Sunday, June 19, 2011

Corus Open Futsal Tournament

The 'A' Team. From Left : Jasrul Affendi, Mohd Razreen, Aizat Wan, Luiz Airiel Jr., Anak Abg Adi, Win Des and gift's represantative - Abang Jaafar..


Event  : 'Corus Open Futsal Tournament'
Date   : 19th June 2011 (Sunday)
Venue : Centermart Futsal, Setapak
Time   : 10am - 2pm

 Hasil lepak dan gelak-gelak besama kekawan aku iaitu Jai dan Komeng a.k.a Kompang dari kol 12am semalam, sampai jam 4.30 pagi tadi nampaknya mendatangkan hasil. Ye, hasilnya ialah - aku tak cukup tido, sebab lepas solat subuh pagi tadi baru dapat lelap, tapi jam 8 pagi kena bangun, sebab ada tournament futsal Corus.

Acara Futsal Hotel Corus KL edisi ke-2 ini berlangsung di Centermart Futsal, Setapak. Seawal jam 9 pagi, pihak penganjur telah mula hadir (tapi aku & Kompang tiba kol 9.20am) untuk membuat persiapan seperti mengangkat air minuman yang menyegarkan untuk peserta, hadiah-hadiah dan piala dari dalam keta ke dalam dewan futsal. (Terima kasih kepada pihak organizer yg menyediakan air yg sejuk, aku minum lebih kurang 6 botol/tin tadi).

Biarpun tak sempat jamah sangat makanan tu (tadi aku makan nugget seketul je), sebab nervous dan takut tak bole lari dengan jayanya time futsal, tapi hidangan-hidangan yang ada tu memang nampak sedap, ramai orang makan. Tapi aku suka part minuman je, sebab mewah gile beb.. ada air 100+, sprite, light coke dan lelain. Pendek kata, tak sia-sia la bayor yuran RM 10.00 dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. (cewah)

Kalau nak dibandingkan dengan edisi julung kali tahun lepas, kali ini sangat berbeza :

- dari segi masa game (tahun lepas main ari Isnin, malam lak tu), so kalini pepagi dah kono datang..ari ahad lak tu, hampeh..haha.. 

- pastu dari segi format penyertaan, tahun lepas, team dibahagikan mengikut 'department', tahun ni lak team ditentukan melalui vote (macam American Idol)

- dari segi crowd dan kemeriahan, turut dimenangi Edisi ke-2..mantapppp.. ramai yg join, ada 
40 orang peserta, dan berpuluhan lagi yg dtg memberi sokongan padu..

- hadiah pun lain, tahun ni ada piala yg extra smart dan yg paling penting, ejaan kat 'cup' tu tepat (tahun lepas team Banquet menang, tapi piala tu tertulis - 'COROS HOTEL', bukan Corus ye - 'COROS'). ;p 

Piala & Hamper

Untuk kejohanan 2nd edition ni, ada 8 pasukan yang bertanding dan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu : 

Kumpulan pertama - (A, B, C , D)

Kumpulan kedua  - (E, F, G, H) 

*dua pasukan teratas yang mengumpul mata paling banyak, layak ke pusingan separuh akhir*

(Ok, sambung cite jap) Dah le mengantok, tido pun 2 jam je.. pastu lak, team aku main game 1st sekali, kol 10am.. cantekk.. So ni ialah team mate aku tadi (yang dipilih melalui undian), kami ialah kempulan 'A' :

1) Deswin - Kapten pasukan dan juga penjaga gol utama pasukan futsal Corus KL.

2) Airiel - pemain lincah yang sentiasa mempamerkan permainan yang cun

3) Jasrul - ex-staff Corus yang juga pemain utama pasukan Corus..dia sangat dahsyat!

4) Ayen - member aku yang sangat berbakat dan taktau camne nak penat

5) Fiq Kitchen - aku tak kenal, sbb dia tak datang tadi. dia di-replaced kan dgn anak abang adi (player)

6) Aizat - player yang main tahpape, dah le ngantok gile, kaki crammed, dan tak fit .. a.k.a Aku..


Game pertama, tepat jam 10 pagi, team 'A', yakni team aku, lawan team 'B'. Biarpun para pemain team 'A' ditegah, dan tidak makan hidangan yang disediakan (nasi goreng, mihun goreng,), namun tiada membuahkan hasil apabila secara selamba dibelasah (2 - 4) oleh Pasukan 'B' yang beraksi dgn mengenakan jersey pasukan Malaysia kaler kuning. Oh ye, pasukan 'A' hanya mengenakan tema pakaian kaler hitam je, kerana tiada bajet untuk membeli jersey macam team 'B' dan lelain..haha

Ini ialah senarai pemain kebangsaan 'B' yang membelasah team aku tanpa sebarang perikemanusiaan :

1 ) Fadly - Kapten pasukan. sangat terer seperti Gerrard dan juga berbakat mengutuk Komeng (mcm aku) dan lain-lain

2) Komeng - mangsa kutukan Fadly yang beraksi ala-ala Anderson dan kekadang macam Nani.

3) Abu - pahlawan Sarawak yang bertubuh kecil tapi kental macam Mascherano

4) Rudy - penjaga gol yang juga berasal dari Sarawak (dia juga ada pertalian daranh bersama Abu

5) Amat Receiving - otai lamo yang mempunyi skill kawalan ala-ala Zidane

6) Pemain import dari Pakistan..sebab taktau nama, so.panggil je apa-apa - Anonymous ke, Pakistani ke..


Berbekalkan semangat juang yang tinggi, dan juga kepercayaan Kapten Deswin kepada ahli pasukannya yang tak berapa nak ada pemain simpanan (ada, tapi anggap je macam takde), dan juga sedikit 'luck', team kami berjaya melangkah (cewahhhh) ke peringkat separuh akhir. Jumpa pasukan 'F' yang nampak begitu mantap dengan barisan pemain yang berkaliber iaiatu Azlee (Kapten), Ali, Nurman 'Putung', Firdaus 'Frog', Aji Shukri, dan anak aji Shukri, kalo tak silap nama dia Wan.

*Game peringkat kumpulan berlangsung selama 10 minit (5 minit bagi setiap separuh masa), tapi dah 'up' sikit masa mula peringkat semi-final iaitu selama 14 minit (7 minit bagi setiap separuh masa) tak termasuk masa untuk sepakan penalti.


Sepakan penalti, memang mendebarkan.. walaupun aku tak sepak, haha.. tapi cuak siot, sebab masa lawan team 'F', keputusan pada waktu normal berakhir tanpa gol, dan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti, ada 3 orang yang amik, Alhamdulillah. ke-tiga tiga penalti team aku berjaya di-score oleh star-trek team aku iaitu Airiel, Ayen dan Jasrul..tapi tahniah kepada kapten pasukan juga kerana save penalty yang ditendang oleh Azlee (biarpun Azlee mendakwa saje tak nak score sebab takut takleh lepak stor pasni).

Penalti tu ok la, kejap je. tapi masa main 1st & 2nd half yang sebnanye 7 minit je tu pun, rasa macam setengah jam pun ada, ke ref tu saje tambah time lelebih? ini dah lebih, sebab aku rasa lama je.. jantung pun laju je berdegup, dah la tak score lagi.. cuak dowh! buatnye team lawan tu score sebijik, mampos!! tapi tidak.. tidak ada gol di-score pada normal time, dan dengan sedikit 'luck' (lagi), team kami menang penalty dan seterusnya ke Final! wohoooo!

Macam tak percaya dapat gi final (lagi, haha), nak nak dengan mutu persembahan aku yang tahap longkang, dengan tendang tah memana, lari tak larat (kaki kejang woo, tapi aku tak gtau), pinggang sakit (taktau nape) plus mengantukkkkkkkkk..even aku main tahpape, nak nak kalo nak bandingkan ngan 'star' team aku yang lain, Deswin, Jas, Airiel n Ayen, nampak la terserlah bangang ye aku tadi. Siap masa 3rd game tu, dorang siap suh aku main keeper. lagi la tak konfiden, ahahahahahaha..

Tapi, berkat kedegilan dan keazaman yang tinggi, aku cuba main dengan lebih best secara slow, dan masa 3rd game tu baru kaki aku rasa selesa sket  kalo nk dibandingkan ngan game awal. kaki rasa keras jek, camne nak tendang wei, apetah nak suh lari..3rd game agak menyeksakan, pertama - sebab terdesak nak menang, kedua, lawan tu hebat. Abang adi & co..dasat woo.. siap koyak la poket suar pendek aku dikerjakan..

Ok, cite pasal final yang start dalam jam 2 petang.. Lawan kami yang tidak asing lagi, team 'B'..yes la.. 'B'.. B = Belasah.. ye, kami kena belasah ngan dorang masa memula game. ape ar, pagi-pagi rilex la dulu, ni awal-awal dah belasah kami, haha. dah le kebanyakan team ni terdiri dari geng-geng yang agak rapat la kalau nak dibandingkan ngan team lain. Siap dorang (Fadly & Komeng) beli jersey Malaysia kat butik Nike (coverline) aritu, aku siap teman dorang woo..

Final : A vs B
Jadi, masa final tu, bayangkan la feeling aku camne. Terbayang je macam nak kena belasah lagi, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua team saling menyerang dan berlaku insiden dimana gol team 'B' tidak dikira, walhal terang-terang smua nampak dah masuk dan kena kat tiang dalam belah kanan gol. Memandangkan referee suh teruskan game, (lega gile time ni, ahahaha). Kami pun meneruskan permainan dan hasilnya, gol telah dijaringkan team 'A' sejurus lepas insiden ref 'terleka' tu.

Keputusan separuh masa pertama, 'A' mendahului dengan jaringan 2-0 hasil jaringan (nama scorer tidak dapat diberitahu atas faktor-faktor keselamatan), dan 2 lagi gol dijaringkan Jasrul pada 2nd half, dan akhirnya kami menang dengan keputusan 4-0.. (mission accomplished). baru la sweet revenge bak kata omputeh, huhuhu..

Walaupun menang, dan ada insiden yang tak sepatutnya terjadi, semua masih enjoy game final tu sebab yang penting, semangat bersukan tu tinggi, plus - kami semua kebanyakannya geng yang agak rapat, jadi tiada persengkataan (sangat) antara 'A' dan 'B'.. yang penting enjoy! biarpun penat (of coz la penat, main futsal kan). Tahniah pada semua pemenang dan peserta yang datang join mahupun mereka yang datang untuk support.. wa caya sama lu !!!

Semua bergambo untuk kenangan

__________________________________________________________________________________

Berikut ialah senarai perlawanan berserta keputusan untuk team 'A' pada peringkat kumpulan :
  1. 'A' vs 'B' : 2 - 4 (Kalah)
  2. 'A' vs 'C' : 1 - 1 (Seri)
  3. 'A' vs 'D' : 5 - 1 (Menang)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Berikut ialah jadual perlawanan peringkat separuh akhir :
  1. 'F' vs 'A' ( 0-0 normal time, penalty 2-3 )
  2. 'B' vs 'H' ( 'B' menang, tapi aku tak igt result)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut pula ialah jadual perlawanan untuk tempat ke-3 dan ke-4 :

Team 'F' vs Team 'H'

( 'H' menang tempat ke-3, tapi aku tak ingat result sebab nervous nak tunggu final )

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Final

Team 'B' vs Team 'A' ( 0 - 4 ) 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Full Result

Champion's : Team 'A'

Runner Up : Team 'B'

3rd Place : Team 'H'

                                                                  4th Place : Team 'F'
 
 

*congratulations to all the winners and participants

No comments:

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates