Monday, April 14, 2008

485472..Nombor ape nih?? Pelita KLCC Rawk!!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada sume..hehehe(agak skema).. "48, 54, 72" nih bukan le nombor ekor atau apa2 nombor yang berbau perjudian dan jua bukanlah nombor plat kereta atau kenderaan milik pegawai kerajaan yang berhampiran rumah anda.Cerita nombor in bermula dengan Saya(aizat) dengan Komeng, Yus dan sepupunya, Norul dan Syahir serta Komeng memang dah set nak tengok game Mu vs Arsenal..meskipun aku sampai dahulu, tapi memang tempat duduk 'luck' aku dah full house..so aku dengan cover macha terus pergi ke area yang lain dan terus duduk di depan LCD 42" brand yang tahpape iaitu 'heestar'..takpe ar, janji bule tgk..ye dak?? Yus ngan cousin die-Farah datang dulu, next Syahir ngan Norul(die ni laki) dan disusuli ngan komeng dan Nas(die dok asing sbb die nak geng ngan Wahab yang menyokong Arsenal=Team KALAH).. Aku cam biasa 'memekak' kat pelita itu dengan niat untuk menyakiti penykong Gunners di sekelilingku dan seperti biasa jua, aku je yang bercakap time game start sebab komeng dan kenkawan yang lain sume takut nak bising, riso nati MU lak yang kene..akan tetapi, perkara itu menjadi realiti, tatkala sume dah cuak, Arsenal memang dapat score dulu..tapi aku rilex lagi sbb aku tau awal lagi(hahahhahahah,riaknya!!) ianya adalah minit-minit gol yang dijaringkan bernula pada minit ke-48 oleh team yang agak kecundang serta gagal atau 'LOSER' iaitu Arsenal melalui Adebayor ataupun 'Adibahnor'(saya yang gelarkan sebab die x terer tp adibah nor nyanyi sedap..eh pe nih)..gol yang tidak seberapa cantik dan diingati oleh sekelompok peminat Red Devils ini adalah melalui satu tandukan yang agak tidak sengaja dan penjaring gol ini cam takut2 jek nak 'header'(memang loser!!)..akan tetapi pada minit ke-54, sekali lagi, team 'Sayur'=Arsenal berjaya pada kali ini..iaitu berjaya memberikan United satu sepakan penalti lepas William Galas cuba2 untuk menjadi penjaga gol dengan menahan bola guna tangan kanan die yang agak gelap itu..dan Cristiano Ronaldo(Gol ke-38 musim ini-terima kasih) berjaya memberikan united gol penyamaan setelah 'retaken' penalti itu(Lehmann dapat kad kuning time nih,kahkahkahkah)..aku dan saya terus berkata kepada kenkawan yang berada di sekeliling "PERCYA PADA DIRI, DENGAN HARAPAN DAN KEYAKINAN''(cam lagu AF kan??) supaya mereka bersemangat waja dan pada waktu ini sume kwn2 khusyuk tengok game dan berkat kesabaran dan beserta hirupan air teh ais yang agak sedap, serta roti telur yang hanya dimakan 2 suap(sbb xde selera nak mkn) dan detik2 keemasan dan yang paling diingati sepelusuk dunia, 18 minit kemudian Owen Heargraves menyempurnakan hari malang Arsenal dengan sepakan percuma yang sangatlah cantik dan mengagumkan rakyat Pelita KLCC tadi(aku memang slalu tgk bola kat sini)..oh ye, Hargreaves memang sangat hebat, sepakannya tidak dapat diselamatkan oleh Jens Lehmann yang azalinya bukan goalkeeper yang cekap. dan pada waktu ini saya dengan bangganya menjerit GOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL.. maka marahlah penyokong2 Arsenal yang tidak berani memakai Jersey kelab pujaan hampeh mereka-Arsenal..tatkala komeng tersengeh-sengeh, yus juga turut menjerit dan diikuti brader2 di belakang, depan, kiri serta kananku yang juga turut menjerit happy..hahahaha..saya dengan bangga tapi cuak langsung makin menguatkan volume jeritan supaya didengari sume masyarakat madani di pelita itu..bangganya..yus balik dulu dan yang selebihnya meeting pasal futsal sok arinye dan setelah bertikam lidah mengenai isu bolasepak, kami pun balik dengan hidung kembang kempis dan dengan mendabik dada..kami pun balik lepas bayar bil mkn minum yang berjumlah RM31.50(cheese nan{syahir},butter/garlic nan{cousin yus},nasi gorengx2{yus&norul},roti telur{aizat@aku@saya-tapi x habis-} serta air kopi o aisx2{yus}, farah{teh ais}, barli suam{syahir}, nescafe o aisx2{norul memang haus} dan saya@aku@aizat{teh ais} serta komeng{teh o suam tambah gula})..wahhhh, aku hafal menu dorang order tadi..kahkah..untuk yang tidak tahu, aku memang senang menghafal terutama digit2 no telefon, nombor yang didarab atau dicampurkan..dan termasuk sesetengah ayat lazim yang dialunkan kaum kelurga seperti bebelan mak aku, kakak aku, ataupun janji2 palsu kawan2 tercinta seperti 'nati aku belanja ko makan kat TGI Friday bile dah gaji'..banyak lagik ar..tapi masa study dulu susah lak aku nak mengafal coding2 Java, VB mahupun C++..ISH..dah ar, panjang lak..sape yang baca nih mesti kesian sbb dah banyak aku mengarut nih..akhir kata, take care dazz ;p.. eh silap..take care guys..hahah..majulah Manchester United untuk kami..wassalam

-minit54-
"Obin Jang Obin"-kata Ferdinand kepada Ronaldo setelah berjaya mengambil sepakan penalti yang canggih..Park berkata-"Eden dah agak ekau buleh score"..Ronaldo membalas-"goreng pon sodap"


-minit 72-
"Menuju puncak impian
dinanti bersama janji azam sejati, pasti berjaya di OLD Trafford"-Hargreaves menyanyi dengan riangnya seteleh berjaya menjaringkan free kick yang agak ekstrim kehebatannya

3 comments:

-dazZ- said...

dinnn...............!!!!
aizat sebut nama aku tu....
(rs cam dilamun cinta)

mama mia said...

erkkk aizat, ni no ekor ke, erkkkk

aizatbest said...

ape ar mia,berjudi tu kan haram..hahah..aku seumor idup x pnah beli no ekor..kahkah

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates