Monday, December 15, 2014

Wan Azreena

Wan Azreena Wan Jaafar.



Lebih daripada sekadar seorang Kakak. Dialah anak, makcik, cikgu, dan kawan kepada ramai insan. Lebih penting, dia menyayangi semua insan yang berkaitan dirinya.

Dia dipinjamkan sementara untuk mengajar kami erti kasih sayang sebenar dan erti kehidupan yang sepatutnya. Untuk itu, kami merasa bersyukur dengan kehadirannya, walaupun sekejap sahaja.

Arwah berperanan besar dalam kehidupanku, dan sudah tentu kepada keluargaku dan kini baru kusedari, dia juga memainkan peranan besar dalam kehidupan ramai lagi insan di luar sana. Para sahabatnya, sekalian anak muridnya.

Aku tidak keseorangan merinduinya. Ramai lagi yang merasa rindu kerana Kakak sentiasa mengambil berat, sentiasa menyayangi, sentiasa menasihati setiap masa. Begitu murni hati Kakak, dia mengambil berat tanpa berbelah bagi, tak kira siapa.

Itulah keistimewaan Kakak yang mungkin tak semua orang tahu. Aku mendoakan semoga segala kebaikannya diberikan pahala oleh Allah swt. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan Kakak kepada kami..

Terima kasih Kakak kerana bersusah payah untuk kami sepanjang hidupmu. Hanya baru baru ini baru ku ketahui,  Kakak memberikan namaku, 'Aizat' hanya kerana ianya menyerupai namanya sendiri , 'Azreena'.

Bermakna, dia menyayangiku sejak lahir sehingga akhir hayatnya. Aku hilang insan, tempat aku bercerita tentang hidup. Akhirnya, aku redha dengan pemergian Kakak kerana aku tahu dia pergi untuk berehat.

Dia pergi kerana dia merindui arwah Abah.. Tinggallah aku sendiri menempuh hidup. Moga Tuhan merahmati roh Kakak dan Abah.
Moga suatu hari, dipertemukan kami semua di Syurgamu Ya Allah.
InsyaAllah.. Amin..

4 comments:

Encik Nort said...

Jangan jemu sedekahkan Al Fatihah setiap kali hati terdetik rindukan dia...

A.I.Z.A.T said...

Takkan pernah jemu bang. Setiap kali lepas solat, mesti doakan utk arwah kakak dan Abah saya.. Thanks bang

FiNi Pelangi said...

jgn bersedih, dia terus hidup di dalam matinya :)

A.I.Z.A.T said...

Kadang kadang je sedih. Apakan daya.

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates