Saturday, January 22, 2011

Farewell Party-Liar (Last Day with Malikey)

"credit to Adly for the great Pictures taken ;) "


Jumaat - 21 Januari 2011.

Taman Putra Sulaiman, Ampang - 10.00pm - Encik bro Azlee amik aku, then gerak lak gi Tmn Melati utk jemput member 'star' kami iaitu Fadly (hahaha), misi kami yg pertama ialah untuk ke Corus dan berjumpa 'stars' yg lain iaitu terdiri dari Malikey, Adly dan Wahab.

"Oh ye, TERIMA KASIH diucapkan kepada abg Axlee sebab sudi menjemput saya dari ampang dan menghantar saya pulang dgn selamat ;) "

10.35pm - Kami selamat tiba di Hotel Corus, dan semangat utk melaksanakan misi utama mlm tadi semakin berkobar-kobar dan membuak, iaitu menganjurkan parti-liar(takde ar liar sgt)
sebagai meraikan rakan kami iaitu Abe Malikey yg akan berpindah ke Kelantan next week.

Fast Info tentang Malikey :

'Aku kenal dia sebelum aku keje kat Corus lagi, mostly jumpe kat pelita utk lpk minum takpun
jumpe kat hotel bile aku dtg lepak sana (Corus merupakan tmpt melepak yg tidak asing bg aku).

Walaupun aku tak close' sgt(compare ngan stars lain), still ada memori yg takkan ter-format
dlm kepala otak aku, especially time gi Majlis kahwin Malikey kat Terengganu & Kelantan.
Ada la beberapa keping gamba aku tlg amik masa kat sana..so, thanks la kat kenduri kawin
Malikey, at least ada la something yg ble relate aku ngan Malikey ;) '

Meskipun objektif utama malam tu ialah utk melepak ngan Malikey, namun ianya tidak menghalang kwn2 aku utk berborak sesama sendiri (mcm la nanti tak boleh borak) sementara memikirkan rancangan dan venue yg mahu dituju yg sesuai utk farewell party-liar Malikey, dek kerana terlalu obses kepada Restoran Pelita selama ini, maka kami sebulat suara memutuskan untuk mengharamkan penggunaan nama 'Pelita' pada malam tersebut.

Ok berbalik kepada 'sementara' memikirkan rancangan dan venue yg mahu dituju, ini antara topik perbualan yang sempat dan terpaksa dibualkan sebelum idea muncul. untuk pengetahuan kwn2 smua, FYI - kesemua topik di bawah mengambil masa hampir 1 jam sehingga tamat :

Topik hangat (10.35PM-11.30PM)

1: Kutuk Firdaus dupang sbb dia tido(even dah JANJI nak kluar, time kasih!)

2: Topik Komputer Malikey

3: Topik Kelab Dangdut (topik ni terkeluar sbb dorg sakat brader Mukhti, also Pekerja-Corus)

4: Kutuk seorang lagi kenalan kt Corus iaitu Wan 'Kitchen', btw - dari dlu lagi slalu kutuk
bdk wan ni.anyway, dia baik n tak sensitif sgt.sbb tu mereka take advantage dan mengutuk
Wan secara terang-terangan dan agresif, pstu ada antara Star yg siap 'halau' Wan time buruk tu.Sadis!

5: Cuba menghasut Wahab untuk ikut gi lepak (sbb dia keje mlm tu)

6: Baru ar discuss psl mana nk gi lpas tu (sambil pelan2 menuju ke kereta) dan akhirnya kami sepakat untuk ke NZ(Wangsawalk) untuk memulakan hari yg indah (at last!)

(2 buah Kenderaan yang terlibat untuk Party pada malam tadi ialah) :

1 : Kereta Malikey (yg juga dinaiki Adly dan Wahab)
2 : Kereta AZlee (yg juga dinaiki FAdly dan Aizat)

12.00am - Tiba di NZ setelah membuat dua pusingan tatkala mencari parking yg sesuai dan efisyen serta strategik utk kesejahteraan besama, dan kedai agak penuh dgn manusia2 lain yg mungkin ataupun tidak mengadakan farewell party utk rakan mereka pada malam yang sama. Kami meng-order makan dan minum dgn jayanya sambil mengutuk para pengunjung NZ yg kusyuk menonton 'Slumdog Millionaire' (hanya kerana movie tu dah lama kot!, cuba la pasang cite best sket wahai mamak NZ, tak up to date langsung, poodahhh!).

Antara makan dan minum yang dipesan pada malam tu ialah (aku cuba ingat menu secara Individu) :

Fadly - Nasi goreng ayam/Teh ais
Azlee - Meggie goreng/Chocolate Ice blended (sbb strawberry dah abih)
Wahab - Tauhu Bakar/Chocolate Ice blended
Adly - Tauhu Bakar/Chocolate Ice blended
Malikey - Roti Naan/ayam tandoori/minum tak igt, ice blended gak kot, ahahha.
Aku - Cheese Naan/Ayam Tandoori/Chocolate Ice blended.

ada gak order otak-otak 10 keping, yg dimakan secara berjemaah kcuali Fadly sbb dia ada teori unik berkenaan otak-otak iaitu "OTAK-OTAK HANYA DIMAKAN MEREKA YANG TAKDE OTAK",katanya. aku pun konpius gak.tp takpela, jgn layan!

Hampir selesai makan, adly diperintahkan wahab untuk ke superstar Karaoke yg terletak kuran 100 meter dari NZ, dan ianya telah diputuskan yg kami akan 'melalak' kat karaoke tu selepas makan (mkn bnyk lak tu). Akur dgn perintah Wahab, adly 'Chah' melaksanakan misi dgn sukses, sukses mndptkn bilik karaoke.hahahhaa.

"Oh ye, TERIMA KASIH diucapkan kepada Malikey sebab sudi mengeluarkan lebih dari 98.9% perbelanjaan makan malam yg lazat dan dahsyat ni.thanks key ;) "

12.35am - Bergerak menuju ke Superstar dan lepas tgu dlm beberpa minit, kami ke bilik 806 untuk melepaskan gian menyanyi kami yg meluap-luap,terutama sejak gi Karaoke kat red box sogo (2 November 2010)thn lepas dan masing2 mula mengasah vokal dan teknik nyanyian semenjak hari itu.dan ini ialah hari perhitungannya, this is it! (mcm tajuk konsert Micheal Jackson), semua org menyanyi kecuali Malikey yang tido dlm bilik karaoke tu(even kami nk celebrate dia) dan azlee (nyanyi half je,sbb dia kata perut full, baru lepas makan)


"Malikey - yang dirai, tapi tak sedarkan diri, huhuhu"


Sementara Key tido, ni antara lagu-lagu yg dinyanyikan Para 'Star' kat karaoke Superstar mlm smlm :

11 januari - gigi
Relaku Pujuk - Spider
You give love a bad name - Bon Jovi
Ada untukmu - Nubhan
Cintamu Mekar di hati - May
Sebak - ukays
Sama-sama - Fahrenheit/Seha
Haruskah diuji - Farish
Kembali Merindu - Slam
Gemuruh - Wings & Search

"Masa riang, masa hebat, di Superstar"

"Peace"

dan juga beberapa lagu yg aku taktau dan tak pnah dgr sblm ni iaitu lagu dari Kumpulan Exist dan beberapa penyanyi yg mungkin aku tak minat dan dengar sebelum ni ;p

"Sempat amik gambo gune function 'Timer', so.. thanks Timer Function ;p"

2.10am - Tamat sudah sesi karaoke, pastu plan nak gi lepak pelita sebagai kesinambungan party-liar mlm tu,namun takdir tidak menyebelahi kami ber-enam (Fadly especially) sbb dlm pejalanan (masa tu nk ke jln jelatek, lepas turun bukit, simpang Carefour dan lepas lalu road block secara spesifiknya), Fadly tepaksa pulang ke rumah sbb baby-girl dia dah bgn, selain sudah menjadi tanggungjawab seorang suami, dan bapa mithali, Fadly yg juga bercita-cita mahu menjulang title' Tokoh Maal Hijrah tahun 2011 ini dihantar pulang.

Maka beralih pula Adly yg tadi tumpang keta Malikey ke kereta Azlee, sbb selain nama mereka yg seiras (Adly dan Fadly), mereka juga tinggal berhampiran, so tpksa la adly balik biarpun dia takde baby untuk dijaga. gi ar anta dorg balik umah, so we was 2 man down by that time, dari melati and with the spirit 'never say die', wahab ajak lak me and azlee gi lak pelita untuk sambung party..party on!! hahahhaa.

2.40am - tiba pula kat Pelita (biarpun memula dah banned Pelita di awal cerita), wahab and Malikey dah sampai dlu, borak2 sambil memerhatikan gelagat manusia kat pelita (honestly, awek la mostly yg diperhati), minum2, borak2 (lagi) smpi la sume da letih n ngantok. kami mengakhiri party kami dan bergerak pulang. selesai bersalam-salaman dgn Malikey, perjalanan pulang ke Ampang di-teruskan..

Untuk Malikey

"ni mungkin acara lepak yg last (harap2, for now) and hopefully nati dpt jumpe lagi Malikey kalo ada rezeki, panjang umur, dan masa yang membenarkan, insya Allah..so, selamat menjalani kehidupan baru ye bro Key..kalo la ada salah silap selama bekawan ni, harap dimaafkan la ye, samada sengaja ataupun tidak.." "moga ko happy ngan karier baru disamping noni n baby serta keluarga kat sana nati..walaupun ada sikit perasaan sedih ;(, akan tetapi takdir perlu diterima bhw hari ni mungkin hari terakhir aku dpt lepak ngan Malikey dan kami mungkin dah tak dekat ngan kawan kami yg sorang ni, tp harap jgn lupa kami di KL ni ok ;) "

Enjoy giler' malam tadi, perghhhh..mmg nostalgia ar, haha.hepi sungguh, dpt bergelak ketawa besama kekawan yg gile', ahahah..anyway time kasih ar kat Abg Malikey , Abg Azlee, Abg Fadly, Abg Adly dan Abg Wahab kerana besama memeriahkan acara yg gilang gemilang ini..sume hepi even ending-nye tak happy sgt sbb bro Key dah nak pindah dari KL.so, goodluck Malikey ;)

btw - ok tak lagu yg 1st kat playlist blog aku ni? sesuai kan dgn tema cite ni, well.hope so..

'the end'..

salam

4 comments:

Cikgu Nort said...

uishhhhh...bz nya.. hahahhaha

Anonymous said...

ko mmg SUPERBman laa! blog ko ttg malikey punye parti liar ni buat aku tergelak dan menitiskan airmata. credit to AIZAT the singer with the song PERGI. Nasib2 je aku tkde blog. kalau tidak aku dh gajikan ko sbg penulis blog aku.

A.I.Z.A.T said...

Encik NoRT - hahahaha 1 ari ni je bz bang oi..tu pn last day mluangkn masa besama kwn2..

A.I.Z.A.T said...

Anonymouse/Adly - aku tau ni ko bedasarkan gaya pe-naip-an ko. hahhaha..pelik ek sbb 1st ko gelak, pastu ko nangis..tp mmg niat aku nak wat camtu..tp bile pk blk, mmg sedeh ar kan? arghh tidak, Aizat.jgn nangis..

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates