Thursday, November 11, 2010

Tapi Malangnya..Di Dunia

Bumi Kita

Intro

Dalam dunia kita, ada macam-macam ragam dan kerenah manusia, ada yang baik, ada juga yang tidak, apa yang baik, harap dijadika teladan, yang buruk, harap dijadikan sempadan.. Jadi, ini sebahagian perkara yang berlaku dalam dunia ni, samada korang perasan atau tidak :

Ada orang yang memang pandai.
Tapi malangnya, ada gak orang yang fikir dia pandai, tapi tak

Ada orang banyak duit dan kaya raya.
Tapi malangnya, ada gak orang belagak banyak duit, macam anak orang kaya, tapi sebenarnya tak.

Ada orang yang baik.
Tapi malangnya, ada gak orang yang fikir dia baik, padahal perangai macam anak jin.

Ramai perempuan yang cantik.
Tapi malangnya, lagi ramai yang perasan cantik daripada yang betul-betul cantik ;p

Ramai orang yang suka menonton game bolasepak
Tapi malangnya, bape ramai je yang betul-betul tau pasal bolasepak?

Kebanyakan orang ada handphone,.
Tapi malangnya, tak ramai yang guna handphone untuk call family atau mak ayah

Zaman ni semua orang ada jam, samada kat tangan atau kat handphone.
Tapi malangnya, tak semua yang reti nak menepati masa ;)

Ada pasangan berkawhin yang sangat teringin nak ada anak.
Tapi malangnya, ada gak orang yang belum kahwin, tapi sibuk nak buang anak, gugur kandungan & macam2 lagi.

Ramai orang bangga dan teringin ada anak yang bijak pandai, ade ijazah, phd itu ini.
Tapi malangnya, tak ramai yang bangga dan teringin ada anak yang solleh & sollehah.

Kita semua banyak masa untuk enjoy, gi sana sini.
Tapi malangnya, berapa ramai yang ada masa nak gi surau atau masjid?


Sekian - Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk itu datang dari aku sendiri.

Salam..


2 comments:

nUR_rOsALiNdA said...

Hahahaha
terasa ai tau
ada handphone bukan tepon mak bapak...

A.I.Z.A.T said...

kak rosalina - akak tak call, tp akak slalu jupe, kira ok r tu kak.. heheh

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates