Saturday, April 23, 2011

Adly seorang Hero

Kisah ini adalah Kisah benar yang benar-benar terjadi pada kawan aku yang bernama Nor Adlyshah bin Norjie (boleh add FB dia dgn membuka link kat nama dia tu). Semasa kisah ini diceritakan, Aku, Fadly, Adly, Fizie dan Firdaus berada di sebuah kedai Pau yang terletak di Kampung Baru..

*Kisah ini berkenaan saudara Adly yang berjaya menyelamatkan anak buahnya dari kelemasan tatkala mandi di Glory Beach Resort - Port Dickson baru-baru ini..

Pada suatu hari yang tenang, maka pergilah Adly dan keluarganya yang tercinta untuk mandi manda, menenangkan fikiran sambil menghindari kesibukan kota. Keadaan di tempat mandi itu sangatlah meriah dengan kehadiran anak-anak kecil untuk bermandi-manda dan orang-orang dewasa yang membawa anak-anak sambil mencuci mata.

Akan tetapi, Adly bukanlah manusia yang suka mencuci mata, tidak pula kotor matanya hingga perlu dicuci. Mungkin kerana tidak ramai gadis yang berjaya menarik perhatiannya. Dia juga pada sesi penceritaan ini mengaku bahawa dia telah mengingatkan abang kandungnya (nama tidak diketahui) tentang keselamatan anak yang leka mandi manda.

Sikap acuh tidak acuh Abang kepada adly terhadap anaknya itu membuatkan Adly yang mempunyai naluri ke-pakcik-an yang tinggi sentiasa memerhati setiap inci pergerakan anak buahnya itu. Dalam pemerhatian Uncle Adly itu, tiba-tiba matanya tertumpu ke arah kaki yang tergapai-gapai di dalam air, pada waktu itu anak buahnya telah berada dalam keadaan terbalik dimana kepalanya telah berada dalam air.


Ini adalah kerana (Menurut hero utama dalam kisah ini), pelampung yang digunakan mangsa tidak sesuai dengan saiz badan pemakainya, lantas mengakibatkan ketidak-stabilan, maka sebab itulah kepala mangsa berada di dalam air dan kakinya yang berada di atas permukaan sekaligus mangsa kelemasan beberapa ketika dan pada ketika itu, muncullah wira kolam air iaitu Adly menyelamatkan keadaan.

Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya sendiri, Adly pun terjun ke dalam kolam air yang berparas pinggang itu dengan hati yang gundah gulana dengan keselamatan anak buahnya itu. Akhirnya dia berjaya menarik keluar mangsa lemas dan meminta bantuan 'Abang Lifeguard' (abang ini tiada pertalian darah dengan Adly, harap maklum) dalam membantu mangsa yang tidak bermaya.

'Abang Lifeguard' teresebut pun menggunakan semua pengalamannya untuk menyelamatkan mangsa dan akhirnya setelah bersusah payah mengepam' badan masa, tersedak keluarlah air dari mulut anak saudara adly, maka bersyukurlah pakcik mangsa mengetahui mangsa telah selamat dan bernafas dengan normal. Dalam masa yang sama, kelegaan yang membuak-buak turut dirasai oleh kedua ibubapa mangsa yang jua berada di tempat kejadian.

Pabila menyangka hari malangnya telah berakhir, Adly teringat pula kepada telefon bimbitnya yang disangka hilang, dan bagai jatuh ditimpa tangga, telefonnya itu tidaklah hilang, cuma ianya sedikit basah tatkala beliau tidak sempat mengeluarkan telefon itu dari koceknya sebelum terjun menyelamatkan anak buah tercinta. Adly sedikit pun tiada merasa terkilan, kerana apa yang penting (kerjasama), dia berjaya menyelamatkan nyawa anak buahnya itu.


Tidaklah terkira ucapan terima kasih yang dilontarkan ibubapa mangsa kepada Adly, meskipun dia mahukan Blackberry sebagai ganti handphone nya yang telah berendam dalam air seketika itu. Niat murni Adly yang mengimpikan Blackberry terpaksa ditangguhkan dek kerana telefon bimbitnya yang telah berendam itu masih boleh berfungsi (buat masa ini) selepas dikeringkan di atas tv bukan jenis lcd milik keluarganya.

Kagumlah kami (Firdaus, Fizie, Fadly dan Aku) mendengar kisah ke-heroan Adly buat julung kalinya dalam hidup kami, dan selepas itu kami pun meneruskan hidup kami dengan mengendahkan Adly sambil menanti kedatang Abang Azlee yang sedikit lewat kerana dia sesat kejap. Sekian wassalam


Pesanan buat Adly - "walaupun aku dan rakan-rakan nampak macam tidak mengendahkan cerita ko yang tak berapa pendek tu, tapi tetaplah aku mendengar setiap bait ayat kisah ko dan aku sedikit kagum dan berbangga kerana ko berjaya menyelamatkan nyawa anak sedara ko tu..serius..salute! cuma lain kali, ko try la buat summary daripada cerita tu ok..hahahahahhahaha..gurau!"

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar aktiviti penceritaan ini berlaku *Credit to Fizie for the nice pictures dan harap maaf kerana Firdaus sangat bising pada malam aktiviti minum-minum ini berlangsung.. haha


Dari Kiri- Fadly, Aku dan Encik Firdaus 'Dupang'

Aku tidak mahu melayan kerenah si Dupang dan Adly(Hero) tampak ceria sebelum menceritakan kisah super-heronya

Lihatlah si Dupang, camne la orang tak bengang ngan dia..haha

Fizie dan Fadly bengang dengan Adly sebab cerita terlampau panjanggggggggggggg

Akad nikah


Bengang dengan cerita adly dan menyampah tengok muka Firdaus


Fizie tidak peduli tentang cerita Adly lantas mengambik gambo sendiri..haha


Gambo kenangan bersama-sama sebab 1st time lepak ngan Fizie..haha

-THE END-

5 comments:

fizie said...

hahaha...lucu gila..my pleasure bro..nnt klu lepak sama lg, aku bawa camera ok..(",)

A.I.Z.A.T said...

Thanks Hafizah a.k.a Fizie sebab sudi lepak dan bawak kamera, tak pnah kami lepak minum bwk kamera.. huhu, nice ;)

Che Ly said...

kami mmg tak pernah minum sambil bawak kamera..apatah lagi bawak kamera sambil minum...

A.I.Z.A.T said...

Betul tu, lagipun kalau kami ngah minum - sape lak nak amik gambar kami? pastu lak, kalo kami amik gamba, camne kami nak minum? ;p

A.I.Z.A.T said...

Adly poyo! wawawawawawa

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates