Saturday, November 1, 2008

Ajaran Sesatkah??

Salam kepada semua umat Islam, baru2 ini saya telah berjumpa seseorang yang disyaki mengamalkan ajaran sesat, meskipun begitu..cerita ini ialah antara abang kandung saya dan isteri baru ayah saya..bukanlah niat untuk menuduh, semua manusia tidak sempurna tetapi akal waras ini masih mampu berfikir..jadi pada hari ahad(26 okt 2008) yang lepas, abang saya pergi melawat abah(panggilan pada ayah) yang buat rawatan di gombak(baca post sebelum ini utk cerita lanjut)..selain abang, yang ikut sama ialah isteri dan anaknya, pak lang, dan maklang sy.. Jadi dipendekkan cerita, malangnya perempuan yang 'disyaki' mengamalkan ajaran sesat ini ialah isteri baru ayah saya,berasal dari Jugra, dan kenapa dia disyaki sesat kerana dia berdialog dengan abang saya dan antaranya ialah mengenai solat dan menekankan solat itu tidak perlu dibuat jika sudah pandai..antara yang diceritakan abang saya ialah perempuan sesat itu berkata "along(panggilan abang), nanti kalau dah pandai solat, tak payah nak solat solat dah.."..dan lain ialah tentang upah haji yang 'kononnya' tidak pernah wujud..abang saya hanya mampu menggeleng kepala dan diam kerana dia taknak buat abah terasa..pelik kan? macamana manusia camni boleh wujud..mengenai solat tadi, mari kita lihat beberapa penjelasan mengenainya..

Kita sedia maklum setiap orang mukmin wajib mengerjakan solat atau sembahyang kerana solat itu adalah perintah dari Allah supaya didirikan oleh setiap mukmin lelaki dan perempuan. Antara Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 110:

Maksudnya :
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."


Solat yang nyata wajib 'diperlekehkan' sesetengah golongan dan perempuan ini nyata sesat..

Dan penjelasan seterusnya ialah Artikel ini yang diambil daripada blog rufaqa-sesat

Apabila kita meneliti beberapa riwayat atau atsar dari para ulama salafussoleh, tampak dengan jelas bahawa mereka sangat memberi amaran malah melarang seseorang menuntut ilmu dari Ahli Ajaran Sesat.
Justify Full

Ibnu Umar r.a. berkata, “Berhati-hatilah terhadap agamamu, sebab ia adalah darah dagingmu. Lihatlah dari mana kamu mengambilnya. Ambillah dari orang yang istiqamah dan janganlah kamu mengambil dari orang yang menyeleweng.” (al-Kifayah, hlm. 121)

Kata-kata dari sahabat dan tabiien ini menekankan agar kita mengambil ilmu dari orang yang isitqamah dengan akidah yang sahih, bukan dari para penyeleweng, kerana ilmu itu dipelajari untuk diamalkan. Sedangkan, Ahli Ajaran Sesat tidak memberi ilmu melainkan perkara-perkara yang menyesatkan. Ini akan membuatkan anak murid itu terpengaruh, sama ada dari aspek keilmuannya mahupun pengamalannya.

Ibnu Abd al-Bar meriwayatkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Manusia akan selalu dalam keadaan baik, selama mereka mahu mengambil ilmu dari para pembesar mereka dan jika mereka mengambil dari ashaghir dan buruk, mereka pasti hancur.” (Jami’ Bayan al-Ilmi, hlm. 248)


Ibnu Abd al-Bar menukilkan perkataan Imam Malik, “Tidak boleh mengambil ilmu dari empat orang; 1. orang yang sangat dungu, 2. ahli Ajaran Sesat yang mengajak kepada ajarannya, 3. orang yang dikenal suka berdusta kepada manusia meskipun tidak mendustakan hadith Nabi s.a.w. dan 4. dari orang yang soleh yang tidak tahu status hadith yang diriwayatkan.” (Jami’ Bayan al-Ilmi, hlm. 348)


HUKUM MENZIARAHI AHLI AJARAN SESAT YANG SAKIT DAN YANG MENINGGAL DUNIA

Mari kita lihat perbincangan ulama tentang isu ini. Lebih-lebih lagi Asaari akan mati suatu masa nanti, walaupun dia mendakwa boleh berbincang dengan Malaikat Maut. Apakah hukumnya kita menziarahi jenazahnya?

Syarak tidak menganjurkan kita untuk menziarahi Ahli Ajaran Sesat yang sakit, kecuali apabila jelas terdapat motivasi dakwah untuk mengajaknya kembali kepada sunnah, atau terdapat mashlahat agama seperti silaturahmi atau berbuat baik terhadap jiran tetangga. Namun, apabila ahli Ajaran Sesat yang kufur, kita perlu menjauhinya untuk mengharap dia bertaubat. Maka, hukuman yang terbaik ialah tidak menziarahi mereka ketika mereka sakit dan mati. Para ulama berkata, sekiranya Ahli Ajaran Sesat tadi mendakyah atau mempropagandakan ajarannya kepada kita, maka haram menziarahi mereka atau mensolati jenazahnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya golongan Majusi dalam umatku ini adalah mereka yang mendustakan takdir Allah. Apabila mereka sakit, janganlah kamu menjengok mereka, dan apabila mati janganlah kamu menghadiri jenazah mereka.
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah)

Abdullah bin Abbas r.a.: “Mereka adalah seburuk-buruk umat, janganlah kamu menjenguk mereka ketika sakit, dan janganlah kamu mensolati mereka ketika mati.” (Syarah Usul al-Iktiqad Ahli Sunnah, jilid 2, hlm. 643)

Abu Laith bin Saad berkata, “Mereka tidak layak untuk diziarahi ketika sakit, tidak dianjurkan untuk melawat jenazahnya, dan tidak perlu memenuhi jemputan mereka.” (al-Syariah, hlm. 227)

HUKUM MENCERITAKAN KEBURUKAN PERIBADI DAN KESESATAN AJARAN SESAT

Ghibah secara asasnya adalah satu perbuatan yang tergolong dalam sifat mazmumah. Pada asalnya kita tidak dibenarkan bersikap sedemikian terutamanya pada muslim yang lain. Namun, para ulama telah membenarkan seseorang melakukan ghibah dalam aspek membanteras ajaran sesat. Mari kita lihat apa pendapat para ulama:

Hasan al-Basri berkata, “Tidak dianggap ghibah dalam membicarakan perihal ahli ajaran sesat.” Beliau menambah, “Tidak diharamkan tiga jenis orang yang mengutuk, di antara mereka adalah ahli bid’ah yang berlebihan dalam kebid’ahannya.” Dalam riwayat lain, “Tidak ada ghibah bagi ahli ajaran sesat dan orang fasik yang menampakkan kesesatan mereka.” (Syarah Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, jld. 1, hlm. 140)

Imam Abu Hamid al-Ghazali menjelaskan tentang alasan diperbolehkan ghibah dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, “Ketahuilah bahawa alasan yang membolehkan menyebut keburukan orang lain hanya setakat untuk mewujudkan tujuan syarie yang tidak mungkin tercapai kecuali dengan jalan ghibah, sehingga boleh menggugurkan dosa ghibah.” (Ihya’ Ulumuddin, jilid 3, hlm. 152)

Dalam perbincangan yang sangat ringkas ini, diharapkan dapat mencerahkan pemikiran kita dan menguatkan lagi usaha kita memerangi ajaran sesat. Ambillah inspirasi dari hadith berikut:

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda;

“Tiada seorang Nabi yang diutus Allah kepada umatnya sebelumku, melainkan ada di antara umatnya yang menjadi pembela baginya dan sahabat yang mengambil sunnahnya, mengikuti perintahnya. Kemudian setelah mereka, datang generasi yang mengucapkan sesuatu yang tidak mereka kerjakan dan mengerjakan sesuatu yang tidak diperinthakn. Maka siapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia seorang yang mukmin, siapa yang memerangi mereka dengan lisannya, dia seorang mukmin dan siapa yang memerangi mereka dengan hatinya, dia seorang mukmin. Dan selain itu, tidak memiliki keimanan walau sebesar sebiji sawi pun.”
(Hadith SAHIH riwayat Imam Muslim.)


Malah, usaha kita ini sangat sejajar dengan Firman Allah berikut:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran: 104)

Maka, jangan hentikan usaha ini kerana ia sangat mulia. Inilah jihad kita!

1 comment:

GADIS yaya said...

panjaaaaaaang nya. ta larat nak baca habis. heheh.

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates