubat, mula membaca surah Yasin beramai-ramai pada air botol minuman yang akan digunakan untuk berubat. Lepas je habis, mak aku dah panggil untuk mula berubat. Sebab Ustaz Malik ni memang kenal akak aku, dan family aku. Alhamdulillah, aku dapat mula berubat awal, walaupun sebenarnya nombor giliran aku ialah yang ke-20.

Sebab terlampau ramai dan proses perubatan mengambil masa, kalini Ustaz Malik mengubat 4 orang dalam satu masa. Sebelum start tu, aku salam dia dan terus dia tanya - kenapa lama tak datang jumpa dia, dia gitau gak - 'tengok, abih jin-jin dah maghi' (habis jin-jin dah mari) katanya dalam loghat Kelantan. Tu dia baru lepas usap-usap sikit je tangan aku, tapi dia dah cakap camtu..Jadi, paham2 jele ye.

Penutup

Dipendekkan cerita, haritu juga Alhamdulillah aku dah beransur pulih. Aku juga dah ada selera makan, sebab dari Isnin hingga Ahad tu, aku ingat apa yang aku dapat makan iaitu - tak sampai beberapa suap bubur, 5 biji goreng pisang, ubat-ubat dan air masak. Petang ahad tu aku 'boleh' makan nasi. Tak sangka lak aku rindu nak makan nasi masa tu, hahaha. 

Tapi tula, sebab tu kena sentiasa bersyukur dengan segala nikmat, walau sekecil mana. Kena hargai, sebab kita tak tahu yang suatu hari, kita akan kehilangan nikmat yang kita kata 'kecil' dan tak seberapa itu. Sentiasa bersyukur, tu je aku nak pesan. Walaupun ianya hanya nikmat minum air, nikmat makan nasi, nikmat dan kemampuan untuk mIenunaikan tanggungjawan - SILA BERSYUKUR! Bersyukur sebab ada yang tak berksempatan merasa nikmat-nikmat yang 'konon' kecil itu tadi.

Walau kita ditimpa musibah dan kesusahan, kita perlu bersyukur dan tidak sesekali mengeluh dan menyalahkan takdir. Percayalah bahawa jika Tuhan memberi kita kesusahan, itu adalah kerana Dia ingat pada kita, dan hanya ingin menguji kita sebagai Muslim. Jangan penah mengeluh ya kawan-kawan sekalian :)


Pesanan

*Tolong doakan moga aku cepat sembuh, (skang pun dah Alhamdulillah). Moga dihindarkan aku dan kita semua dari segala gangguan Jin dan Syaitan, dari manusia yang berhasad dengki. Aku harap korang dapat belajar sesuatu dari cerita aku ni, Insya Allah. Pada yang mungkin ada masalah seperti aku ni, kalau nak mendapatkan khidmat perubatan Ustaz Malik, boleh ke alamat ni pada tiap Isnin - Jumaat (10am-6pm kalau tak silap aku)

DARUL FURQON TERAPI, 
NO 4, WISMA MASJID JAMEK ALAM SHAH,
JALAN TUN RAZAK OFF JALAN PASAR PUDU,
50400 KUALA LUMPUR 

atau hubungi 013-2281514 / 017-3742730

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu semuanya dari aku sahaja.

Salam and take care :)



5 comments:

dayah said...

alhamdulillah..smg sihat selalu :) aku tasangka jugak kau kena gangguan macamni..biasanya orang yang tak puas hati atau dengkikn kita akan buat benda tak baik camni..berhati2 selalu ye

aku biasa2 je life..sekarang mula menghargai setiap duit yang kita keluarkan..sblum ni tau mintak mak duit.maklumla menabung elok ntuk masa depan;)

Azlan Strider said...

erk..x sangka plak ko leh kena sampai macam nie..isk..isk..

Regards,
-Strider-

Anonymous said...

Alhamdulillah..betul tu..saye pun penah berubat dgn ustaz malik

夫妻\a片共享 said...

線上免費看a片
免費a片AV女優
成人校園a片
a片情報站
a片貼圖區
免費a片
色女a片群
免費無碼a片
夫妻做愛a片直播
成人校園a片

網路校園美女寫真 said...

熱舞視訊聊天室
免費成人影音
a片成人網站
無碼h動漫
無碼h動漫
免費a片卡通電影
成人自拍裸照
情色影音網
無碼h動漫

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates