Monday, May 26, 2008

Luahan

Salam dan selamat sejahtera..saya pada pagi yang sangat mulia dan berada dalam mood tak bole tdo(slalu pn camni actually) ingin membuat ucapan selamat pagi buat semua kekawan siber di luar sana, dan selamat maju jaya kepada mereka yang ingin berjaya..eh ape nih zat..saya yang masih berada dalam keadaan excited dengan kejayaan Manchester United yang menang tempoh hari dalam perlawanan akhir Champions League masih tidak percaya bahawa pasukan yang saya sokong sejak tahun 1993 tu jadi juara buat kali ke-3..dan menang double lak tu.. hahahahahahhaha(gelak ganas)..jadi bile sebut pasal kejayaan ni, saya sendiri masih tidak berjaya kerana setakat ini saya belum bekerja(belum dapat) dan ianya kadangkala menghantui diri saya ini kerana bila tak keje, takde duit, bile takde duit then camne nak isi minyak moto, gi tengok wayang, gi minum kat pelita, reload fon(dah bape minggu xde crdt) dan macam2 ar..

Perkara ini terlampau merungsingkan saya kerana setelah saya melihat keadaan di persekitaran yang sihat, saya mendapati semua rakan2 saya telah bekerja dan mendapat slip gaji atau cek, atau dalam apa bentuk pembayaran sekalipun dan ini merisaukan saya dan persoalan yang selalu berlegar di dalam peti otak saya ialah "berapa lama saya akan terus dalam keadaan begini" dan "apakah pandangan orang ramai serta kawan2 yang memerhati"..senang cakap saya sendiri rasa saya dah dalam kategori 'loser' tapi loser 'tahap awal' la(saya merepek) sebab saya tak bekerja dan perasaan segan pada keluarga dah mula dirasai, perasaan merendah diri pada kawan2 pun dah ada, just tinggal dapat keje then saya akan belah..even keje kat johor ke perak ke saya akan pegi and im willing to..hahahah,merapu..tapi tahla, penah gak terpikir nak gi merantau jejauh, so bila jauh, ade ar harapan orang nak rindu aku(which is never was), no no.. saya bukan emo, saya bukan Gerrard Way(vokalis MCR), saya ialah spiderman..huhu..apa maksud saya ialah saya berada dalam situasi dimana saya rasa semua orang macam nak boikot saya sebab saya camni(sebenarnya xde) tapi saya rasa bersalah la tak tau nape..tahpape tah..


kadang2 saya rasa maybe sebab bila takde duit cmne, sape nak kawan ye x? sape gile pn ajak kua kalo tau aku takde duit..salah sendiri la ni, tapi saya tetap rasa bahawa semua ni bukan alasan untuk lupa kawan.kadang2 saya rasa cam "ditinggalkan" oleh sesetengah pihak, dan pada masa yang sama ramai yang cuba menjauhkan diri dari saya tapi lantak ar, saya x pnah paksa untuk berkawan, tapi saya cuba untuk menghiburkan serta menolong kawan tu pada bila2 masa, tapi saya juga tau yang pada bila2 masa pun kawan tu boleh tinggalkan saya dan melupakan saya..jadi saya mengambil keputusan untuk menjaga diri saya sendiri, belajar menyayangi diri sendiri dan ianya sesuatu yang dah lama saya tak dapat peluang berbuat demikian sebab saya slalunya suka 'tolong' orang dan selalu nak semua orang yang kenal gembira dan senang hati sampaila satu hari dia sendiri yang 'delete' nombor fon saya kat handphone dia..inilah kebanyakan makhluk yang saya selalu jumpa pada zaman era IT yang serba moden ini dimana ramai yang akan muncul bila time die nak atau time die terpaksa muncul dan tak ada satu pun yang die nak muncul sebab dia ambil berat, sebab dia kisah orang lain, dan tak ada satu pun yang selalu boleh muncul bila dia diperlukan tapi saya pun silap, bukanla semua, tapi kebanyakannya..yang kepada yg selalu 'muncul' tu, terima kasih banyak2 yek..


mm, ye hari ni aku susah, ye hari ni aku takde duit tapi rezeki itu ada, dan rezeki tu bukan terletak kat manusia2 yang materialistik, dan hanya ingat orang atas kepentingan sendiri(hebat x hujah saya?) tetapi rezeki itu ada pada Allah S.W.T dan usaha kita sebagai manusia..tak guna la ko banyak duit tapi ko lupa 'kiblat'..dan ini yang menjadi pegangan saya sepanjang masa iaitu "jangan sesekali lupa suruhan Tuhan kalau taknak Tuhan lupa kita".. oh saya bukan ustaz, saya tak pernah study kat Universiti Al Azhar, tapi saya sedar diri dan semua perbuatan perlu ada batasan dan saya takkan lepas batasan itu..saya sedar diri, saya bersyukur walaupun saya takde rupa paras yang hensem, duit banyak berkati-kati, popular pun tak tapi saya bersyukur atas semua rezeki dan saya akan sentiasa berusaha memperbaiki diri saya serta kehidupan saya dan terus berpijak di bumi yang nyata ini..

4 comments:

sн:мa said...

True. But I tend to avoid ppl when I'm broke, like right now, ada RM10 je sampai bulan depan. Dah 16 hari I tak topup. Hahahahahah.

aizatbest said...

hahaha..me too..
elakkan..tapi tu ar, dah lama sgt avoidin nih..huhu

yus said...

bnyk r ko.aku pun sama gak.still lg tgh gagau tempat keje.g interbiu sana,interbiu sini.hasilnya.....masih samar.nih dh dekat ujung bulan.
my monthly komitmen dh nk sampai....huhuhuhu....
mana nak rembat duit tu oi.....

S Y A S Y A said...

ape merepek cam kerepek nie wakk..
jom r owg blanje tgk moveee..hehee

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates