Friday, November 19, 2010

Aku Harap

Hari isnin minggu lepas, bila aku dapat tau pasal kawan aku meninggal dalam kemalangan.. aku terkedu seketika, aku dalam perjalanan balik dari main futsal, aku pun berhenti moto serta merta kat tepi jalan..terkejut sgt2..sebab cara dia 'pergi' camtu, dan dia muda lagi..

Kasihan, sedih, sume ade, lantas teringat time lepak sama2 dulu, yang bagusnya, perkara mcm ni buat kita sedar banyak perkara selain mengingatkan kita yang kematian itu hadir bila2 masa yang ditentukan oleh-Nya, hanya persoalannya hanyalah kita dah bersedia atau tidak?

Aku selalu harap, keluarga aku akan bangga dengan aku, dan yang paling penting aku sendiri berbangga ada keluarga yang agak best camni, keluarga aku kecik, tapi susah sket nak bersatu. tapi yang penting, aku harap aku sentiasa ada bila2 masa untuk dorang, Tuhan je yang tau camne aku sayang keluarga aku.

walaupun sumbangan aku kat keluarga tak seberapa, tapi anggaplah jasa yang tak seberapa sebagai tanda aku sayang kat keluarga, begitu jugak aku, takkan ada satu pun jasa dari keluarga aku yang aku akan lupa, semuanya aku ingat dan aku nak ucap terima kasih sebab kebanyakan masa aku susah, aku tau aku bole harap kat family aku.

Ya atau tidak, tanya diri sendiri..aku taknak cerita pasal tu..aku nak cerita bila aku pergi satu hari nanti, aku harap takkan ada satu pun hal yang akan membuatkan aku menyesal, dan aku harap bila tiba masanya, kawan-kawan aku takkan bersedih sebab aku selalu buat dorang ketawa.

Ya, bergembira.. itu antara bahagian yang penting dalam hidup kita. aku suke happy2 besama kawan2, dan harap sume perkara yang lawak dan happy waktu bersama akan kekal abadi, ingatlah yang indah, yang buruk tolong tendang kat tepi ye. aku harap bila korang teringat aku, korang sentiasa akan senyum sbb korang tau aku nak korang happy.


Sebab hidup aku ni takla se-happy yang disangka dari luaran aku ni, sebab orang yang happy2 slalu cam aku ni selalunya ade life yang sedih, yang menyakitkan hati.. tak bahagia atau senang macam orang lain, tapi aku bersyukur dan sentiasa redha dengan takdir ALLAH swt.. sebab tu korang dapat tgk aku ceria2 dan sentiasa melawak, hanya sebab aku taknak rasa camtu dah.

Jangan ada langsung yang sedih, tapi harap takde la yang happu lak sbb aku da takde, kalo adapun, itu hak masing2.. tapi camnepun, kebencian takkan membawa apa2 faedah, jadi mulai harini, kalo bole aku taknak ade unsur2 kebencian dlm diri aku, tp benci pada perkara yang patut dibenci tu takpe kot dikekalkan.hehe.

Air mata takkan dapat ubah apa2, tapi aku harap bila harinya tiba, takkan ada seorang pun yang terasa atau terkilan dengan kesalahan aku, dan begitu juga aku sebaliknya, sbb aku kenal sangat diri aku sendiri, aku cakap main lepas, kadang2 org terasa, tapi aku nak bagitau, selagi aku masih bercakap, maknanya aku tak marah, sbb aku diam bila aku marah.

Jikalau ada satu pengalaman gelak ketawa ngan aku skalipun, aku nak korang ingat dalam otak korang sebab pengalaman camtu la yang buat aku ingat korang smua dan yang buat aku tau aku berkawan ngan korang.. dan walau seminit pun masa yang aku luangkan kat korang, aku nak ko tau itulah perkara paling mahal pernah aku bagi, sbb masa' aku adalah yg paling aku titik beratkan.

Aku tak heboh satu Malaysia kalo aku marah, kadang2 ketara kemarahan tu, tapi tak ketara sangat jika dibandingkan bila aku tak bercakap..tapi walau camnepun, aku nak minta maaf atas semua salah silap aku tak kira kepada sesiapa pun diluar sana, samada yang sengaja ataupun tidak, aku minta maaf banyak-banyak.

Mengaku 100% aku suka buat orang terasa, hanya sebab ramai yang buat aku camtu, walaupun aku berbuat baik dengan orang lain..biasa la, lumrah dunia, tak kira la camne baik pun kita terhadap orang lain, tak semestinya kita akan dibalas baik..yang penting, kita berbuat baik kepada semua orang tanpa mengharapkan pembalasan..

Harap aku dapat mengaplikasi teori 'berbuat baik' ni sentiasa..hehe.. korang pun sama.. sebab dalam hidup ni, yang penting kita hanya buat yang terbaik dan biar takdir tentukan hasilnya, kita tak ada hak nak paksa orang buat baik kat kita, begitu juga kita tak ada hak nak nak membuat kejahatan pada orang lain.

Kadang-kadang aku ada mengelak pada sesetengah orang, aku elak, tak nak jumpa, taknak cakap, taknak luahkan apa yang aku rasa, taknak itu ini.. kalo ada ar bende ni jadi kat korang, saya nak minta maaf lagi sekali..selalunya aku buat camni hanya sbb aku taknak buat orang tersinggung. yela, nati bila jumpe, dah aku bengang, bila aku bengang, aku cakap ikut sukati aku, bila aku cakap ikut sukati aku, orang lain sentiasa terasa dengan aku.

Ada masa aku bagitau aku sayang, tu maknanya aku mmg sayang. tapi kalo aku tak bagitau, tak bermakna aku benci.. tapi yang pernah sayang diri ni, terima kasih banyak2 sebab cuba dan pernah menyayangi aku ni, dan yang paling penting sebab terima diri aku tanpa sifat prejudis mcm sesetengah orang, dan itu hak individu..

Aku pun taktau nape aku bole tulis entri tahpape camni, maybe aku boring kot.. hehe. tapi kalo ada satu baris ayat yang korang rasa tu betul' so, korang ingatlah kat dalam pemikiran korang tu sebab hari esok, takkan sama dengan hari ini..



p.s - Bila Aizat dah takde nati, tolongla doakan dia sbb masa hidup dia, dia sentiasa doakan keluarga dan kawan2 dia lepas dia solat ;)

3 comments:

ZAELIS said...

Hmmm...nice entry...tharu...ttiba trus bukak MP3 Hujan ~ " BILA AKU SUDAH TIADA "
Anyway....nice to know you...Insya Allah ai sentiasa doa kebahagiaan u =D May Allah Bless

A.I.Z.A.T said...

Eleea.. hehe, saje je ni merapu.. hehe..thanks alot, nice to know u too, Insya Allah.. Kite pun doakan kebahagiaan awk gak tau. ;)

Allah bles u too, insya Allah..

Unknown said...

wlupn org byk wat salah ngn aizat, org harap aizat boleh dan dapat maapkan org ek..yup kenangan ngn aizat n sumer mmg smpi biler2 org xkn lupekan...lurve n mizz u so much...

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates