Wednesday, September 12, 2012

Ciri-Ciri Isteri Derhaka

Gambar sekadar hiasan dan di-copy dari google images


Assalamualaikum wbt. 

Nota : SILA AMBIL PERHATIAN, entri aku kali ini bukan bermaksud untuk merendahkan martabat seorang isteri atau wanita, dan entry ini jugak bukan kepada mereka yang mempunyai pemikiran negatif, kalau kau rasa kau tu memang jenis negatif, tolong jangan baca!

Dan paling penting ia juga tidak bermakna yang kesemua lelaki atau suami itu mulia dan mempunyai hak. Tujuan aku hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan, aku mungkin masih mentah, masih bujang, masih jahil, tapi aku dalam proses untuk belajar, kau macamana? Jadi, kita mulakan.


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


"Perkahwinan itu ialah sesuatu perkongsian" - ini ialah menurut seorang hakim Mahkamah Syariah yang mana aku disana pada 3 September yang lepas. Besar maknanya perlongsian yang dimaksudkan, sebab tu tak elok kalau masih ada sifat 'mementingkan diri' dalam perkahwinan sebab masing-masing tak mahu berkongsi, dan hari ini aku nak bagitahu tentang ciri-ciri isteri derhaka ataupun iaitu isteri yang tak tahu bagaimana  nak 'berkongsi' kehidupannya bersama suami.

Seorang isteri itu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang remeh. Isteri yang mengabaikannya begitu mudahh mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim) 


Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada antara isteri itu tidak bertanggungjawab terhadap suami dengan sebaik-baiknya, maka isteri yang berbuat sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz. Berikut adalah antara '6' tanda isteri derhaka atau nusyuz.


1) Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


2) Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."

(Riwayat Ibnu Majah)


3) Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


4) Keluar rumah tanpa izin suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)


5) Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


6) Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Demikian sebahagian daripada ciri-ciri dan tanda isteri derhaka, moga kita mendapat manfaat bersama , Insya Allah, terutamanya kepada sahabat-sahabat yang bergelar isteri diluar sana, moga jua anda semua menjadi isteri yang solehah selamanya. Sesunggunya Yang baik itu datang daripada Allah SWT, dan yang buruk itu hanya dari aku sahaja.

Salam

No comments:

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates