Tuesday, September 2, 2008

Al Fatihah

Pagi Rabu,27 hb lepas, kembalinya bapa kawan baik saya(Rujsdy) ke rahmatullah. Arwah meninggalkan keluarganya iaitu isteri, dan 3 orang anak..Rasa sebak terasa pagi tu lepas Rusdy call dalam jam 7am, dan tengahari tu sempat juga menunaikan solat jenazah dan urusan pengkebumian..

Arwah,Syahrani bin Suki berusia 72 tahun merupakan seorang yang baik pada pandangan saya dan perginya beliau menemui illahi mengajar saya banyak perkara, kesabaran, kasih sayang pada keluarga(sambil menitiskan air mata), menghargai seseorang semasa hayatnya itu sangat penting.
Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Insyallah..Takziah kepada Rusdy dan seluruh keluarga..Doakanlah kesejahteraan beliau..

No comments:

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates