Tuesday, December 11, 2012

Opah-Kau La KL-Style

Kuala Lumpur Kampung-Ku (gambar dirembat dari google images)


Salam, dan hai semua..

"Pada entry kali ni, saya bukan mahu menyentuh tentang isu ke-negeri-an (mungkin lain kali) sebab, isu ni sensitif. Akan ada mereka yang akan terasa kalau tersilap kata. Jadi, aku akan cuba cerita kisah ni dengan sebaik mungkin supaya tiada siapa yang akan terasa :)"

Intro

Sebenarya kisah ni dah lama terjadi (tahun 2008), masa tu ada Euro 2008, aku masih ingat sebab masa tu aku sedang menonton perlawanan antara Belanda vs Rusia kat Pelita KLCC (yup, aku masih tonton game kat situ sampai sekarang).

Senario Kejadian

Masa tu aku dengan sorang kawan tengah tengok game, dek kerana Euro, maka sangatlah dahsyat para pelanggan kat pelita tu. Ramai ya amat! Sangat sesak, memang kira 'full-house' la masa tu. Jadi, terpaksa la berhimpit-himpit kat mana ruang yang ada.

Port aku masa tu tak berapa canggih, tapi tak apalah, janji boleh tengok game. Aku dengan sorang member, duduk di satu sudut, dan kemudian ada 4 orang pemuda lelaki nak tumpang duduk kat meja sebelah kami. Cerita ini adalah berdasarkan perbualan mamat-mamat yg duduk kat sebelah kitorang tu.

Daripada apa yang saya dengar, loghat yang digunapakai oleh para pemuda tu, 'konpem' dan sahih dorang bukan berasal dari Kuala Lumpur. Mereka menggunakan loghat daripada daerah '&*&%$#'(daerah terpaksa dirahsiakan) tanah air dan ini adalah situasi yang aku paham daripada perbualan mereka :

Salah sorang dari 4 orang pemuda budiman tu baru je berhijrah kat KL ni, dan 3 rakan yang lain cuba memberi nasihat tentang - "Cara hidup di bandaraya Kuala Lumpur" ataupun lepas korang dah baca ni, sebenarnya dorang cuba nak nasihat tentang "Opah-Kau La KL-Style".

"Bandaraya Kuala Lumpur 101"

Aku dan kawan yang sedang leka tengok game tak boleh mengelak daripada tak dengar perbualan dorang ni, sebab dorang terlampau dekat dan of course - mamat tu cerita dengan nada yang agak kuat. Aku tak boleh nak cerita semua, tapi ni antara 'Nasihat' dari 3 orang rakan kepada sorang rakan kampung yang baru je berhijrah kat KL ni - 

1) "Kalau keluar rumah, rambut tak boleh kering" macam ni (sambil tunjuk rambut kawan dia yg baru dtg tu), kena pakai WAX..Yup, memang ada rule yang mengatakan kalau keluar kat KL ni, rambut kena wx, kena gel bagai, baru boleh keluar (Opah kau!)

2) "Tidak dibenarkan memakai t-shirt masa keluar kat KL ni". 'Kena pakai kemeja' katanya. Kepala hotak dia, apa dia ingat kat KL ni takde jual t-shirt ?? Tak pernah pegi shopping complex kat KL ke apa?? Maksud dia, even memalam buta, kena smart la bila jalan-jalan kat Kulompo' ni. (Kepala otak dia!)

3) "Jangan naik motor ketika keluar". Kena naik kereta, baru orang pandang, katanya la kan Aah, kat KL ni memang takde sebijik motor pun, semua warga KL ni kebal dan banyak duit, semua drive time pegi balik kerja. Eh apa punya mentaliti ni?? Ajaran sesat mana la dorang ni ikut ye..hehe

4) "Lepak di tempat-tempat yang 'glamour' sahaja!" - Apa yg aku dengar ialah, mamat ni gitau, kalau dok KL, kena lepak tempat yang best, makan kat restoran, minum kat Starbucks dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Podahhh..kau pun lepak mamak pelita je, ada hati nak suh lepak tempat glamour-glamour.

5) "Kena hisap rokok kat public" - Supaya nampak macho di mata awek-awek. Mungkin sebab dia rasa kat KL ni ramaiiiiiiiiiiiiiii awek-awek cun isap rokok, so dia rasa merokok tu dah jadi keperluan. Kesian kan bila dengar ada orang camni? ehehehe..

Kesimpulan

Itulah antara perbualan dan nasihat yang 'bernas' daripada tiga ekor rakan kepada seorang lagi rakan yang baru sahaja datang ke 'kampung' saya yang tercinta ni. Apa pendapat kalian tentang 'nasihat' dorang ni? Jijik tak bila dengar? Aku meluat sebenarnya bila dengar perbualan mangkuk-hayun ni.

Ada segelintir golongan di negara kita ni yang mempunyai pemikiran camni, pemikiran yang agak KOLOT. Siapa yang buat peraturan ni? Orang KL ke? Aku lahir dan dibesarkan kat KL, kenapa aku tak pernah dengar semua rules ni? 'Bull-shits!!'

Bagi aku, ni semua cara orang bodoh yang 'terkejut' dengan kemodenan. 'Culture shock' bak kata orang putih. Ini semua pemikiran orang bodoh! Yang mendengar dan mengikut tu bodoh, yang mengajar tu lagi la extra-bodoh.

Aku pun tahu, tak semua yang datang KL ni berfikiran macam tu, hanya segelintir golongan sahaja yang 'terlepas' dengan ajaran kurang bijak ni. Jadi, harapan aku pada masyarakat Malaysia ialah, walau dari ceruk mana pun korang datang, jangan terpengaruh dengan anasir yang ntah-apa apa ni.

Yang mana baik dan mendatangkan faedah tu, korang ikut, yang buruk dan menyusahkan diri sendiri dan orang lain tu, SILA ABAIKAN lah ye. Aku pun bukan sempurna, tapi aku tau yang mana OK, yang mana KO.  

P.S - Tak ada salahnya kalau sekali sekala, sebelum kau cakap dan buat apa-apa, kau gunalah otak yang ada Tuhan bagi, ala yang kat dalam kepala otak kau tu. Paham ke??

Fakta - Masa hari raya aidilfitri kan, secara automatik semua kelab malam kat KL jadi lengang. Dahsyat tak?? Jadi, cuba bagitau siapa pengunjung tetap kelab-kelab malam kat KL ni ek?? Hmm (Saya suka round-round kat area kelab tu, saya mengaku, tapi saya tak masuk pun..hehe)

* Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu dari aku sahaja. Salam


14 comments:

Unknown said...

Bhahahahangang btol!!Kencing kuat btolla,da tu kencing brsepah plak tu.Dari saya lahir sampai ler ke beso,ta penah plak ayahanda saya bt or ikot rules bangang cmtu. Poooodaaaahhh! Mmg ngam la dgn tajuk tu der.. Hahahahaha..
(ehem-2,jemput-2 ler ke blog sy.hihihi)

zhura-territory.blogspot.com

A.I.Z.A.T said...

Cik Zhura Zainal -

Kan? mana ada penah ada ajaran cenggini, jangan kata kat KL, kat new york pun tak ada..gile kan? Memang sangat podahh la orang tu..hehe

btw - saya dah singgah blog kamu.. nice blog btw :)

Unknown said...

adeeehhh
ni lah org2 luar yg dtg KL. org KL rileks je. derang lak yg lebih2
tak perlu nak pura-pura
be urself

eh derang borak bahasa mana? kata dok KL, nape x borak bahasa KL

*aku bukan org KL

A.I.Z.A.T said...

Cik Norhidayu Abdullah -

hehe, thanks sbb sudi singgah blog ni..taklah semua dari luar yang mcm ni kan, tapi cuma nk gtau..

ada segelintir golongan yg pikir camni, dorang borak bahasa mana tu biarlah dirahsiakan..

takut nanti mengaibkan para penuduk Negeri/Daerah tu plak..hehe

mario said...

hehe...aku rasa kwn2 dia saje nak kenakan je tu...

A.I.Z.A.T said...

Mario -

ahahhaa, tu pun mmg satu kemungkinan.. tapi, sebab aku ada kat situ.. aku tau dorang serius me-nasihat kawan baik dia.. and btw - aku ada mmg ada kenal spesis camni, sangat annoying! mari hindarkan :)

Unknown said...

hahahaha...mai dari mana la 3 org tu...eleea igt masa darjah 4/5 (time kecik r masa tu) siap gi Dataran Merdeka pakai baju tido je...papa pakai pelekat siap...tgk ktorg belari2 kat pdg tu...xkisah pun...tak yah nak KEYELLLLL sangatttt!!!

=)

Terbaik r entri ni =)

Encik Nort said...

hahahhaa..kebangangan individu yg kna kjutan budaya sgt terserlah.. entri yg best aku baca aizat!! HAHAHHA.. org KL...org KL...

A.I.Z.A.T said...

Salam..

ELeEa - hehe, 'mai dari mana' tu terpaksa dirahsiakan sbb takmau mengaibkan negeri dan daerah tersebut.. hehe.. btw - saya kat kl ni slalu pakai sluar pendek je kalo memalam..takde hal pun, ni bukan Keyellll.. ni key-lam-kabut..ehehhe

A.I.Z.A.T said...

Salam..

Encik Nort - tula, mmg terkejut sangat ni..nasib baik la orang mcm ni dalam kategori 'rare'..kalau tak, lingkup la kampung I camni bang oi.. hehe, thanks btw :)

Syazana said...

yeah Culture shock

Wan Aizat said...

Sya Syazana -

Yup, tula yg sebetulnya.. btw - thanks sbb sudi singgah blog ni :)

Unknown said...

alamak, banyaknye peraturan dok kl nih. kalu camtu org kl xyah kuar rmhle jawabnya.

jemput singgah sini kalau sudi.
http://IzaIsmail.com

Wan Aizat said...

Puan Norliza Ismail -

jangan diikut peraturan mengarut ni.. ni boleh dikategorikan sebagai 'ajaran sesat'..hehe

btw - terima kasih sudi singgah sini :)

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates