Salam Ramadhan buat semua. Camne puasa? ok ke? Arini dah masuk hari ke-4 kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je, cuaca ok, redup memanjang, kadang tu ujan. Memang bagus sangatlah sebab Kuala Lumpur ni dah jadi bandaraya microwave sebnanye, panas gile. Jadi, baguslah kalau hujan turun kadang-kadang, bior sejuk sikit cuaca, hehe.
Bila masuk bulan puasa, bazar-bazar Ramadhan menjadi tumpuan, akan tetapi. Bagi lelaki bujang macam aku dan semua diluar sana, tak berapa digalakkan ke bazar sebab melalui pengalaman aku selama 3-hari staright kat bazar tu, begitu ramai sekali awek-awek cun yang berpakaian agak tak sesuai dan agak menjolok mata kat sana, haha.
Memang tak ada niat nak tengok (sangat), tapi sebab kat sana takleh nak jalan sambi tutup mata, memang ter-tengok jugak la, huhuhu. Setakat gi bazar beli murtabak, karipap, air tebu je takyah la pakai macam nak gi clubbing. Kurang pahala puasa aku tau ;p Ni sume pengalaman selama ni, aku lak selalu gi bazar kat Kompleks Muhibah, Taman Nirwana, Ampang, sebab belikan makanan berbuka puasa untuk bapak aku. Tu yang 'tergugat' iman i tau. ehehehe.
Kalau korang nak gi berbuka puasa kat mana-mana, hotel ke restoran ke, pastikan pergi kat tempat yang ada sijil Halal ye, saje la berpesan-pesan. Cerita pasal berbuka ni, teringat kat semua kawan-kawan yang pernah berbuka puasa sama dengan aku. Ni bagusnya bulan puasa ni, kurang-kurang pun dapatlah jumpa member yang dah lama tak jumpa.
Hari tu, aku tak bape nak sihat, jadi ramailah kawan-kawan yang aku tak dapat nak jumpa. Tapi menakjubkan lepas je aku rasa dah sihat walafiat, takde lak kawan sudi nak jumpa. Semua tu bz la kot, yela kan. Sume orang claimed dorang ada life sendiri, tapi dorang lupa kot suatu masa dulu aku la sebahagian dari 'life' dorang, hehe. Nak buat macamana, takleh nak paksa utk orang 'ingat' kat kita.
Tak ada point kalau semua nak diingatkan, nak kene ingatkan, kena jumpa bila ada masa, nak kena ingatkan, ada masa call/sms aku, nak kena gitau, kalau dtg KL, boleh la lepak minum ke apa. Pendek kata, semua nak kena remind, tapi dah remind pun sama je. Yang regular je ada datang, yang lain. Well, ada life sendiri. hehe.
Mungkin ramai antara dorang tu dah hilang ingatan, atau mungkin aku ni taklah best sangat untuk dorang berkawan. Atau mungkin aku ada buat silap, tapi aku tak sedar, jadi sempena bulan yang mulia ni aku nak minta maaf atas semua kesalahan aku dan oh ye, aku dah deactivate acc FB aku, so..bye-bye.. Selamat semua..
Take care, Assalamualaikum wbt
2 comments:
Selamat berpusa Aizat....semoga khidupan lebih diberkati.Amin =)
Salam ELeEa - sihat ke? puasa ok? Selamat berpuasa gak ye puan, moga dirahmati Allah swt sentiasa, insya Allah..aminnn :)
Post a Comment