Thursday, May 22, 2014

Terima Kasih Kakak

Assalammualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Hampir genap sebulan pemergian kakak tersayang (23 April, kakak meninggal dunia). Aku masih belum mampu melupakan arwah kakak. Wan Azreena binti Wan Jaafar, seorang kakak, adik, makcik dan anak yang baik. Aku redha dengan semua yang terjadi, tiada sedikitpun penyesalan dalam hati ini. Biarkan kakak 'berehat' di alam sana. Cukuplah dia menanggung derita, tapi apakan daya. Aku hanya terkadang rindu pada kakak.


Mengiringi kakak ke perjalanan terakhir di dunia 


Setiap hari selepas habis kerja, aku akan ke rumah kakak di ampang. Sehingga ke saat ini, aku masih merasakan yang kakak ku masih ada dek terbiasa dengan kehadirannya. Terutama pabila aku di rumah kakak. Setiap kali aku makan di ruang tamu, sesekali fikiran seakan terbayang kelibat kakak yang sedang solat di atas katil, ataupun terbayang wajah kakak duduk di meja komputer, kakak dan alat bantuan oksigennya.

Kini, akak pergi buat selamanya. Tapi aku setiap kali aku singgah di kedai makan di kawasan ampang, masih memikirkan kakak nak makan apa hari ini. Hari hujung minggu, aku sentiasa di rumah kakak. Masih jelas terbayang, kakak di dalam bilik mengucapkan 'Terima kasih dik, terima kasih dik' ketika aku menghidangkan makanan. Selalu juga dibelikan putu bambu untuk kakak, memang boleh dikatakan makanan kegemaran kakak, selain itu, kakak juga mengutamakan makanan yang tidak berminyak, jadi. Putu bambu menjadi pilihan.

Selalunya aku akan beli putu bambu di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Sepanjang menemani kakak, tidak ada kerenah yang ditunjukkan. Kakak sentiasa bersyukur dengan apa yang dihidangkan. Pernah satu hari, kakak nak makan Curry puff dari Secret Recipe, masa tu hujan lebat sangat. Aku dari ofis, terpaksa pulang ke rumah di kampung baru untuk meninggalkan beg yang berisi laptop.

Bila dah dibeli curry puff, kakak berkata "Mama (mak) suka curry puff ni, dia aritu cari merata, tapi tak jumpa". Kakak, kakak. Walaupun kakak sakit, walaupun kakak teringin makan sangat. Tapi masih lagi kakak ingatkan mak. Baiknya hati kakak, mulianya hati kakak. Walaupun kakak tak memaksa aku beli untuk mak, sebab masa tu aku dah belikan untuk kakak je. Aku singgah sekejap untuk beli curry puff tu untuk mak secara senyap.

Kakak aku, bukan macam kakak yang biasa. Dia luarbiasa dari segi kebaikannya, dia sentiasa mengingati orang lain. Mengingati dalam erti kata lain, dia sentiasa mengambil berat, pada semua ahli keluarga, pada semua kawan-kawan. Malahan, kawan-kawan aku pun kakak ambil berat. Masa arwah abah tenat, akak ada belikan tilam angin elektrik. Bila abah dah tiada, kakak suruh aku kasi tilam tu pada kawan aku yang bernama Linda, ayahnya juga sakit tenat waktu tu.

Cumanya aku tak sampai hati nak bagitau kakak yang ayah linda pun dah kembali ke rahmatullah, pada Jun lepas. Aku diamkan aje, angguk tanda setuju. Itulah kakak, walaupun dia tak kenal orang sebaik mana, dia tetap ada hati untuk membantu. Kalau pada orang luar pun, kakak akan mengambil berat, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sayangnya kakak pada keluarga, tiada tanding.

Bukannya aku memuji semata kerana dia kakak aku, tapi aku beritahu sejujurnya. Dia memang seorang ahli keluarga yang sangat penyayang. Kakak sentiasa memberi hadiah kalau ada apa-apa majlis. Kakak belikan kek mahal (hehe), kakak akan aturkan makan-makan sebab akak suka bila keluarga kami berkumpul beramai-ramai. Kakak buat semuanya, biarpun terpaksa berbelanja banyak, kakak tak pernah meminta orang membalas segala kebaikannya.

Dua tahun lepas, aku jatuh sakit sehingga terpaksa solat dalam keadaan berbaring. Kakak dari pejabatnya di UKM, Bangi, datang menaiki teksi dan membawaku berubat dengan Ustaz Malik, ustaz yang juga mengubatkan kakak. Sebab aku bagitau kisah ni ialah, dalam dua minggu kebelakangan ini, aku mengalami tanda-tanda seperti yang aku alami dua tahun dahulu. Aku juga menghidapi batuk teruk, berkahak dan batuk aku tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Ubat dah habis dimakan, namun masih tidak ada tanda-tanda batuk berkurangan. Sejak minggu lepas, aku berubat di flet Masjid Alam Shah, Jalan Pudu.

Aku tak mahu cerita pasal kesakitan yang aku alami, cumanya aku teringat akan kesungguhan kakak datang menjemput aku di kampung baru, dalam keadaaan aku tidak mampu berjalan. Solat pun sekadar baring di atas sofa. Kakak yang mencadangkan agar aku berubat.di situ, kakak juga belikan segala ubat-ubatan semasa proses berubat. Alhamdulillah, aku sihat seperti biasa lebih kurang sebulan selepas itu. 

Terima kasih atas segalanya wahai kakak yang baik hati, aku sentiasa berdoa agar segala jasamu padaku, pada keluarga dibalas dengan pahala oleh Allah swt. Damailah kau di sana wahai kakakku sayang,  moga Allah swt melapangkan kubur-kubur kakak dan abah di sana, berbahgialah kalian di sana hendaknya. Adik akan sentiasa mendoakan kakak dan abah sehingga akhir nafas ini. Amin..

Al-Fatihah

5 comments:

Azlan Strider said...

Al fatihah...sama-sama laa kita mendoakan semoga rohnyua akan sentiasa dicucuri rahmat aizat..

Regards,
-Strider-

Wan Aizat said...

Terima kasih banyak ye lan.

- Aizat

Tinta Nurani said...

Salam Aizat.Akak kawan baik arwah wan azreena di UKM dulu.. pernah dtg ke rumah di kg baru tak silap 14 tahun dulu. . Beraungguh2 dia masak spaghetti utk akak dan family. .terkilan tak bersungguh2 utk ber jumpa nya lepas dia kami berhubung semula.2 / 3 tahun lepas. Memang arwah sangat baik dengan rakan 2 di UKM dulu. Dia sentiasa ingat birthday kawan2 rapat dan sekurang2nya menghantar kad. Bilik nya di Kamsis B penuh gambar keluarga dan sahabat-sahabat. DI a sbg at ceria tp agak perahsia. ..Al fatihah buat mu wan azreena....Moga tenang dalam persemakan.

FiNi Pelangi said...

buat baik untuk gapai redha Illahi,pesan cik wan yg msih berbekas di hati,.:-)

btw,get well soon,en.aizat,.

Anonymous said...

Assalam aizat....k aishah rapat dgn wan .kami kenal semasa kt tempat ust malik.k aishah yg bantu us malik tp sekarang tak bantu ustaz lg.k aishah juga kenal arwah ayah dan mama aizat.k aishah mmg nak sangat jumpa wan tp kami bertemu dlm mimpi.3x berturut2 mimipikan wan adalah agak pelik .ada teringat2 nak bertemu tp tak tau bila dia nak datang jumpa us malik.no tel juga tiada.rupanya mimpi buat penawar rindu.
Aizat bila free call k aishah yer 0192852723.dengan ilham Allah akk bertemu jawapannnya

Aizat's life © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates