Wednesday, January 18, 2012

Selfish Itu Hodoh

Orang selfish elok pakai t-shirt ni

Kenapa perlu mementingkan diri sendiri dalam setiap aspek? Aku mengaku, ada kalanya kita perlu ada sifat selfish ni, tapi itu pun kalau ianya untuk kebaikan bersama, Tapi, ada manusia yang tak pandai nak sedar diri, asik la fikir pasal diri sendiri. Hal dia, dia boleh share. Hal kau, kau setel sendiri. Aku antara yang bertuah dapat mengenali golongan sundal ni, dan di bawah ialah nasihat dan pendapat aku pada 'beruk' ni.

Kalau kau selalu buat baik dengan orang sekeliling, baik sampai tahap menyusahkan diri kau kadang-kadang. Jadi persoalannya sekarang, apa alasan untuk orang sekeliling itu kurang ajar dengan kau? Biasa jadi tak isu ni dalam hidup korang? Kalau biasa, mungkin korang faham, kalau tak, mungkin kau tu memang jenis tak campur masyarakat.

Aku taklah hairan sangat pada golongan hampeh ni sebenarnya. Cuma kadang, terkilan jugak bila ada kenalan yang berperangai serupa binatang ni, lebih-lebih lagi kalau jenis yang dah lama geng, tiba-tiba satu hari dia bertukar jadi hamlau. Tapi, silap la kalau kau rasa kau tu bagus sangat ok. Kau tu siapa? Apa kepentingan kau, kau ada duit juta-juta dalam bank ke? Kau ada kereta Ferrari ke sampai kau nak berlagak dengan aku?

Apa? Tak ada ek Ferrari? Dah tu, toksah la sesekali nak berlagak ye. Sebab bagi aku, kalau sorang tu nak berlagak, ok aje. Tapi pastikan la kau tu memang 'layak' nak eksyen. Setakat muka bodoh, perangai pun bodoh, pemikiran pun tahap sampah, tak payah la. Bersepah orang macam kau ni kat tepi-tepi jalan, kat dalam hutan pun ada ramai la.

Aku tahu macam mana aku layan orang, ada kala masa bila bergurau, mungkin ada yang anggap aku kerek. Tapi, tak semestinya setiap masa aku kerek beb. Bila ada yang minta tolong ke apa, Insya Allah aku tolong kalau mampu. Sebab tu aku nak tau, apa alasan untuk 'kau' nak kurang ajar dengan aku ha sial? Kau ingat aku takde hati perut? Tak boleh terasa hati? Silap orang la kau nak kerek beb.

Takkan ada peluang la untuk dibagi kat orang macam ni. Siapa nak kawan yang nak 'berkawan' hanya pada sesetengah masa je? Bila nak mintak tolong atau masa ada hal, ok boleh jumpa, boleh kawan. Kalau takde hal, takyah. Bila kau susah, orang nak menghadap muka bodoh kau tu. Bila aku ada hal, ok aku tau camne nak setel sendiri.

Sedarlah diri kau tu. Kau tu hanya perasan diri kau tu bagus sangat aje. Tak kisah kalau kau nak lupa diri, tapi janganla terkejut kalau aku lupa muke kau macam mana dah. Kau ingat, zaman moden ni, ramai orang yang betul-betul baik ke? Belajarlah erti syukur ok. Jangan nak mementingkan diri sendiri je, kau tu bukan hebat sangat pun. Kau tu je yang prasan terer. Ingatlah bahawa, selfish itu hodoh sama seperti mereka yang berperangai sedemikian rupa!

P.S - Kalau kau jenis mementingkan diri sendiri, aku nasihatkan suapaya jangan susah hati nak cari aku lepas ni ok. Kau mampus sekalipun, al-Fatihah pun aku tak sudi nak sedekah..daaaa :)



8 comments:

Encik Nort said...

kawan-kawan
kenapa mau lawan?
kita kan kawan..
dulu sama2 kongsi teh secawan

kawan-kawan...
kenapa mau lawan?
orang lain maju ke depan
orang kita cari jalan mau jatuhkan kawan..

kawan-kawan..
kenapa mau lawan?
kan ke cukup rezeki Tuhan?
buat kita ramai-ramai makan...

kawan-kawan..
bukan nak cari lawan..
sekadar nak ingatkan teman..
hati-hati dengan gunting dalam lipatan!

kawan-kawan..
kita sama-sama cari makan...
bila fikir masa depan..
jangan tabur pasir dalam periuk kawan..

kawan-kawan...
cuba dikaji orang tua pesan...
kawan jadi lawan...
lawan jadi kawan...

A.I.Z.A.T said...

memang terbaik ni bro nort..bro karang sendiri ke? dasat la! boleh setanding m.Nasir ni ;p

dayah said...

gilela pantun nort..btulla kawan kdg2 biar berpada2, buat baik berjg2 ..hati2 slalu sbb sume org tak leh percaya..

kite xde semangat currently nk naip belog thn ni....mungkin disitu aja huhu:P

I_Hate_Lolipop said...

dulu aku budak baik dan berhati mulia tentang kawan2..tapi skang aku jadi sedikit egois dan berkawan ala kadar boleh?

Tashabella said...

perhhhh! ayat..memang kenalah habislah kalau org tu baca..nak copylah ayat abg aizat ni sebab kawn adik pun ada perangai camni asik nak berlagak jeee kejo dia kalau xnyusahkan org xpeelah..nanti adik copy ayat abg ni paste kat fb biar dia rasa sikit...

A.I.Z.A.T said...

dayah - betul tu, kita kena pandai pilih kawan kalau takmau menyesal kemudian hari..

takpe dayah, slow2 la, manatau nanti ada idea nk update blog ke..

take care, salam

A.I.Z.A.T said...

I_Hate_Lolipop - ego bertempat tu tak apa la cik, yang penting tak sakitkan hati orang lain :)

A.I.Z.A.T said...

Tashabella - ehehhe, silakan copy..takde masalah..ni cuma luahan perasaan je..huhu

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates