Friday, January 11, 2013

Mari Bersyukur Pada 2013



Sekian lama tak meng-update blog. Akhirnya baru terjumpa masa yang sesuai, dan seiring dengan mood. Sebelum tu, nak Tanya. Macamana tahun baru 2013? Semua ok ke? Harap semuanya ok ok sahaja, moga semuanya sukses dan paling penting korang semua happy dengan hidup masing-masing. 

Kita semua nak hidup bahagia, nak hati senang sentiasa dan kita semua (kalau boleh) tak nak ada masalah. Tapi, mana ada hidup tanpa masalah, kan?? Semua daripada kita ini, juga ada masalah sendiri. Ada masalah kecil, ada yang besar, ada juga masalah kecik tapi nak diperbesarkan, dan macam-macam la. 

Tapi, apa yang membezakan antara kita ialah, cara kita nak menangani masalah tu. Ada satu masa dulu, aku sentiasa berfikiran yang aku sorang je dalam dunia ni yang ada masalah. Masalah aku adalah yang paling utama, orang lain – I don’t care! 

Tapi, tu dulu-dulu. Zaman tu dah habis, tu zaman jahiliah, darah masih muda, sikit-sikit nak marah. Sekarang, pabila ada masalah. Aku diamkan je, jarang nak bercerita, sini jaja, sana jaja, sini sebar, sana terbakar. Sebab apa? Sebab aku tak mahu jadi insan yang tak bersyukur. 

Bila kita asik mengomel, komplen sana sini, hari-hari, semua benda nak komplen, benda kecik nak kecoh, benda besar apatah lagi dan dalam masa yang sama kita tak sedar. Kita tak sedar yang kita merungut pada takdir Allah SWT. 

Siapalah aku untuk menidakkan takdir Tuhan?? Siapa kau untuk membangkang rezeki Tuhan? Segala yang terjadi, biarkan terjadi, tapi selalunya kita membangkang bila terjadi masalah je, betul tak? Bila senang hati, bila murah rezeki, tak ada sorang pun yang nak komplen btol tak? 

Bila rezeki murah, hati senang – kita diam. Apa salahnya kalau diam bila ditimpa masalah. Ucaplah ‘Alhamdulillah’ dan cuba kurangkan mengomel, jadilah manusia yang bersyukur. Aku sentiasa mencuba, korang camne? 

Aku paham, memang ada masalah yang patut diceritakan. Tapi bukanlah semua jenis masalah dan cerita untuk diceritakan. Ada masalah, contohnya masalah rumahtangga, kurang sesuai untuk dihebahkan kat FB, Twitter dan lain-lain laman social. 

Bila ada masalah, cuba cari teman rapat, yang boleh dipercayai. Tu lagi efisyen daripada 24jam update status kat FB. Kau tau tak ramai yang ‘berbulu’ bila kau buat FB tu macam ‘diari digital’?? Setiap 5 minit kau kemaskini status kan? Banyak masa kau rupanya ek. 

Tetapi, kadang tu kita tak sedar sebab dah jadi kebiasaan. Kita rasa yang benda tu tak salah, tapi sebaliknya. Dekat ‘situ’ aku muncul untuk bagitahu yang tabiat tu salah! Salah dan juga amat menjengkelkan! Tolonglah berhenti! 

Percayalah cakap aku ni, “kalau kau rasa dalam dunia ni, kau sekor je ada masalah ternyatalah kau tu silap dan tiada yang salah melainkan yang salah-salah sahaja.”. Kerana dalam pada kau mengomel yang duit kau tak pernah cukup, ada insan kat benua lain yang lebih malang, Negara kena bom, budak-budak kecil pun kena tembak, ayah mati kena bunuh. 



Faham ke apa yang cuba aku nak sampaikan?? Berhenti merungut dan teruskan usaha! Jangan asik nak komplen sana sini, tapi duduk diam main Facebook, dah la main Facebook, dengar pulak lagu ‘Cinta Buku Lima’ nyanyian ‘Najwi Lataf’, ternyatalah yang kau tu dalam golongan yang tidak bersyukur dan bangang. 

Aku bukanlah expert dalam hal agama ni, tapi sekurang kurangnya aku cuba nak memperbaiki diri. Daripada asik nak salahkan takdir, apalah salahnya sekali sekala korang redha dengan ketentuan Illahi, ye tak?? Facebook bukan jalan penyelesaian bagi semua masalah. 

Nak tahu tak solusinya? Bagi yang bukan islam, boleh doa pada tuhan masing-masing, tapi bagi kamu semua yang beragama Islam, solusi yang paling tepat ialah dimana kita perlu ikut je perkara asas yang ditugaskan, tunaikan solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, lepas tu kau cuba berdoa pada Allah SWT. 

Ini tidak, doa dalam FB. Nakla tunjuk pada semuaaaaaaaa orang yang kau tu berdoa, ingat tuhan la konon ek? Kepala hotak kau ok! Walaupun ni zaman canggih, bukanlah semua perbuatan kau tu nak kena tampak cantik, canggih dan moden. 

Doa jela selepas solat, kan tu waktu dan cara yang sesuai untuk berdoa. Tak payahlah nak buat-buat pandai bila sebenarnya cara kau tu bodoh dan salah secara terang terangan. Meluat pulak bila sentiasa ada orang yang suka nak menunjuk setiap masa ni. 

Bagi tahun 2013 ni, apa kata kita semua berazam untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur, dan dalam maksud bersyukur iaitu – kurangkan merungut dan lebihkan tunai kewajipan. Bila dah tunai kewajipan, hati senang, teruskan usaha dan terus berdoa moga kita dirahmati sentiasa oleh-Nya, sebab tanpa rahmat Allah swt, tak ada makna kehidupan ni. Amin 

"SELAMAT TAHUN BARU 2013 KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DI LUAR SANA, AKU NAK MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MINTA MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN YANG AKU BUAT PADA TAHUN 2012 YANG LALU, SENGAJA ATAU TIDAK, KECIL ATAU BESAR, SEMUANYA – AKU MOHON SERIBU KEMAAFAN. SIAPALAH AKU UNTUK SENTIASA SEMPURNA.. "

Salam 



Yang Benar – Wan Aizat Wan Jaafar

No comments:

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates