Sunday, November 9, 2014

Cinta Ini

Assalamualaikum..

Emm, aku menulis entry kalini hanya untuk luahkan perasaan aku sekarang. Setelah sekian lama, aku kini dilamun cinta.

Tak ku duga, aku jatuh hati pada seseorang wanita. Yang akhirnya mampu membuat hidup aku kembali gembira.

Nor Suraya Zainuddin namanya. Dia cantik, chinese look orgnya. Dia memilih aku tanpa memikirkan paras rupa aku yang tahpape ni.

Sungguh aku bersyukur dgn kehadiran Suraya dalam hidupku. Aku sentiasa berdoa moga aku dapat menjadi lelaki terakhir dlm hidup Suraya.

Tak pernah seumur hidup, aku mengambil berat tentang wanita lain seperti aku ambik berat pada Suraya. Bagiku, dialah segalanya. Takkan aku persiakan dia.

Namun, seperti setiap hubungan yg lain, pasti ada moment indah dan yang mengecewakan. Biarpun hubungan tak sehangat seperti permulaan, tapi aku percaya pada Takdir Allah SWT.

Aku percaya aku untuk Suraya. Aku tahu jauh disudut hati Su, dia mencintai aku. Cuma aku perlu belajar untuk lebih memahami dia dan aku sanggup untuk berubah sepertimana yg dimahukan.

Apa saja asalkan ianya membuatkan dia gembira. Aku tak mahu masalah remeh menjadi penghalang kebahagiaan kami.
Aku mahu jadi yg terbaik untuk dia.

Aku akan perjuangkan cinta ini habis habisan. Kerana bukan hari hari kita dpt merasai pengalaman mcm ni. Dan bukan setiap insan yg kita suka mampu membuat kita gembira.

Bila aku melihat wajahnya, terasa jantung bagai terhenti. Masa pun berlalu lebih pantas dari biasa. Alangkah bahagianya kerana dia juga mengambil berat terhadapku.

Aku bahagia bila dpt bersama dia. Perasaan ini tak mampu untuk aku terangkan. Bukan selalu kita dapat rasa happy hanya dengan melihat insan yang kita sayangi.

Mungkin dia tak faham betapa pentingnya dia dalam hidup aku sekarang ni. Mungkin memang salah aku kerana terlalu kerap menghantar msg padanya.

Tapi percayalah, tiada seinci pun niat untuk mengongkong. Hanya kerana atas dasar ambil berat, dan mungkin aku terlampau ambil berat sehingga disalah erti.

Kalau rasa seperti aku tak pernah beri ruang untuk dirinya sendiri, aku sanggup memohon maaf. Malahan sekarang, aku bersedia untuk menjadi apa yang dia pinta.

Biarpun masing masing mempunyai sejarah hidup hitam. Tapi tak bermakna kita perlu saling membenci. Apa yang penting, kita rancang hidup bersama dan selagi kita masih mencintai satu sama lain, takkan ada yang menghalang kita selain diri kita sendiri.

Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Tapi kita juga perlu ada usaha. Tak pernah aku mencintai org lain sepertimana aku mencintai Suraya.

Satu satunya wanita yang mampu bergaul dengan hampir kesemua ahli keluargaku. Abang abangku jua menyenangi kehadirannya.

Sampaikan hampir setiap kali ada program keluarga mesti mak dan abang suruh aku menjemput Suraya. Tapi aku risau ianya hanya akan membuatkan dia merasa dia lebih terkongkong.

Tak apalah. Aku memahami situasi Suraya. Aku faham maksud isi hatinya. Dan walaupun tak mampu nak bersua sepanjang masa, tetap tiap hari aku memikirkan dirinya.

Dalam tempoh kami tidak bercakap, ber'whatsapp' seperti biasa, tidak boleh berjumpa ini, aku akhirnya faham. Biarpun tidak ada disampingku selalu utk berjumpa setiap minggu, yang paling penting dia sentiasa ada dalam hati ini.

Itu sudah memadai. Yang penting, aku juga berada dalam hatinya selalu dan kami saling mencintai dan merindui biarpun tak terungkap dengan perkataan. Dia menasihati aku begitu dan aku bersetuju dengan pandangannya.

Sekarang, hanya masa menjadi penentu. Aku percaya hubungan ini akan pulih dan kembali normal. Aku akan berubah untuk menggembirakan hati Suraya.

Kerana Suraya sentiasa membuat aku gembira hanya dengan kehadirannya. Hanya dengan msg "Awk watpe?", mampu membuatkan hidupku ceria. Dan dia juga tahu aku mampu menggembirakan hidupnya.
Thanks awak, sbb hadir dalam hidup orang. Orang minta maaf atas SEMUA kesalahan org sebelum ni. Orang terlalu takut kehilangan awak sampaikan org buat awk rasa terkongkong.

Orang faham awk pun takut dilukai macam sebelum ni. Tapi percayalah, orang terlampau sayang pada awak dan sanggup berbuat apa saja asalkan kita masih bersama.

Aizat love Suraya.
Forever and ever.
InsyaAllah.
Aminnn

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam diluar sana. Ok ke raya tahun ni?

Raya Aidiladha kali ni sama macam Raya Aidilfitri aritu. Masih takde mood nak menyambut raya.

Malam raya keluar minum dengan kawan, hari raya.. Petang tu tengok game bola kat rmh, mlm keluar lagi. Esoknya lepak rmh akak kat ampang.

Tapi semalam, dlm lepas Isyak. Terdengar takbir raya dari speaker surau kat rmh, pastu dari dlm Tv. MasyaAllah.. Sayunya hati ni, Tuhan je yg tahu.

Terus sebak terkenangkan arwah abah dan kakak. Duduklah aku sorang kat ruang tamu, sambil menangis.

Ingatkan dah ok, sebab pagi raya berjaya tak nangis. Tapi, apakan daya. Lagi sedih sebab, tak tau nak share dengan sape. Orang lain ada hal pulak.. So, simpan jela dlm hati memule tu.

Nasib baik ada kawan kolej dulu, kebetulan tgh msg dia. Pastu dia pulak kenal arwah akak, so.. Dia paham apsal aku camtu.

Lepas tu terus ajak member baik kat area rumah keluar. Tak tahan dah nak duduk rumah. Asik sedih je. Emm..bukan aku tak redha, cuma ada masa, teringat je. Al-Fatihah buat arwah Abah dan akak dan semua Muslimin yg telah pergi meninggalkan kita..

Cukup sampai sini dulu. Lain kali pulak ye sambung..

Assalamualaikum..

Thursday, May 22, 2014

Terima Kasih Kakak

Assalammualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Hampir genap sebulan pemergian kakak tersayang (23 April, kakak meninggal dunia). Aku masih belum mampu melupakan arwah kakak. Wan Azreena binti Wan Jaafar, seorang kakak, adik, makcik dan anak yang baik. Aku redha dengan semua yang terjadi, tiada sedikitpun penyesalan dalam hati ini. Biarkan kakak 'berehat' di alam sana. Cukuplah dia menanggung derita, tapi apakan daya. Aku hanya terkadang rindu pada kakak.


Mengiringi kakak ke perjalanan terakhir di dunia 


Setiap hari selepas habis kerja, aku akan ke rumah kakak di ampang. Sehingga ke saat ini, aku masih merasakan yang kakak ku masih ada dek terbiasa dengan kehadirannya. Terutama pabila aku di rumah kakak. Setiap kali aku makan di ruang tamu, sesekali fikiran seakan terbayang kelibat kakak yang sedang solat di atas katil, ataupun terbayang wajah kakak duduk di meja komputer, kakak dan alat bantuan oksigennya.

Kini, akak pergi buat selamanya. Tapi aku setiap kali aku singgah di kedai makan di kawasan ampang, masih memikirkan kakak nak makan apa hari ini. Hari hujung minggu, aku sentiasa di rumah kakak. Masih jelas terbayang, kakak di dalam bilik mengucapkan 'Terima kasih dik, terima kasih dik' ketika aku menghidangkan makanan. Selalu juga dibelikan putu bambu untuk kakak, memang boleh dikatakan makanan kegemaran kakak, selain itu, kakak juga mengutamakan makanan yang tidak berminyak, jadi. Putu bambu menjadi pilihan.

Selalunya aku akan beli putu bambu di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Sepanjang menemani kakak, tidak ada kerenah yang ditunjukkan. Kakak sentiasa bersyukur dengan apa yang dihidangkan. Pernah satu hari, kakak nak makan Curry puff dari Secret Recipe, masa tu hujan lebat sangat. Aku dari ofis, terpaksa pulang ke rumah di kampung baru untuk meninggalkan beg yang berisi laptop.

Bila dah dibeli curry puff, kakak berkata "Mama (mak) suka curry puff ni, dia aritu cari merata, tapi tak jumpa". Kakak, kakak. Walaupun kakak sakit, walaupun kakak teringin makan sangat. Tapi masih lagi kakak ingatkan mak. Baiknya hati kakak, mulianya hati kakak. Walaupun kakak tak memaksa aku beli untuk mak, sebab masa tu aku dah belikan untuk kakak je. Aku singgah sekejap untuk beli curry puff tu untuk mak secara senyap.

Kakak aku, bukan macam kakak yang biasa. Dia luarbiasa dari segi kebaikannya, dia sentiasa mengingati orang lain. Mengingati dalam erti kata lain, dia sentiasa mengambil berat, pada semua ahli keluarga, pada semua kawan-kawan. Malahan, kawan-kawan aku pun kakak ambil berat. Masa arwah abah tenat, akak ada belikan tilam angin elektrik. Bila abah dah tiada, kakak suruh aku kasi tilam tu pada kawan aku yang bernama Linda, ayahnya juga sakit tenat waktu tu.

Cumanya aku tak sampai hati nak bagitau kakak yang ayah linda pun dah kembali ke rahmatullah, pada Jun lepas. Aku diamkan aje, angguk tanda setuju. Itulah kakak, walaupun dia tak kenal orang sebaik mana, dia tetap ada hati untuk membantu. Kalau pada orang luar pun, kakak akan mengambil berat, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sayangnya kakak pada keluarga, tiada tanding.

Bukannya aku memuji semata kerana dia kakak aku, tapi aku beritahu sejujurnya. Dia memang seorang ahli keluarga yang sangat penyayang. Kakak sentiasa memberi hadiah kalau ada apa-apa majlis. Kakak belikan kek mahal (hehe), kakak akan aturkan makan-makan sebab akak suka bila keluarga kami berkumpul beramai-ramai. Kakak buat semuanya, biarpun terpaksa berbelanja banyak, kakak tak pernah meminta orang membalas segala kebaikannya.

Dua tahun lepas, aku jatuh sakit sehingga terpaksa solat dalam keadaan berbaring. Kakak dari pejabatnya di UKM, Bangi, datang menaiki teksi dan membawaku berubat dengan Ustaz Malik, ustaz yang juga mengubatkan kakak. Sebab aku bagitau kisah ni ialah, dalam dua minggu kebelakangan ini, aku mengalami tanda-tanda seperti yang aku alami dua tahun dahulu. Aku juga menghidapi batuk teruk, berkahak dan batuk aku tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Ubat dah habis dimakan, namun masih tidak ada tanda-tanda batuk berkurangan. Sejak minggu lepas, aku berubat di flet Masjid Alam Shah, Jalan Pudu.

Aku tak mahu cerita pasal kesakitan yang aku alami, cumanya aku teringat akan kesungguhan kakak datang menjemput aku di kampung baru, dalam keadaaan aku tidak mampu berjalan. Solat pun sekadar baring di atas sofa. Kakak yang mencadangkan agar aku berubat.di situ, kakak juga belikan segala ubat-ubatan semasa proses berubat. Alhamdulillah, aku sihat seperti biasa lebih kurang sebulan selepas itu. 

Terima kasih atas segalanya wahai kakak yang baik hati, aku sentiasa berdoa agar segala jasamu padaku, pada keluarga dibalas dengan pahala oleh Allah swt. Damailah kau di sana wahai kakakku sayang,  moga Allah swt melapangkan kubur-kubur kakak dan abah di sana, berbahgialah kalian di sana hendaknya. Adik akan sentiasa mendoakan kakak dan abah sehingga akhir nafas ini. Amin..

Al-Fatihah

Monday, May 12, 2014

Kakak

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.

Apa khabar semua ? Moga kalian baik-baik sahaja hendaknya.

Sekian lama tak dikemaskini blog ni, akhirnya ada kisah untuk diceritakan.

Bersama Arwah Kakak dan arwah Abah. AL-Fatihah

Tanggal 23 April 2014 lalu bersamaan 23 Jamadilakhir merupakan tarikh dan hari yang paling sedih buat saya sekeluarga. Kakak saya iaitu Wan Azreena binti Wan Jaafar telah kembali ke rahmatullah. Pada hari itu, saya seperti biasa bergegas ke rumah arwah akak di Ampang selepas waktu kerja dan selalunya saya akan menghantar sms menanyakan makanan apa yang ingin dibeli.

SMS dihantar sebelum saya bertolak dari tempat kerja di Jalan Tun Perak lebih kurang jam 6pm dan sesampainya saya di sekitar rumah kakak, panggilan telefon saya beberapa kali tidak terjawab. Dalam fikiran saya mengatakan kakak mungkin sedang tidur, mandi ataupun solat. Lalu saya membelikan makanan untuknya seperti biasa,dan terus ke rumah akak.

Dari luar rumah, saya dapat lihat lampu dapur dan ruang tamu masih terpasang, dalam erti kata lain, keadaan masih sama ketika saya pulang dari rumah kakak malam sebelumnya. Hati saya mula gelisah kerana kakak selalunya akan menutup lampu-lampu itu. Ketika masuk ke rumah kakak, saya memberikan salam namun tak dijawab dan saya nampak kakak baring di atas katil.

Terus saya mengejutnya beberapa kali walaupun sudah ada tanda-tanda dia tidak lagi bernafas. Saya mengusap tangannya sambil berharap kakak akan bangun. Mungkin dia hanya pengsan, tapi bila saya merasa nadinya tidak berdenyut. Makin rungsing fikiran saya waktu itu, Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasakan waktu itu. Saya menjerit meminta kakak bangun, namun kita semua tahu ianya hanya sia-sia.

Dalam keadaan air mata laju berderai membasahi pipi, saya gagahkan hati membuat panggilan telefon pada abang bob saya, kemudian saya menelefon ambulans dan syukur Alhamdullah, bantuan kecemasan tiba tidak kurang dalam masa 15 minit dan untuk itu saya berterima kasih kepada pihak Hospital Ampang kerana bergegas datang.

Abang saya yang ketiga, Fezz merupakan yang pertama tiba di rumah kakak. Kemudian kawan baik abang Bob saya iaitu abang Nizam tiba dan tak dapat lagi saya menahan sebak, abang nizam yang meluru masuk ke dalam bilik terus menangis dan memeluk saya sambil mengatakan "Zat, Kak ina dah tak ada". Selepas itu kesemua rakan baik saya tiba di rumah itu, Badrill , Jai, Rujsdi dan saya hanya mampu menangis dan berdoa moga segalanya berjalan lancar.

Kakak saya merupakan insan yang paling rapat dengan saya diantara adik beradik yang lain. Arwah akak lahir pada 10 Januari 1970 dan meninggal dunia pada 23 April 2014. Sebelum itu, arwah akak tinggal bersama abah yang meninggal pada 19 Mac 2013 yang lalu. Hanya setahun selepas pemergian abah, saya sekeluarga diuji dengan pemergian kakak. Pilu hati ini hanya Allah swt yang tahu.

Sebelu, kakak, abah adalah tempat saya mengadu nasib. Rumah kakak di Ampang itu dah seperti tempat saya melarikan diri dari masalah. Abah pergi selama-lamanya pada 19 Mac tahun lalu, dan kakak yang baru keluar hospital sejak hujung tahun lalu tinggal seorang diri, saya hanya datang untuk membelikan makanan, mengemas rumah sedikit sebanyak.

Kebiasaannya, kakak akan batuk teruk setiap hari dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen. Tanpa bantuan pernafasan, kakak mudah semput. Oleh kerana itu, saya tak mampu nak berborak lama dengan kakak kerana keadaan kesihatan kakak tidak mengizinkan. Sepanjang kedatangan saya ke rumah kakak, saya sedapa upaya menunaikan hajatnya.

Kakak teringin untuk makan ice cream am red velvet, 2 minggu sebelum dia pergi, ada juga sesekali kakak mahu makan curry puff Secret Recipe, kesemuanya saya belikan. Tiada satu hari pun yang saya mengeluh kepenatan walaupun saya baru pulang bekerja dan saya juga tidak tinggal berhampiran berbanding abang saya. Tapi saya tak peduli semua itu, bagi saya, segala penat lelah saya tak dapat dibandingkan dengan semua jasa kakak pada saya dan keluarga.

Kakak saya merupakan seorang yang mengutamakan keluarga. Dia contoh terbaik dalam keluarga saya. Sentiasa menyayangi kesemua anak-anak saudaranya. Setiap harijadi, setiap ulangtahun, setiap majlis tahlil, kakak yang akan bertungkus lumus, membeli makanan dan keperluan, segalanya kakak akan uruskan. Walaupun kakak saya tu tiada kenderaan, dan hanya menaiki teksi ke sana-sini. Tapi dialah yang pasti datang dalam semua majlis keluarga. Malu sungguh pada kakak, hatinya begitu baik tapi tak semua orang yang menghargai.

Kakak memang suka pada budak-budak. Semua anak saudara dilayan dengan baik, akak sentiasa menolong abang dan adik-adiknya dalam urusan anak-anak. Kakak sangat pemurah, tidak pernah kedekut, setakat beri duit untuk beli susu, makan, pakaian untuk anak-anak saudaranya bukanlah satu masalah besar. Tapi tidak semua adik beradik saya yang tahu menghargai jasa kakak walaupun terang-terangan kakak SENTIASA membantu.

Sehingga waktu saya menulis (menaip, sebenarnya) entri ini, saya masih sedih dengan kehilangan kakak. Saya tak boleh tidur malam seperti biasa kerana teringatkan kakak. Mujur ada rakan-rakan yang memahami situasi saya. Mana mungkin boleh lupakan insan yang paling dekat di hati. Insan yang sentiasa membantu saya sejak sekolah, sehinggalah dah bekerja dan kakak memang orang yang paling baik yang saya pernah kenal sebab kakak tidak pernah menghrapkan balasan atas setiap pertolongan yang diberikan.

Kakak terlalu baik pada semua orang, dan walaupun orang lain tidak membalas jasa kakak dengan kebaikan, ataupun orang lain tidak mengendahkan kakak walau ketika kakak sakit. Tidak pernah sekalipun kakak merungut. Begitulah kakak, baginya keluarga adalah segalanya. Ketika kakak sakit tempoh hari, kakak mesti memberikan duit belanja pada mak. Walaupun mak tak mahu tinggal di rumah kakak untuk menjanganya, tapi kakak faham akan keadaan kesihatan mak yang tak menentu.

Kalau ada kebaikan walau sebesar zarah dalam diri saya, ketahuilah bahawa ianya kerana saya mencontohi kakak. Kakak mengajar untuk melakukan kebaikan walau orang tidak membalas kita dengan kebaikan. Memang sukar untuk berbuat baik pada orang yang tidak berbuat kebaikan pada kita, tapi berlainan dengan kakak. Dia menghormati orang yang lebih tua, dia menyayangi semua yang lebih muda.

Hari sabtu sebelum kakak pergi, saya datang ke rumahnya untuk membelilkan makanan tengahari tapi kakak menolak kerana pakcik teksi dah belikan makanan dan saya ke rumah abang di wangsa maju dan berjanji akan datang semula untuk membelikan makan malam untuk kakak. Malam itu, saya bawa sekali anak abang yang paling bongsu, Kameela namanya. Kakak sangat ceria dan gembira malam tu.

Ketika masuk ke rumah kakak, saya menyuruh Kameela membawakan makanan ke dalam bilik kakak. Dari luar saya terdengar jeritan kakak "Bestnye Kameela datang" dan tedengar tawanya yang jelas gembira melihat anak saudaranya itu. Dipeluk, dicium pipi Kameela. Siap diberi mainan untuk Kameela malam tu. Begitulah kakak, menghargai setiap detik bersama keluarga. Malam itu, kami berborak panjang tentang keluarga dan itu ini.

Berbincang nak beli kereta, dan kakak amat teruja waktu tu. Jarang kakak bersungguh untuk berborak macam malam tu, sebab selalunya dia batuk dan susah bernafas. Alhamdulillah, malam tu dapat kami berborak panjang.. Sesekali terselit kisah ketika arwah abah masih ada, banyak kenangan yang kami lalui bersama, susah dan senang, ketika sihat dan sakit. Kini tinggallah saya sendirian tanpa insan yang paling memahami saya.

Pengaruh kakak terlalu besar dalam hidup saya, dialah yang memberikan nama kepada saya. Wan Aizat, nama yang diberikan kerana berhampiran dengan namanya - Wan Azreena. Dari kecil hingga saya besar, dia sentiasa bersama saya. Tak mampu nak diteruskan lagi cerita tentang kakak ni kerana terlalu sedih. Tapi, buat semua ahli keluarga, rakan-rakan, murid-murid dan semua yang mengenali arwah kakak, saya mohon kalian maafkan segala kesalahan kakak, jika ada, dan halalkan segala makan dan minum sepanjang perkenalan.

Tiada apa lagi yang mampu dilakukan, selain berdoa kepada Allah swt, moga roh kakakku, dan roh ayahku dirahmati oleh-Nya, moga dilapangkan kubur-kubur mereka, moga berbahgia roh mereka di sana, moga dijauhkan dari segala azab kubur dan damailah kalian di sana. Suatu hari, kita pasti berjumpa lagi, sementara itu doa ini kuberikan buat kalian. Al-Fatihah


Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates