Showing posts with label Al Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al Fatihah. Show all posts

Monday, February 15, 2010

AL-Fatihah

Al-Fatihah buat Allahyarham encik Samad yang telah pergi meninggalkan dunia pagi semalam, arwah ialah pekerja kat tempat keje lama aku aritu, Hotel Corus.. walaupun tak rapat, tapi aku kenal arwah, dia slalu buat lawak pagi2 masa aku nak balik keje..

Aku percaya pemergian arwah akan meninggalkan kesan kpd mereka2 yang rapat dgn arwah semasa hayatnya.Doakan kesejahteraannya, moga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah swt dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh..InysyaAllah..AMIN

Tuesday, October 27, 2009

Al-Fatihah

Semalam(Isnin) lebih kurang kol 7pm, aku dapat call dari akak aku, berita sedih.. anak saudara akak ipar aku meninggal dunia, kelmarin Allahyarhamah baru saja operation buah pinggang, ptg td klu x silap ak, jantung dia ada masalah dan dia menghembuskan nafas terakhir dlm jam 6pm di Pasir Mas, Kelantan.

Allahyarhamah Nur Adilah bt Azmi baru berusia 21 tahun, masih muda tapi dah takdir, dia pergi dulu. Dulu masa aku form 3, dia darjah 5, so tu yg ak ingat umur dia.. masa tu aku agak rapat ngan dia, sbb masa tu aku ade gi kelantan, dia pn ada sana masa tu.ak lak teman akak ipar aku yg sarat mengandung naik bas..

Pastu lak ak ade gak rajin ikut2 abg aku gi lpk umah dia kat pelabuhan klang.. jadi ak ada la 'moment' ngan dia, even kjap, tp aku ingat banyak bende psl dia..tp dah lama lpas tu, dah jarang sgt jupe.. ak last g klantan pn dlm 8 thn lps, tp pastu hnya dgr kabar arwah dari org lain..

Spanjang ak knal dia, yg ak tau ialah dia ni baik, dia pandai jaga diri, dia patuh dalam bab2 agama, dia cantik, dia ada 3 adik bradik, dia yg no 2, adik bradik dia smua pempuan, tp setau ak dia yg plaing cun;)

Beberapa thn lps, arwah dah disalah bg ubat oleh nurse kt Kelantan, kesan ubat tu smpikan dia tak bole bangun, cam lumpuh ar.kesian.tp dia ni kuat smangat, lama2 dia ok.. even dia sakit, result SPM dia ok ar, ak tau ni sbb dia smbg stdy kt Universiti Malaysia Terengganu(UMT).. kalo result x ok, xkn dpt msk ye dak?

Tapi last week dia msk hospital, problem kat buah pinggang(td ak dah gtau).. aku nk pergi ziarah tapi, ak x boleh..ade keje.. xpe,nk wat camne.. sebak hati aku skang time tulih entri ni, air mata dah berlinang tp ak tahan je..

Bayangknlah, arwah ni tak berapa rapat ngan ak, dulu je kejap, tp tu pn ak sedih, mcm manalah kalau org yg ari2 aku tgk, yg ak syg, yg baik ngan ak pergi.. mcm mana ak nk handle? ak x dpt bygkn camne..

Yang pergi tetap pergi, moga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh.Amin..

Al-Fatihah

Tuesday, September 2, 2008

Al Fatihah

Pagi Rabu,27 hb lepas, kembalinya bapa kawan baik saya(Rujsdy) ke rahmatullah. Arwah meninggalkan keluarganya iaitu isteri, dan 3 orang anak..Rasa sebak terasa pagi tu lepas Rusdy call dalam jam 7am, dan tengahari tu sempat juga menunaikan solat jenazah dan urusan pengkebumian..

Arwah,Syahrani bin Suki berusia 72 tahun merupakan seorang yang baik pada pandangan saya dan perginya beliau menemui illahi mengajar saya banyak perkara, kesabaran, kasih sayang pada keluarga(sambil menitiskan air mata), menghargai seseorang semasa hayatnya itu sangat penting.
Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Insyallah..Takziah kepada Rusdy dan seluruh keluarga..Doakanlah kesejahteraan beliau..

Monday, June 23, 2008

Al-Fatihah

Semalam(22hb Jun 2008), dalam jam 11..sedang aku dan jai balik dari beli burger kat kg baru, ade call dari akak jai mengatakan pakcik dorg iaitu Che Rum telah meninggal dunia di Mentakab, Pahang..Arwah ialah bapa kepada kawan aku gak iaitu Norul Hizam..berita mengejutkan ini diterima oleh Norul sendiri..semalam masa jupe norul kat umah tu, nampak mata Norul merah menahan sedih, aku pun da mcm xle tahan sebak tapi tepaksa buat2 konon hebat..tapi dalam hati..
kalau aku tengok kawan sedih pun boleh sebak, macamana la aku nak handle bile masa aku sampai nati..

Sebab tu aku selalu pesan kat diri sendiri, kat kawan2 sume..sementara orang yang berkaitan dengan korang, ataupun yang korang sayang terutama family serta kawan baik korang masih ada..jangan sakitkan hati dorang, jangan lupe dorang, belajar appreciate orang lain walau kecik manapun jasa dorang buat, jangan menyesal kalau orang yang selama ni patut korang hargai pergi selama-selamanya..sementara ada masa, tenaga dan yang paling penting selagi dipanjangkan umur, sayangi mereka yang menyayangi..hargai mereka yang meghargai..hari ni dorang ada, tapi kita buat tak reti, esok lusa kite semua tak tahu..yang pergi tetap pergi, yang hidup terus disini..

Al Fatihah buat Che Rum
Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates